About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Saturday, 15 October 2016

DELAY SPEECH..bila anak lambat bercakap


* Anak dah 2 tahun tapi masih tak pernah panggil ‘mama’ dan ‘ayah’.

* Anak dah 2 tahun setengah tapi masih cakap sepatah-sepatah.

* Anak dan 3 tahun tapi masih cakap bahasa dia yang tak difahami maknanya.

* Anak dah 3 tahun setengah tapi cakap hujung-hujung dan tak reti jawab soalan yang ditanya.

* Anak dah 4 tahun tapi cakap pelat-pelat. Kena teka apa yang dia nak cakap.

* Anak dah 4 tahun tapi tak reti jawab soalan ‘kenapa’?

* Anak dah 4 tahun tapi tak pernah bercerita apa yang dia buat kat tadika.

* Anak dah 5 tahun tapi cakap sikit-sikit saja, beza dengan rakan sebaya dia yang dah boleh sembang macam-macam.

........................................................
Muhammad Rayyis Ammar genap umur 1 tahun 8 bulan. hampir nak masuk 2tahun dah
'haritu check up kat KK, misi tanya anak dah boleh sebut perkataan tak?
ana jawab secara jujur.. "TAK"
yaa..Ammar sedikit berbeza dengan si abang.
kalau si abg umur tara ammar dah boleh cakap.
contoh "susu" "nak"
tapi ammar just sebut "ataa..taa.taa"
tak dengar perkataan yg jelas lagi.

mula-mula rasa macam perkara biasa bila anak lambat bercakap lagi.
tapi bila sedara ana selalu nak bandingkan ammar dgn anak sepupu..
ana sangat terasa!! ya..ibu mana tak terasa bila orang suka bandingkan anak kita dgn yg lain.
anak sepupu ana tu muda 2bulan ja dari ammar tapi petah bercakap la haiii.

takpa ammar belum tiba masanya lagi.
setiap anak lain perkembangannya.
ana yakin ammar boleh bercakap cuma lambat saja.
mulut dia bising boleh tahan jugak cuma belum sebut perkataan saja.

masa pergi check up kat KK, misi suruh pergi jumpa doktor.
lepastu kena jumpa terapi percakapan tak silap ana.
dah dapat tarikh bulan december nie.
sementara tunggu tarikh tu..ana kena ajar dia bercakap.huhu.

sebenarnya..ramai je ibu bapa yg mengalami perkara yg sama macam ana.
misi cakap mujur dapat kesan awal. kalau tidak tak dapat nak sekolah biasa..kena sekolah khas.

anak adik ipar ana pun ada masalah yang sama...umur 5tahun
kesiann tau..selalu kena jumpa doc pakar sana sini.
anak dia boleh sebut perkataan,hafal ABC, cuma bila kita bercakap dengan dia..dia faham tapi tak boleh nk membalas percakapan kita tu.
pergi sekolah orang tak nak kawan.

adik ana pun ada masalah yang sama masa kecik2 duluu..
mak yang cerita nih...hehehe
dia boleh bercakap masa umur 5 tahun. lambat kan??
sampai ke sekolah pun mak tunggu..belajar sekali,hahahha.

ana akan share apa yg ana buat dengan si ammar ni.
kita kena bercakap dengan dia. kalau dia tak mampu nk ikut tak apa lagi..
biar dia faham cakap kita dulu.. setiap kali keluar mesti tunjuk benda sekeliling,
anak kedua ni biasanya kita kurang bagi tumpuan tak macam anak sulung kan?
so mulai sekarang ana kena bagi tumpuan sepenuhnya ke dia.
rasa bersalah pula asyik sibuk hal kerja ja.
hmmm..maafkan ibu sayang,

anak siapa yang ada masalah yg sama macam ammar
cepat-cepat la buat temujanji jumpa doktor
zaman sekarang tak macam zaman dulu dah.
kalau anak kita lambat memang akan ketinggalan.
tengok la nak masuk sekolah rendah pun dah kena pandai semua.

tolong doakan yang baik2 utk anak-anak ana.
insha allah sebagai ibu bapa kita cuba buat yang terbaik untuk anak.
jadilah ibu bapa yang sentiasa prihatin tentang perkembangan anak2.


No comments:

Post a Comment