About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Saturday, 3 January 2015

WishLIST 2015 :: Apa yang saya inginkan ?


Setiap awal tahun pasti ada wishlist yang ingin di capai pada tahun tersebut.
ok..ana pun nak share jugak lah wishlist 2015 kali ni.

1. Nak beli KERETA.
ok..sebenarnya ana dan suami tiada kereta sendiri tapi ada lesen lah.hehe. kalau nak keluar mana-mana mesti pinjam kereta mak mertua,.hihihi.. kadang2 pinjam kereta abah. gitulah kehidupan kami. nak ke mana pun susah..kami merempit ja.. tapi perkara yang paling ana sedih kalau nak pergi kerja time hujan,.mau tak sedih..klu nak masuk kerja lambat sebab hujan pun tak boleh, bos langsung tak boleh terima alasan tuu. yela..ana ni ada moto ja, bayangkan time hujan, ana nak kena hantar amsyar gi rumah mak dulu,baru pi kerja. kalau hujan lebat memang rasa sedih sgt. sebenarnya ada kereta proton saga lama mak mertua bg kat suami utk berniaga. kereta tu agak lusuh maklum lah duk usung pi niaga tapi elok lagi..cuma econ ja xdak. kalau naik time hujan..paham2 ajela kena lap cermin.huhu..bukan tak bersyukur,  bersyukur sgt dah.. walaupun selalu kena hujan dan panas tapi allah tetap sygkan kami 1 family jarang sgt kena demam dan penyakit lain. alhamdulillah...


lepasni harap ada lah rezeki nak beli kereta mampu milik ja. yang boleh pi jalan jauh, yang boleh bawak anak2 pi berjalan. lepas ni kami dah berempat dah :)
# bekenan pulak Proton Saga SV merah ni.hehe

2. BERCUTI


teringin sangat nak pergi bercuti atau jalan2. Amsyar dah semakin besar..teringin gila nak bawak dia pi zoo. boleh kenal haiwan-haiwan..dan teringin nak bawak mak abah pi bercuti...planning pi langkawi ja...tahun lepas tak menjadi harap tahun ni menjadi la.hehe.

kesian dulu masa kami kecik2 ja abah selalu bawak pi berjalan, sekarang semua dah besar..rindunya saat2 masa kecik dulu :')

ni pun salah satu sebab jugak kenapa nk beli kereta baru. kereta abah x mampu nak pergi jalan jauh. maklum lah kereta dah lama dekat 20tahun dah.

3. BELAJAR MAKE UP


ini pun salah satu impian ana nak jadi jurumekap pulak..insyaALLAH. sebelum ni dah belajar mekap tapi dah lupa basic,hehe. kalau boleh nak kembangkan lagi bakat yang ada ni selain melukis henna..pastu kalau ada rezeki boleh buat fulltime.

4. CARI KERJA YANG SESUAI
kerja sekarang ni ok..bukan tak ok. cuma xdak masa dengan suami dan anak2.ana kerja 10pagi-10malam.walaupun 4hari kerja 2hari cuti tpi ana biarkan anak duk rumah mak selama 12jam sehari. tinggalkan suami tanpa memasak...balik kerja pukul 10mlm je ana masak.itu pun jarang sangat,hihi. kadang2 rasa gak bersalah kat suami tp apakan daya, dia pun faham. dia pun banyak berdikari dah..lapar masak sendiri. time cuti je nak masak sedap2 pun. kesian pulak kat suami :(

kalau boleh nak cari kerja ofis hour..cuti 2hari seminggu, senang lah. tapi kalau ada rezeki ana nak sangat kerja sendiri.. senang nak urus waktu sendiri. kita bos,kita lah pekerja.

5. KEMBANGKAN BISNES
ha..yang ni nak seriusss......ada bisnes ana masih tergendala atas faktor transpot jugak.huhu. kalau boleh nak teruskan kembangkan bisnes tu. rugi bila orang lain dah maju ke depan..ana masih di takuk lama. tapi dengan tahun baru ni rasa betul2 nak serius..rasa semangat sikit kereta dah ada nanti.. nak gi join kelas ke nak gi amik stok ke..senang la sikit. tak de nak nyusahkan orang lain. :)

orang selalu cakap, kalau hendak berjaya jangan bg beribu alasan, tapi ana still ada alasan tersendiri kenapa dan mengapa ana tak boleh nak fokus kat bisnes tu.hanya ALLAH swt saja yang maha mengetahui. seronok tengok orang lain dah berjaya..ada income masyuk!! siapa tak teringin kan. :)

ok..setakat tu jela yang ana nak untuk tahun baru ni..
harap2 impian menjadi kenyataan lah..hehehe

anda pulak bagaimana ?

1 comment:

  1. Semoga Allah perkenankan segala niat serta doa ana. Orang yang tidka pernah berputus asa, akan ada manisnya. amin

    ReplyDelete