About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Monday, 4 May 2015

SAHABAT





ini lah SAHABAT ana...
dulu..zaman sekolah kami la paling rapat..
siap buh nama geng 'Exult Winky'...haha. (hanya kami ja tau makna)
keluar sama2..bila dah habis sekolah semua buat haluan masing2..
ada yang sambung belajar, ada yang terus bekerja.

ana seorang je yang terus kerja lepas habis sekolah.
niat nak sambung belajar tu ada..
tapi komitmen ana sebagai anak sulung kena sara keluarga.
masa tu abah tak sihat macam selalu...
pernah pi temuduga Uitm, tapi ana x berharap sangat..
tak dapat pon xpa...huhu..*walaupun tringin nk belajar.
sebab mak kata tak mampu nak sara ana kalau pi belajar..
pernah menagisssss sebab rasa down sangat..
jeles tengok kawan-kawan pi belajar...
orang kutuk kerja lekeh...tak pergi belajar.
memang terasa wehhh..masa tu umur 19tahun.
macam2 kerja ana cuba..dah mcm2 pengalaman ana tempuhi..
tapi ana kuatkan diri...kerja..kerja sampai sekarang..
ini yang buat ana lebih matang..

dalam geng ni ana lah orang pertama yang kahwin dulu :)
dalam kelas pun orang pertama!!!
masa nak kahwin semua tekejut sebab ana bukan jenis ada pakwe zaman sekolah.hahaha
nak buat macam mana..jodohku awai. kahwin sajalah. :P

Masa zaman sekolah dulu,
di antara kami Amnie paling pandai. (pakai tudung pink baju meron)
dia anak cikgu sekolah kami.hehe. bab akaun, math kami belajar dari dia ja..
kerana dia lah jugak..ana pulun akaun masa SPM dapat B.
itu pon dah rasa bangga sangat sbb bg ana akaun tu susah.hihihi
sekarang dia dah habis belajar ijazah.
duk mencari kerja dan mencari calon tak dapat lagi.hahahahaha.
sapa yang sudi nak jadi calon bgtau lah ana..ana rekemen.
(jgn marah ye amnie :P )

Natrah (pakai tudung biru) sekarang dah jadi cikgu tadika kemas.
dah berkahwin dan ada anak sorang. Nur Arissa.
jenis cakap banyak..hahaha.. kalau cakap ngan dia sampai esok pun tak habissss.
kalau tak dak dia sepi gak geng kami...

Aidah (tudung kuning) dah habis belajar poli.
keja ofis kot tak silap ana..dah bertunang,.Bakal berkahwin...
nanti kahwin nak sponsor henna kat dia. lengan sampai ke siku. kaki smp ke lutut.
bole ke aidah ???? :D

Mimie (pakai spek mata) dah kerja di pasaraya..customer service.
dah berpunya..duk cintan cintun lagi.. bila nak kahwin xtau.hihi.
mimie n aidah ni rapat macam dua beradik..

Fariza (tudung coklat) haaa..dia ni selalu kena marah ngn kami.
kesian kadang2 depa suka kacau dia..
jenis hati lembut kalah tisu basah :P
manja kemainnnn..tp dia jugak la penghibur kami.

ada sorang lagi nama Salsabila.
anak makcik kantin. masa reunion ni dia x dak..
dah keja sbg cikgu tadika kemas..dah kahwin pon..

alhamdulillah..masing2 dah ada haluan sendiri..
nak jumpa selalu mmg lah susah..
tapi kami tetap rasa rindu nk kumpul sekali mcm zaman sekolah dulu.
seronok sangat!! hang out sama2...
bila berkumpul ramai2 cmni rasa best sangat!!

next planning nak pi berkelah katanya..huhuhu..
harap2 menjadi lah ya kawan-kawan..

# semoga ikatan persahabatan kita ni kekal buat selamanya.

No comments:

Post a Comment