About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Thursday, 16 October 2014

RESEPIKU :: Daging Dendeng


assalamualaikum semua..apa khabar korang ?
eh..awok2 suma mesti tengah mencari resepi kan ?hihi.
tak pon saja ushaa resepi ni..mana lah tau nanti bole try.
kalau dah try..bagi ana rasa. :p

ok..ana nak share 1 resepi, festime ana cuba menjadik jugak lah.
Sebenarnya ana ni jenis tak suka masak guna daging, sebab takot liat dan keras.huhuhu
tp alhamdulillah percubaan pertama masakan daging dendeng ni sangat2 la sedap! *puji sendirik :P

alkisahnya..ini daging raya korban haritu...mak mertua yang bagi.
mula2 plan nak masak sup daging..tp mak kata kena rebus lama nak bg lembut.
oh..tak jadi, terus amik buku resepi, tengok FB..google masakan daging..haha
tetiba kawan ana share resepi daging dendeng! wahhh..macam kebetulan pulak kita tgh mencari resepi.hihi.
tengok bahan2 dia pon ok jugak! tak susah cuma banyak keja. org kedah kata 'renyah" sikit lah nak masak daging dendeng ni.
tapi hasilnya sangat sedap OK! bukan ana kata..juri yg kata..wah..wahhh..
juri ana..asben, mak,abah, dan adik2 ku.hehe

anda boleh mencuba...

Dendeng Daging sedap dimakan dengan nasi panas, pulut kuning mahupun dengan ketupat...
Bahan A
1 kilo daging lembu dipotong sederhana besar
bahan B
4 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
Bahan C
3/4 cup kicap lemak manis
gula
garam
7 helai daun limau purut diramas2
3 batang serai dititik
2 sudu cili kisar bergantung kepedasan yang anda suka..dendeng ni tak pedas sangat
1/2 sudu kecik pes asam jawa
bahan D 
air rebusan daging
cara-caranya:-
Bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang
panaskan minyak dlm kuali dan goreng hingga keemasan angkat dan toskan minyak ...bawang goreng ni..lagi banyak lagi sedap
Bahan A direbus sehingga daging lembut...tp jangan empuk sangat nanti masa nak tumbuk daging tu relai/hancur pulak
*air rebusan jangan dibuang
*daging yang direbus tadi dipotong nipis dan tumbuk (rujuk gambar) guna lesung batu buat sampai habis (rujuk gambar)
*goreng daging yang telah ditumbuk ni seketika jgn lama sangat sekejap je guna minyakgoreng bawang tadi angkat dan toskan
skrang guna kuali yang sama cuma letakkan dlm 3 sudu besar minyak masak tumis cili merah kisar , daun limau purut, serai ... tumis hingga pecah minyak..tambah sedikit garam dan gula..garam ni agak2 la ye jgn banyak sangat nanti masin plak bila sejuk..
*kemudian taruk kicap manis tadi dan pes asam jawa..
dan taruk bahan D dlm 5 senduk..
*taruk bahan A iaitu daging goreng tadi..kacau dan tutup dgn penutup biar air tersebut agak2 kering
*kemudian taruk bahan B pula.. kacau lagi..kalau nampak kering sangat tambah air rebusan daging sikit...rasa kalau tawar tambah garam... siap..selamat mencuba
ana copy paste Resepi ni dari FB :)
makan nasi panas2 dengan daging dendeng ni pon dah terbuka selera tau!

No comments:

Post a Comment