About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Monday, 8 December 2014

RESEPIKU :: Cara mudah buat Pearl Homemade


hai..assalamualaikum dan salam sejahtera!

fuhhh! rasa macam lama sangat tak update blog.hehe.ampun!
sekarang ni betul2 sibuk..sibuk dengan melukis henna..
sibuk dengan bisnes ice blended!
alhamdulillah..rezeki musim cuti sekolah.



sorrry..sila tahan air liur masing2..hahahah :P

Ice Blended perisa Vanila di gemari ramai!!
ok..nak cerita serba sedikit tentang ice blended ana ni..
Pearl pink kaler dan filling ala2 hershey stoberi n jagung tu homemade tau!!!
Pearl tu amik resepi dari google, filling tu buat sendiri jela..resepi rahsia ok.hihi :D

Kalau minum ice blended tak da pearl rasa macam tak lengkap jerrr kan ?
ana suka pearl tu sebab liat2..mcm kunyah chewinggum.haha.
duluuuu ana penah dengar org cakap pearl ni tak boleh makan sebab ada bahan apa entah.
tapiiii..kali ni resepi pearl memang selamat untuk di makan tau!

jom kita try buat sendiri.

RESEPIKU :: Cara mudah buat pearl ala2 coolblog

BAHAN-BAHAN
- tepung ubi
- Air panas
- Gula
- Pewarna
(maaf tiada sukatan..main agak je.hahaha)


1. Masukkan air, pewarna n gula secukup rasa..ana takda sukatan.main agak ja.huhu.
Panaskan air sampai mendidih. *ini penting, jangan guna air panas dalam cerek tu.
sebab kalau air tak betul2 panas, bila tuang dalam tepung ubi ia tak jadi doh.

tepung ubi ni sensitif tau..kalau tak percaya cuba korang tuang air biasa dlm tepung tu.
boleh jadi doh tak ??? hehehhehe. sebab tu kita guna air panas.

2. Sediakan tepung ubi dalam satu bekas dan senduk untuk kacau.

3. Tuang air panas ke dalam tepung sambil gaul dengan senduk. 
jangan gaul dengan tangan lagi..hati-hati sebab air panas,.
*itu pun kalau tangan korang boleh tahan panas.hehe
bila dah gaul dan tepung jadi agak melekat-lekat boleh lah di gaul menggunakan 
tangan pula. kalau lembik tambah tepung lagi..kalau keras tambah air panas lagi..


4. uli tepung sampai jadi doh. kalau tak jadi doh itu bermakna air korang tak cukup panas.

5. Uli doh panjang2 dan potong kecik2..pastikan tangan betul2 kering...
gentel jadi bulat2 comei........

6. kalau tak nak melekat2 tabur sedikit tepung ubi ya!!

Cara Masak pulakkk..


rebuskan je pearl ni ke dalam air mendidih sehingga timbul di permukaan..
bila dah masak, masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk /biasa untuk mengelakkan pearl melekat2.

kalau nak tau dah masak dengan sempurna atau tak..korang tengok pearl korang warna jernih atau
masih ada warna putih dalam tu ? kalau jernih bermakna pearl korang dah masak..
kalau masih ada warna putih2..itu bemakna belum betul2 masak lagi,,

waahhhhhhhh..kemain kan..panjang lebar tau ana bagi tip dan resespi ni.
kalau orang lain simple je..ana siap step by step lagi.hehehe :D

Semoga korang boleh hasilkan sendiri Pearl Homemade ni!
sambil2 tu buat la ice blended sekali..hihi.

1 comment:

  1. Wah.. baru tau bolej wat sndiri kat rumah..tapi kita yak berapa nak rajin.. hahahha

    ReplyDelete