About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Saturday, 1 November 2014

Cheklist barang baby


cheklist barang baby..
ok saja nak share.hihi.
dulu masa prepare barang baby kat amsyar ibu tak update blog.
jadi x dapat lah nak berkongsi cheklist baby ni..
tapi kali ni ana nak share checklist barang baby yang perlu sahaja.
maklum laa dah masuk yang kedua ni orang kata lebih jimat!
yes! jimat sebab baju si abang masih elok dan boleh di pakai lagi :)
cuma ada benda yang perlu di top up sikit2..

Barang baby :-

Lampin pakai buang.

- baki pampers Newborn si abang pun ada lagi.haha 1 pack. tapi akan tambah lagi 1-2 pack kot sebab newborn ni pakai kejap je, baby kan cepat membesar. korang tak payah la nak beli sampai 5 pack konon2 nak buat stok. orang dulu memang ya beli buat stok sebab susah nak keluar pekan. orang sekarang senang je..apa yang kurang terus boleh pi beli.hihi.

set sabun mandian / bedak / losyen / minyak rambut / syampo



- kali ni nak beli brand "pigeon" sebab free paraben! sgt sesuai untuk kulit baby yang lembut dan sensitif. dulu-dulu ana tak tau apa itu paraben, (korang boleh search kat google) ana tau beli je asal wangi2, masa amsyar dulu ana guna brand anakku..habis kulit merah. bila tukar pigeon ok plak :) kalau nak buat perbandingan antara pigeon ni, bila tuang kat atas tangan tak rasa panas2 tau..ada setengah gel panas. korang perasan tak ?hihi. bau dia pun wangi dan lembut! ana suka.

Wet tissue / cotton balls
- Wet tissue untuk lap najis (free paraben), dan jangan lupa spray jugak.hihi.
- cotton balls untuk bersihkan pusat nanti.

Baju / seluar / napkin / sarung tangan & kaki
-semua guna yang si abang punya cuma kena topup sikit saja. nanti nak try scan jantina lah..mana tau kot2 baby girl, merasa jugak ibu nak beli baju kembang2 kaler pink.haha. klu boboy pun xpa, ibu beli jugak baju baru kat awk syg!

Tuala mandi
- kena beli lain ni...beli 2 helai, satu bawak pi hospital, satu kat rumah. senang!

Botol susu
- walaupun nak BF direct, tapi kena spare jugak botol ni.

Barut
- tak perlu. baru bincang pasal barut ni kat nurse, nurse cakap tak pakai pun xpa, orang dulu2 fikir takot perot baby kembong ja sebab tu pakai barut, konon2 angin masuk kot pusat.hihi. tapi di sebabkan barut ,pusat lambat kering. iyela..m'sia sekarang kan dah panas, letak barut, pampers, baju, seluar, pastu bedung pulak.panas budak tu..betul jugak kan.. amsyar dulu tak pakai barut, xpakai seluar, dan tak bedung tau!.alhamdulillah semua ok! :)

kelambu / tilam baby / bakul baju
- ini semua dah ada yang si abang punya tapi rasa nak kena buat kain cadar baby yang baru. sebab yang lama dah lasam hokey! hahaha..

Sabun pencuci baju.
-guna brand TollyJoy wangi! sampai sekarang ana guna untuk basuh baju amsyar :)



Barang ibu :-

Set Berpantang 
- ofcos pilhan set berpantang sama semasa berpantang amsyar dulu, "Set Berpantang shaklee"!!
i love shaklee, kerana set berpantang ini lah ana register jadi member shaklee dan jadi pengedar sah shaklee :)

Maternity pads
- guna pad biasa, sebab tak selesa pakai yang maternity punya,huhu.

Tukang urut
- tengah fikir..

Bengkung / tungku
- bertungku ya! bengkung tak payah.hahaha.

BreastPump / Plastic storage
- BP medela hat manual tu dah ada..rasa macam tak perlu lagi nak beli yang elektrik punya.
- tapi kalau ada rezeki memang nak beli Malish Ilaria tu..bekenan sgt!! baru semangat nak buat stok.hehe
- kena beli plastic untuk stok ebm,botol pun ada tapi rasa macam lebih senang guna plastic jimat space freezer. ehemmm..susu kan meriah time berpantang. masa ni la nak pulun buat stok. ;)

Kain batik / baju sejuk
-semua dah ada.hihi

apa lagi eh yang belum ada dalam senarai ni ? hmmmm...
tak pa..nanti kalau ana ingat lagi ana update.hihi.
tak sabar nak tunggu adik baby keluar :) 25week today!

✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  

IKLAN SEBENTAR !



INGIN MEMBUAT TEMPAHAN HENNA UNTUK MAJLIS ANDA ?
sila SMS or Wasap ya!
017-466 3393 (ana)

untuk lihat lebih banyak koleksi anna henna SP..
Instagram : ANNASHAFIZE
klik pakej henna untuk lihat pakej yg di sediakan oleh anna henna sp.

Khas untuk kawasan Sungai Petani,Kedah sahaja!
*Cas transport di kenakan sekiranya ana pergi ke rumah anda ya!
*Jika anda ada design sendiri melalui internet ke.. sila send pic kat whatsapp ana  terlebih dahulu untuk menentukan harga henna.

✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  


jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi sy :-


jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area SUNGAI PETANI atau kawasan yang berdekatan dengannya, boleh hubungi Ana untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini dengan cara pembelian secara online. Ana akan pos ke alamat anda =)

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  


Jom support barang keluaran 100% MUSLIM!

NAK BELI ? boleh je contact ana ya!!..
017-466 3393 (sms/whatsapp /call )
COD sungai petani,kedah dan pos seluruh malaysia.

Wakil pengedar di perlukan di seluruh negeri.. Permintaan Tamar Cocoa melonjak sehingga 200%.. 

STOK SANGAT TERHAD!! JOM ORDER SEKARANG SEBELUM HABISSSSS STOK!

No comments:

Post a Comment