About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Friday, 9 January 2015

Umur 2 Tahun hantar ke TASKA ??


Assalamualaikum semua..
lama tak tempek gambar budak ni kan.hehehe


dah besar dah dia..Muhammad Rayyan Amsyar bin Shafize
11 Feb 2015 cukup umur 2tahun dan jadi abang :)
wahhh..cepat betul masa berlalu kan. dulu tau minum susu, menangis je.
sekarang dah berlari, mulut pun potpet..huhu
badan slim macam mak ayah dia ok.
dah makin bijak nak itu nak ini..
beli baju nak pilih sendiri..kalau dia bekenan kena beli lahh.
pernah try potty train kononnya kat dia..ni kes maktok yg training dia..
firstime pkai underwear tanpa pampers seronok kemain..
tapi bila dah kencing baru bgtau.."cingggg"..hahahaha.
yang best tu lap sendiri pastu basuh underwear sendiri..sidai kat tangga.
bertuah betul budak ni...

harini nak cakap pasal taska...
"Umur 2 Tahun hantar ke TASKA ??"
sorry...bukan nak cakap ini betul itu salah tau!..NO..NO..NO.
Haritu borak dengan group mommy (geng skolah).. pakat cerita pasal Taska.
anak kami semua sama umor baru nak masuk 2 tahun// 2015.
sebenarnya ana tak fikir pun nak hantar Amsyar ke taska.
Memang takdak dalam senarai la taska ni dalam otak ana.hehe
sebab ? rasa macam dia kecik lagi.,umur baru 2tahun dah nak hantar taska rasa macam kurang sesuai.
kesian pulak.hihi.lain la klu umur dah 3-4tahun kan.

kawan-kawan lain depa ada alasan sendiri kenapa nak hantar ke taska.
yg sorang tu sebab anak dua, tak mampu nak handle 2 org dalam 1 masa.
maklum la jarak setahun sorang.hehe..pening la sikit kan.
yg sorang lagi sebab nak kerja. senang bila hantar taska.
dan bg depa, kos taska lebih rendah dari hantar orang mengasuh.
taska jugak ada pendidikan yang di ajar, bukan setakat main saja.

walaupun TASKA ni ada kebaikan dan keburukannya jugak.
Antara kebaikan yg ana tengok..yes..budak cepat berdikari, cepat belajar.
otak budak memang faham kan...
dari segi pergaulan,anak2 kita jadi lebih suka berkawan.dan pandai bermain.
ok...tapiiii...sekarang ni macam2 kes kat terjadi taska kan..
budak mati tercekik susu lah..adoiii..
pastu pengasuh suap makanan kat anak secara paksa..
kena kurung dalam bilik air sebab nakal sangat kannnn..
dan macam-macam lagi lahh............
owhhhh..tidakkk! ana tak boleh terima. takotttt!

bg ana umur 2 tahun bukan lah cerdik sepenuhnya macam 4-5 tahun tu..
bukan pandai berdikari sangat pun lagi..
kadang2 kita cakap dan larang pun susah nak dengar..
inikan pula tinggal kat taska.
risau..ye memang risau....tak tahu orang layan anak kita macam mana.
setakat nak cari pengasuh pun ana tak harap..
sebab tu bagi mak mengasuh, mak sendiri cakap mengasuh cucu tak sama mengasuh ank orang :)
ini kan pula nak pegi hantar taska...no.no..belum tiba masanya lagi.

ana lebih suka kalau dia umur 2-3tahun nak hantar kelas mengaji ke..
ana rasa lebih baik ajar homeschooling je kat rumah..
kita pun bole ajar anak sendiri...
beli buku ada gambaq2 tuh..beli flashcard..ajar..ajar..
ana suka la tengok mak-mak yang rajin buat homeschooling ajar anak kat rumah.
tak semestinya kena hantar gi taska jadi pandai..huhuhu.
kaannnnn ???

iklan sat nooooo
Masing-masing ada alasan sendiri kenapa nak hantar ke taska.
ana tak tau lah pendapat korang macam mana..
wajar ke anak berumur 2tahun hantar ke taska semata2 nak dia berdikari?
ana selalu je berangan kalau ana tak keja..nak luangkan masa dengan anak 24jam 7hari seminggu.
walaupun kadang2 ana jadi tarzan jugak kat rumah tu dengan perangai anak.hahaha.
tapi best..macam2 aktiviti boleh buat kan..

kalau korang nak hantar ke taska jugak pilihlah taska yang elok2..
yang berdaftar dan yang boleh jaga anak kita sebaik mungkin..insyaALLAH :)



No comments:

Post a Comment