About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Tuesday, 23 December 2014

Konfius :: boy or girl ?


Hyep!
assalamualaikum dan salam sejahtera.
maaf la blog ni tak update selalu haaaa...



nak cerita sikit pasal jantina baby A ni..
yes..baby A, ana dah siapkan nama bermula huruf A boy or girl.hihi.
perasaan nak sambut ank kedua ni ofcos la excited jugak!
tambah2 nak tau dia jantina apa kan..
anak pertama tak kisah sangat..hehe..
yela..klu anak sulong dah lelaki, mesti yg kedua nak perempuan pulak..
kalau ank sulong tu perempuan, mesti kedua nak lelaki.
tipu laaaaa kalau rasa tak kisah pasal jantina kan. mesti la nak sepasang kalau boleh.
ana sendiri pun teruja nak tau jantina baby A ni..
tapi semua ni aturan allah, kalau tak dapat sepasang pun tak mengapa..
ana pernah tanya suami..abg rasa baby kita ni lelaki ke perempuan ?
abang rasa "perempuan"..kenapa abg rasa perempuan ?
sebab abang yang buat..abg tau la..(erkkk!! tak boleh blah je ayat suami tuh.adoila.haha)
syg pun rasa macam dia perempuan...

ok..First scan, masa tu kandungan baru 6bulan lebih..
pergi klinik bersatu kat bertam tu haa..suka pi kat situ sbb doc ramah. :)
doctor yang sama scan abg amsyar dulu...
masa scan tu,doctor cakap...wahhh! 1 geng ngn si abang..baby boy!
"nampak tak bebird dia ?"
memang nampak bebird tu tp kecik sangat2..
tak macam abg amsyar dulu bebird dia nampak macam kepala penyu.hahaha
ok..doc ckp konfim boy. ana OK ja..x kisah kalau boy pun.
nak bg nama Rayyan "A" jugak..feeling macam anak kembar sikit. :P
bgtau kat suami..dia cakap tak pala boy pun..ok pa, amsyar ada geng! abg pun ada geng.
ok..ibu tak kisah ibu tak dak geng pun..

baru-baru ni scan kali kedua kat klinik kesihatan untuk 8bulan.
doc tanya "awak dah tau ke jantina baby awak ?"
ana "belum doc" ..sorry terpaksa tipu sikit.hahahaha.
doc "owh..kalau sy bgtau tak pa ka ?"
ana " takpa..sy tak tak kisah,,baby apa doc ?"
doc " baby awak perempuan.....tengok sini jantinanya..kalau boy ada bayang kat sini tp sini kosong"
ana "owh yaka....baby girl. :) "
ana pandang skrin tu..tak nampak pulak bebird dia..haishhhhh!! konfius dah ni.
nak kata dia kepit tak pun...memang nampak kosong mcm perempuan!
bgtau suami..abg doc cakap ank kita ni perempuan pulak..
ana kita betul2 nak buat suprise kan...kita duk berteka-teki sekarang ni.heheheehe..
suami ana senyum je..pastu tepon mak dia, gtau scan perempuan pulak.haha.
maklum la mak mertua belum ada cucu perempuan lagi..semuanya lelaki.
andai betul perempuan, mesti dia seronok... :)

haaa..pernah jadi macam ni tak ? situasi yang sama macam ana?
sekarang kalau orang tanya, ana pun tak pasti nak jawab baby apa..
tunggu keluar lah ya...baru konfim.hehe.
dari segi tekaan plak, seriously ramai gila yang teka baby girl..tak tau la kenapa..
tok ana pun teka jugak haa..siap usap perut lagi.."anak hg ni perempuan"
ana hanya mampu tersenyum jela..rasa macam suprise sangat kalini..tak tau boy or girl.
kalau ikutkan hati ana, ana rasa macam girl jugak,tp ana tak berharap laa.
sebab pregnant kali ni tak mengada2 sangat lah...mean tak banyak ragam.
beza sungguh dengan pregnantkan abg amsyar tu...
tapi yang ana perasan, ana jadi seorang yang suka nak naik angin! hihihi..

tak lambat dah..lebih kurang sebulan je lagi syg!
tak sabar nak tunggu kamu keluar nak peluk cium bau baby...
doakan ana n baby selamat di lahirkan ye..semoga di permudahkan..aminnn.
due date 12 FEB 2015.

Monday, 8 December 2014

RESEPIKU :: Cara mudah buat Pearl Homemade


hai..assalamualaikum dan salam sejahtera!

fuhhh! rasa macam lama sangat tak update blog.hehe.ampun!
sekarang ni betul2 sibuk..sibuk dengan melukis henna..
sibuk dengan bisnes ice blended!
alhamdulillah..rezeki musim cuti sekolah.



sorrry..sila tahan air liur masing2..hahahah :P

Ice Blended perisa Vanila di gemari ramai!!
ok..nak cerita serba sedikit tentang ice blended ana ni..
Pearl pink kaler dan filling ala2 hershey stoberi n jagung tu homemade tau!!!
Pearl tu amik resepi dari google, filling tu buat sendiri jela..resepi rahsia ok.hihi :D

Kalau minum ice blended tak da pearl rasa macam tak lengkap jerrr kan ?
ana suka pearl tu sebab liat2..mcm kunyah chewinggum.haha.
duluuuu ana penah dengar org cakap pearl ni tak boleh makan sebab ada bahan apa entah.
tapiiii..kali ni resepi pearl memang selamat untuk di makan tau!

jom kita try buat sendiri.

RESEPIKU :: Cara mudah buat pearl ala2 coolblog

BAHAN-BAHAN
- tepung ubi
- Air panas
- Gula
- Pewarna
(maaf tiada sukatan..main agak je.hahaha)


1. Masukkan air, pewarna n gula secukup rasa..ana takda sukatan.main agak ja.huhu.
Panaskan air sampai mendidih. *ini penting, jangan guna air panas dalam cerek tu.
sebab kalau air tak betul2 panas, bila tuang dalam tepung ubi ia tak jadi doh.

tepung ubi ni sensitif tau..kalau tak percaya cuba korang tuang air biasa dlm tepung tu.
boleh jadi doh tak ??? hehehhehe. sebab tu kita guna air panas.

2. Sediakan tepung ubi dalam satu bekas dan senduk untuk kacau.

3. Tuang air panas ke dalam tepung sambil gaul dengan senduk. 
jangan gaul dengan tangan lagi..hati-hati sebab air panas,.
*itu pun kalau tangan korang boleh tahan panas.hehe
bila dah gaul dan tepung jadi agak melekat-lekat boleh lah di gaul menggunakan 
tangan pula. kalau lembik tambah tepung lagi..kalau keras tambah air panas lagi..


4. uli tepung sampai jadi doh. kalau tak jadi doh itu bermakna air korang tak cukup panas.

5. Uli doh panjang2 dan potong kecik2..pastikan tangan betul2 kering...
gentel jadi bulat2 comei........

6. kalau tak nak melekat2 tabur sedikit tepung ubi ya!!

Cara Masak pulakkk..


rebuskan je pearl ni ke dalam air mendidih sehingga timbul di permukaan..
bila dah masak, masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk /biasa untuk mengelakkan pearl melekat2.

kalau nak tau dah masak dengan sempurna atau tak..korang tengok pearl korang warna jernih atau
masih ada warna putih dalam tu ? kalau jernih bermakna pearl korang dah masak..
kalau masih ada warna putih2..itu bemakna belum betul2 masak lagi,,

waahhhhhhhh..kemain kan..panjang lebar tau ana bagi tip dan resespi ni.
kalau orang lain simple je..ana siap step by step lagi.hehehe :D

Semoga korang boleh hasilkan sendiri Pearl Homemade ni!
sambil2 tu buat la ice blended sekali..hihi.