About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Friday, 3 October 2014

Ngidam "MIANGKAM" :: dapat jugak akhirnya!


Assalamualaikum! dan salam sejahtera..

orang mengandung ni memang tak lepas dari perasaan ngidam kan.
bila ngidam,klu boleh nak makan sekarang jugak! klu jenis yg x boleh sabar lah..
tapi jenis ana, tak paaa..boleh sabar, nanti dapat la makan benda yg di idam tu.hehe



baru-baru ni ana ngidam nak makan miangkam. ejaan betul "Miang-Kham"
ehh..pernah dengaq dak ? ana pun baru je tau nama dia.hahahaa
miangkam ni adalah makanan tradisional thailand. ala-ala snek makanan berkhasiat!
kalau kat thai femes la makanan ni......sedap tau!

dulu ana xtau nama apa..ana cari resepi kt google siap taip panjang2 bahan dia.hahaha.
"pucuk kaduk, halia, kacang........." pastu keluar resepi Miangkam!
owh..gitu namanya.. selama ni pernah makan tp xtau nama apa.
sebab sepupu ana pernah buat masa Raya haritu, makan macamtu ja..terlupa tanya benda apa ni.hehe.
ana nak cari cara buat sos tu ja..bahan lain senang dapat!
bahan utama adalah pucuk kaduk..ala macam daun sireh tu..
bagus pucuk kaduk ni..orang tua2 depa suka rebus makan buat ulam.hehe

✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  

Khasiat Daun Kaduk yang perlu anda tahu!


Daun kaduk diguna dengan cara meminum jus nya, untuk melegakan gejala malaria dan berkesan untuk merawat demam, batuk, asma, selsema, reumatisme, Keradangan pleura (lapisan paru-paru, apabila pleura parietal terlibat, terasa sakit didada berhubung dgn selaput dada (pleurosy) dan sakit tulang belakang (lumbago).Keseluruhan tumbuhan boleh digunakan untuk merawat demam, membantu penghadaman dan untuk melegakan kesakitan otot.

✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  


RESEPI MIANG-KHAM:-



bahan-bahan lain seperti di bawah, masing2 ada khasiatnya yg tersendiri kannnn..
  • Halia 
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • serai
  • udang kering
  • kacang tanah
  • limau nipis
  • buah pala
semua bahan dipotong halus tau! mudah nak kunyah nanti.. 

Sos miangkam -
  • Air
  • Gula Merah
  • Udang Kering goreng – Di tumbuk Halus
  • Tepung Gandum – Untuk pekatkan sos
(Campurkan gula merah, air dan udang kering didalam kuali dan kemudiannya campurkan tepung untuk likatkan sos. Ingat kepekatan sos bergantung pada kalian)

Cara makan pulak :- ambil pucuk kaduk, letak kesemua bahan serba sikit ye, kalau nak pedas letak cili lebih sikit.hihi. lepastu letak kuah rojak..gulung comey2 masokkan dalam mulut. ala-ala makan sireh la. pastikan kunyah biar sebati dalam mulut baru telan..baru tau nikmat miangkam ni cmna..ewahhhh! hehe

✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  


Nak SOS PALING MUDAH ???
ana guna Kuah Rojak brand Miwi aje.hahaha..not kuah rojak makbee ok! sebab makbee tak sesuai untuk miangkam ni.
sepupu ana cakap pakai kuah rojak pun boleh tp pastikan kuah rojak yang ada campur "petis" aka otak udang. perhhh! lg la sedap miangkam ana.hehehe.


murah aje ni kt kedai, kat sini jual RM 1.80 cmtu. :)


abah ana, walaupun pertama kali mencuba miangkam ni, abah kata sedap!
sekali dia makan..10-15 helai daun kaduk..dia kata tak tahan, jadi ketagih.hahaha.
yela..bila semua bahan dah sebati dalam mulut memang sedap sangat!!
hilang rasa pahit pucuk kaduk tu...

sekali sekala anda patut mencuba Miangkam ni tau! sangat sedap!


No comments:

Post a Comment