About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Wednesday, 21 January 2015

ASB LOAN :: Ada baik buruknya!


assalamualaikum dan salam sejahtera.
huuuu..lama tak update blog kan.
sorry sangat! kadang-kadang tak dak cerita menarik pon..
tapi sekarang baru ada cerita..
ehh..apa yang ana cakap ni ?haha.

ok jangan pening-pening nooooo..
ana just nak share pasal ASB LOAN.
mesti korang jugak tak terlepas di promote oleh pihak bank utk join loan asb ni kan?
bukan tak bagus loan ni..ada baik buruknya jugak!
asb loan ni macam kita pinjam duit bank, tapi melabur guna skim amanah saham.
dividen memang berganda lah berbanding kita menabung biasa tuu..




ana buat loan asb ni dah hampir 3 tahun..
kira ana buat loan ni sebelum ana kahwin lahh..time tu memang duk simpan duit.
setiap bulan ana boleh simpan RM500 utk majlis kahwin ana...
tapi....beberapa bulan sebelum majlis tu..ana 'terpengaruh' dengan kata-kata pihak bank.
yes..festime dengar asb loan ni..depa memang promote habis-habisan.
terang satu persatu nak bagi ana faham..
bila dah ter'join untuk loan asb ni..mak memang marah gilaaaaaaa kat ana.
yela..mau x marah. loan asb ana 50K bayaran bulanan RM 300 selama 25tahun!!!
tapi hanya setahun ja kita menabung, tahun kemudian kita guna duit dividen bayar loan tu.

mak ana memang sound ana lah..hehehe. sebab buat keputusan sendiri.
duit untuk simpan majlis kahwin tu ana dah kena bayar loan. itu yang mak tak setuju.
ok..masa tu ana masih muda..cewaaahhhh! tak fikir panjang ponnn!
apa yang ana fikir..adalah simpanan masa depan.itu yang ana faham..
tapi mak ana memang tak setuju.....
nak batalkan loan tu memang dah tak boleh..

jadi sedar tak sedar dah 3tahun masa berlalu.
setiap bulan bayar loan tak pernah missss...
setiap tahun dapat dividen yang banyak! itu lah duit kecemasan yang ana guna..
duit dividen ni sangat membantu ana time ana sesak..walaupun ana kena cover balik nanti.hehe.
itu antara kebaikan loan ni.. tapi ada part paling best jika kita tahu cara melabur guna asb loan ni.
ana pernah baca dalam internet..memang best! tak payah tunggu 25tahun baru dapat duit tu.
tapi ada caranya.. insyaALLAH nanti ana share. ana pon nak terminate dlm masa 5thn akan datang.

tapi.............yang buruknya :(
ini part yang paling ana tak sukaaaaaaaa...
ASB LOAN ni boleh sangkut kalau kita nak beli rumah or kereta.
kalau kita tak bayar ke..nama boleh blacklist ok!
ana pernah cerita kan ana nak beli kereta ?? wishlist ana tahun 2015.
ok..awal bulan haritu ana ada try buat loan untuk kereta pertama.
tapi kebanyakan bank reject permohonan ana sebab ada ASB loan ni..
alasannya gaji tak stronggg!! serius rasa geram gilaaaa..sebab ana bayar cantik, tak pernah miss.
sekarang pon dah settle payment loan tu setahun guna dividen..
sebelum ana join asb loan tu..ana pernah tanya maybank "kalau sy nak beli rumah or kereta sangkut x?"
katanya "tak, jika bayar elok..."

ana memang tak puas hati..............................
ana try pi maybank nak terminate ASB LOAN tu dengan alasan asb tu menganggu ana nak buat loan kereta or rumah nanti sebab gaji sy tak banyak..
tapi pihak maybank rilex je cakap kat ana "u cari orang lain yang boleh buat loan untuk u"
whaaatttt?? nak pakai kereta sendiri tapi nama orang lain ?
rasa macam putus asa sangat nak beli kereta sendiri tak boleh gara-gara ASB ni..
walaupun bayaran bulanan loan asb tu dah x guna duit gaji dah..

yelah..pihak bank depa kira macamni tau..

contoh :-
Bulanan asb loan : RM 300
Bualanan Kereta : RM 400
Total : RM 700 x 3 = RM 2100

Jadi ana kena ada gaji lebih dari RM 2100 tu..sedangkan gaji ana sekarang tak sampai RM1500 pon :(
walaupun guna grantoooo...
nak tunggu gaji RM 2000 ? entah bila boleh pakai kereta...huhu..

sedih kannnn..kecewa memang lah.
tapi ana tetap tak putus asa!!!!
ana ada try cara lain.........................
semoga ada harapan dan rezeki kali ni...
korang doa2 la ekh..mana tau doa korang allah makbulkan utk ana. :)
mesti korang tertanya2..kenapa tak share dgn en.suami kan ?
ok.suami ana kerja sndiri..pendapatan tak tetap dan tiada slip gaji.
itu masalahnya..sebab tu ana guna nama ana utk beli kereta ni.
mudah-mudahan ada rezeki kali ni..


## luahan hati..
ana rasa macam tertipu..dulu pihak bank pernah cakap kat ana "student pon banyak ambik loan ni untuk masa depan"
sedangkan mereka student mampu bayar ? lepas habis belajar nak kena bayar pinjaman lagi..mcm mana pulak depa nak apply beli kereta? musykilll sungguh!! rasa tertipu! :(

so..apa pendapat korang ? bagus ke tak asb ni ?
bagi ana..bagus utk korang yang susah nak menabung,
dan tak bagus jika korang punya ekonomi tak stabil lagi.huhu.
nanti jadi senasib macam ana...

Tuesday, 13 January 2015

URINE TEST homemade :: JANTINA BABY


Assalamualaikum semua..
korang sihat ka? ana macam biasa la tengah menunggu tanda-tanda kelahiran ni..huhu.
menghitung hari katakan..nervous ?? mestilah........
x tau nak mai rasa sakit yang macam mana nanti :D
turun darah dulu ke, keluar air ketuban ke..atau sakit pinggang ja..
sebab dah ada pengalaman kan..dulu masa nak bersalin amsyar, sakit pinggang ja.
tupp..tup..pi hospital baru pecah ketuban dan dah terbuka 10cm!!
terkejut weehhhh..hahaha.. rasa macam tak percaya anak sulung boleh senang bersalin macamtu.

tapi perlu la ingat setiap anak tak sama pengalamannya...*kata orang
harap2 baby A ni pun semudah macam abg Amsyar jugak..aminnn!
yang paling best pregnant kali adalah SUPRISSSSSEEEEE!!!
kes scan 2 kali berbeza jantina.hahaha.. kejap boy, kejap girl.
sebab tu rasa macam tak sabar sangat nak jumpa baby A ni..!!

sebelum tu ana nak ajak korang buat URINE TEST homemade ni untuk tau jantina baby.
ana pernah buat dah.....hampir 10 kali...hihi.



nak tau RESULT ana ?

URINE + CLOROX = berbuih / pregnant (saja test.hihihi)
URINE + SODA = tak berbuih.

even dah banyak kali try buat tetap result yang sama..
tuang je urine jadi keruh.hahahaha. xdak buih langsung.
adakah baby A ni GIRL ??? benarkah ?
hmmm..petanda lain, puting nenen amsyar terbelah..
eh..itu tips orang dulu2..katanya kalau puting nenen si abang terbelah maknanya girl.
kalau timbul boy. kadang-kadang tak betul jugak.hehehe.

pernah tanya kawan pasal urin test ni, dia pun sama result macam ana..buat banyak kali
siap cakap "entah la ana, buat jadi keruh jugak..ke soda dah expired"..
tapi rezeki dia dapat jugak baby GIRL haaaaa...dah sepasang. :)

ana tak pasti ketepatan urine test homemade ni 100% atau tak..
tapi ana ada terbaca..setiap jantina anak boleh merubah hormon si ibu sebenarnya.
korang pernah tau tak petua potensi nak dapat baby boy sebelum ehem2 tu kena cuci faraj
dengan air soda bikarbonat (beli di farmasi ya) huhu.

kalau nak tahu tepat ke tak..tunggu baby A ni keluar dulu ya!!.hehehe :D
ni just suka-suka je k..ana tak mengharap pun sebenarnya..
yang penting baby A selamat di lahirkan..

update: 36 week sudah :)


Friday, 9 January 2015

Umur 2 Tahun hantar ke TASKA ??


Assalamualaikum semua..
lama tak tempek gambar budak ni kan.hehehe


dah besar dah dia..Muhammad Rayyan Amsyar bin Shafize
11 Feb 2015 cukup umur 2tahun dan jadi abang :)
wahhh..cepat betul masa berlalu kan. dulu tau minum susu, menangis je.
sekarang dah berlari, mulut pun potpet..huhu
badan slim macam mak ayah dia ok.
dah makin bijak nak itu nak ini..
beli baju nak pilih sendiri..kalau dia bekenan kena beli lahh.
pernah try potty train kononnya kat dia..ni kes maktok yg training dia..
firstime pkai underwear tanpa pampers seronok kemain..
tapi bila dah kencing baru bgtau.."cingggg"..hahahaha.
yang best tu lap sendiri pastu basuh underwear sendiri..sidai kat tangga.
bertuah betul budak ni...

harini nak cakap pasal taska...
"Umur 2 Tahun hantar ke TASKA ??"
sorry...bukan nak cakap ini betul itu salah tau!..NO..NO..NO.
Haritu borak dengan group mommy (geng skolah).. pakat cerita pasal Taska.
anak kami semua sama umor baru nak masuk 2 tahun// 2015.
sebenarnya ana tak fikir pun nak hantar Amsyar ke taska.
Memang takdak dalam senarai la taska ni dalam otak ana.hehe
sebab ? rasa macam dia kecik lagi.,umur baru 2tahun dah nak hantar taska rasa macam kurang sesuai.
kesian pulak.hihi.lain la klu umur dah 3-4tahun kan.

kawan-kawan lain depa ada alasan sendiri kenapa nak hantar ke taska.
yg sorang tu sebab anak dua, tak mampu nak handle 2 org dalam 1 masa.
maklum la jarak setahun sorang.hehe..pening la sikit kan.
yg sorang lagi sebab nak kerja. senang bila hantar taska.
dan bg depa, kos taska lebih rendah dari hantar orang mengasuh.
taska jugak ada pendidikan yang di ajar, bukan setakat main saja.

walaupun TASKA ni ada kebaikan dan keburukannya jugak.
Antara kebaikan yg ana tengok..yes..budak cepat berdikari, cepat belajar.
otak budak memang faham kan...
dari segi pergaulan,anak2 kita jadi lebih suka berkawan.dan pandai bermain.
ok...tapiiii...sekarang ni macam2 kes kat terjadi taska kan..
budak mati tercekik susu lah..adoiii..
pastu pengasuh suap makanan kat anak secara paksa..
kena kurung dalam bilik air sebab nakal sangat kannnn..
dan macam-macam lagi lahh............
owhhhh..tidakkk! ana tak boleh terima. takotttt!

bg ana umur 2 tahun bukan lah cerdik sepenuhnya macam 4-5 tahun tu..
bukan pandai berdikari sangat pun lagi..
kadang2 kita cakap dan larang pun susah nak dengar..
inikan pula tinggal kat taska.
risau..ye memang risau....tak tahu orang layan anak kita macam mana.
setakat nak cari pengasuh pun ana tak harap..
sebab tu bagi mak mengasuh, mak sendiri cakap mengasuh cucu tak sama mengasuh ank orang :)
ini kan pula nak pegi hantar taska...no.no..belum tiba masanya lagi.

ana lebih suka kalau dia umur 2-3tahun nak hantar kelas mengaji ke..
ana rasa lebih baik ajar homeschooling je kat rumah..
kita pun bole ajar anak sendiri...
beli buku ada gambaq2 tuh..beli flashcard..ajar..ajar..
ana suka la tengok mak-mak yang rajin buat homeschooling ajar anak kat rumah.
tak semestinya kena hantar gi taska jadi pandai..huhuhu.
kaannnnn ???

iklan sat nooooo
Masing-masing ada alasan sendiri kenapa nak hantar ke taska.
ana tak tau lah pendapat korang macam mana..
wajar ke anak berumur 2tahun hantar ke taska semata2 nak dia berdikari?
ana selalu je berangan kalau ana tak keja..nak luangkan masa dengan anak 24jam 7hari seminggu.
walaupun kadang2 ana jadi tarzan jugak kat rumah tu dengan perangai anak.hahaha.
tapi best..macam2 aktiviti boleh buat kan..

kalau korang nak hantar ke taska jugak pilihlah taska yang elok2..
yang berdaftar dan yang boleh jaga anak kita sebaik mungkin..insyaALLAH :)



Saturday, 3 January 2015

WishLIST 2015 :: Apa yang saya inginkan ?


Setiap awal tahun pasti ada wishlist yang ingin di capai pada tahun tersebut.
ok..ana pun nak share jugak lah wishlist 2015 kali ni.

1. Nak beli KERETA.
ok..sebenarnya ana dan suami tiada kereta sendiri tapi ada lesen lah.hehe. kalau nak keluar mana-mana mesti pinjam kereta mak mertua,.hihihi.. kadang2 pinjam kereta abah. gitulah kehidupan kami. nak ke mana pun susah..kami merempit ja.. tapi perkara yang paling ana sedih kalau nak pergi kerja time hujan,.mau tak sedih..klu nak masuk kerja lambat sebab hujan pun tak boleh, bos langsung tak boleh terima alasan tuu. yela..ana ni ada moto ja, bayangkan time hujan, ana nak kena hantar amsyar gi rumah mak dulu,baru pi kerja. kalau hujan lebat memang rasa sedih sgt. sebenarnya ada kereta proton saga lama mak mertua bg kat suami utk berniaga. kereta tu agak lusuh maklum lah duk usung pi niaga tapi elok lagi..cuma econ ja xdak. kalau naik time hujan..paham2 ajela kena lap cermin.huhu..bukan tak bersyukur,  bersyukur sgt dah.. walaupun selalu kena hujan dan panas tapi allah tetap sygkan kami 1 family jarang sgt kena demam dan penyakit lain. alhamdulillah...


lepasni harap ada lah rezeki nak beli kereta mampu milik ja. yang boleh pi jalan jauh, yang boleh bawak anak2 pi berjalan. lepas ni kami dah berempat dah :)
# bekenan pulak Proton Saga SV merah ni.hehe

2. BERCUTI


teringin sangat nak pergi bercuti atau jalan2. Amsyar dah semakin besar..teringin gila nak bawak dia pi zoo. boleh kenal haiwan-haiwan..dan teringin nak bawak mak abah pi bercuti...planning pi langkawi ja...tahun lepas tak menjadi harap tahun ni menjadi la.hehe.

kesian dulu masa kami kecik2 ja abah selalu bawak pi berjalan, sekarang semua dah besar..rindunya saat2 masa kecik dulu :')

ni pun salah satu sebab jugak kenapa nk beli kereta baru. kereta abah x mampu nak pergi jalan jauh. maklum lah kereta dah lama dekat 20tahun dah.

3. BELAJAR MAKE UP


ini pun salah satu impian ana nak jadi jurumekap pulak..insyaALLAH. sebelum ni dah belajar mekap tapi dah lupa basic,hehe. kalau boleh nak kembangkan lagi bakat yang ada ni selain melukis henna..pastu kalau ada rezeki boleh buat fulltime.

4. CARI KERJA YANG SESUAI
kerja sekarang ni ok..bukan tak ok. cuma xdak masa dengan suami dan anak2.ana kerja 10pagi-10malam.walaupun 4hari kerja 2hari cuti tpi ana biarkan anak duk rumah mak selama 12jam sehari. tinggalkan suami tanpa memasak...balik kerja pukul 10mlm je ana masak.itu pun jarang sangat,hihi. kadang2 rasa gak bersalah kat suami tp apakan daya, dia pun faham. dia pun banyak berdikari dah..lapar masak sendiri. time cuti je nak masak sedap2 pun. kesian pulak kat suami :(

kalau boleh nak cari kerja ofis hour..cuti 2hari seminggu, senang lah. tapi kalau ada rezeki ana nak sangat kerja sendiri.. senang nak urus waktu sendiri. kita bos,kita lah pekerja.

5. KEMBANGKAN BISNES
ha..yang ni nak seriusss......ada bisnes ana masih tergendala atas faktor transpot jugak.huhu. kalau boleh nak teruskan kembangkan bisnes tu. rugi bila orang lain dah maju ke depan..ana masih di takuk lama. tapi dengan tahun baru ni rasa betul2 nak serius..rasa semangat sikit kereta dah ada nanti.. nak gi join kelas ke nak gi amik stok ke..senang la sikit. tak de nak nyusahkan orang lain. :)

orang selalu cakap, kalau hendak berjaya jangan bg beribu alasan, tapi ana still ada alasan tersendiri kenapa dan mengapa ana tak boleh nak fokus kat bisnes tu.hanya ALLAH swt saja yang maha mengetahui. seronok tengok orang lain dah berjaya..ada income masyuk!! siapa tak teringin kan. :)

ok..setakat tu jela yang ana nak untuk tahun baru ni..
harap2 impian menjadi kenyataan lah..hehehe

anda pulak bagaimana ?

Settle jugak! :: Cadar baby


assalamualaikum!
hye..hye...amboi makyong skrg busy sgt tau..
dah masuk bulan januari haaaa...mau x kalot..
dah 8bulan lebih dah..apa pun tak settle lagi,

now..alhamdulilllah...
rasa lapang sikit.. cadar baby dah siap!!
baju baby dah basuh, dah paking dah...huhu..
gigih makyong buat sorang2...
dulu masa kat abg amsyar tak de rasa busy cmni tau.
perut dah 7bulan settle dah..ni 8 bulan baru nak settle.hehehe
mungkin sbb rezeki henna tak putus2 sepanjang bulan dec.
time cuti je...henna..henna je time cuti..
rezeki anak2 jugak :)

tema cadar kali ni merah yOooo!
guna kain cotton flannel.
lebihan kain tu buat barut.
mak cakap..buat pi laaah... x rugi pun kalau buat barut.
ok..ok...kita buat saja.hihi.
ana rasa berbaloi sangat beli mesin jahit ni..
sangat membantu!! setakat ni ana dah jahit langsir dan cadar baby guna mesin ni.
bestt..bestt...di mana saja bole jahit.
haritu bawak mesin ni jahit kat rumah mak..siap duduk atas kusyen depan rumah.hehe.
maklum la saiz kecik..senang nk bawak ke mana saja.
tepi pantai pun boleh haaa...huishhh! ada ka nak jahit tepi pantai?hahaha


kalau anda suka menjahit..beli la mesin ni..
x payah beli mahal2 pun tak pa..
mak kata..kat rumah wajib ada satu mesin jahit atau jarum benang...
habuan nak jahit seluar koyak ka..kannn..

ninndiaaaaaaa....
cadar baby "A" kita...
kali ni tilam saiz sederhana ja..x besar macam abg amsyar tuh..over sangat.hahaha
guna kekabu dari tilam abg amsyar...makeover ja.
1 tilam abg amsyar tu boleh dapat la 1 tilam dan 3 bantal adik baby. JIMAT!


siap renda2 lagi tau..en.suami kata, jangan buh renda banyak2 macam perempuan sgt la..
kalau keluar lelaki macamna ? ehh..ada makyong kesah ?? janji cute di mata makyong.




jahitan ZigZag kecik.....kan dah cakap berbaloi beli mesin ni sebab ada jahitan lain lagi.
(pic kelabu pulak)

tak sabarnya nak tunggu baby A ni keluar tau!
rasa macam suprise sangat-sangat ni....nak tau GIRL OR BOY.heheh
member suggest suh pi scan 4D..alaaa...bukan xnak..macam tak aci je dulu amsyar tak scan 4D.
sekarang dah 34 week.. haritu scan masa 32week doc cakap baby A ni kecik..
berat dia cuma 1.4kg ja..beza dgn abg amsyar dulu 1.8kg.
heran jugak kenapa dia kecik sedangkan tiap bulan berat ana naik 2kg maintain ja.huhu.
tak mengapalah sayang..janji kamu sihat ya! insyaALLAH tak lambat dah kita nak jumpa..
semoga semua dipermudahkan..aminnn!