About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Friday, 17 October 2014

Hobi baru :: ber'crochet pulak! hehe


hai..assalamualaikum semua! dan salam sejahtera!

dah lama ana tak ber'crochet tau! atau bahasa mudah paham mengkait lah..
last ana belajar mengkait masa darjah berapa entah..5 ke 6.
masa tu saja nak belajar sebab tengok mak sedara buat bekas sabun.huhu.
memang best lah belajar mengkait ni..

pernah tengok tak orang dulu2 memang rajin mengkait ni..
buat bekas tisu, sabun, ada yg buat doorgift bekas telur..
kalau lagi rajin..buat alas meja, alas kerusi dan macam2 lagi..
ana sempat lah belajar basic mengkait ni..
di sebabkan dah lama tak mengkait.ana masih ingat yang basic ja.
kalau nak cuba buat bunga2 atau bentuk lain2 tu..kena la tengok youtube! hehe.
youtube lah sumber ilhamku :D

akhirnya ana berjaya juga!!
so...ini hasilnya! jeng..jeng..jeng!


Bekas air - dah lama nak buat..nak bawak pi opis. mak cakap..macam budak2 lah..
ada ana kesah ?? janji comel.hahaha. tema owl tu..tp owl kurang zat..kuruih macam tuan dia.hihi. :P

Keychain- saja buat bagi dekat adik..
pastu ana cakap kat dia,"boleh tolong jual kat sekolah tak?"
adik : hang nak jual berapa ?
ana : ikut hang lah..agak2 nak letak berapa ?
adik : 5 kupang dah la.. (50sen).
ana : murahnya!!! aku mengkait punya teruk..hang nak jual 5kupang ja ? macamna nak untung.
adik : hang ingat kawan aku orang kaya ka ?
ana : xkan sekolah menengah bawak RM1 ja kot.hahahaa...
adik : nanti lah aku tolong jual..buat banyak sikit..
ana : insyaALLAH..kalau aku rajin :D

Headband baby - oh..ini angan2..kalau ada rezeki baby girl boleh pakaikan kat second baby nti.
kalau tak dak rezeki baby girl, tak apalah..kita hadiahkan kat kawan2.hehehe.
suka dengan bunga tu..nanti nak buat keronsang la..jimat duit. asyik beli je bila hilang.
kalau buat sendiri jimat nieee..huhu.

bercrochet ni sebenarnya menguji tahap kesabaran jugak..
tapi best laaa bila time boring2 kan ada je hasilnya!
jari ana dah sakit ni..so stop kejap...
kadang2 terpikir camna la orang duk buat jual banyak2 tu...
siap buat baju, topi jual..rajin betol..
ana ni mengkait sikit pon dah sakit jari tau!!
respect kepada anda yang mencari rezeki dengan hasil bercrochet ni!
anda sangat hebat... :)

otak berfikir : lepasni nak buat apa pulak ? kasut baby ? hmmmmm..

ok bye..love all.

Thursday, 16 October 2014

RESEPIKU :: Daging Dendeng


assalamualaikum semua..apa khabar korang ?
eh..awok2 suma mesti tengah mencari resepi kan ?hihi.
tak pon saja ushaa resepi ni..mana lah tau nanti bole try.
kalau dah try..bagi ana rasa. :p

ok..ana nak share 1 resepi, festime ana cuba menjadik jugak lah.
Sebenarnya ana ni jenis tak suka masak guna daging, sebab takot liat dan keras.huhuhu
tp alhamdulillah percubaan pertama masakan daging dendeng ni sangat2 la sedap! *puji sendirik :P

alkisahnya..ini daging raya korban haritu...mak mertua yang bagi.
mula2 plan nak masak sup daging..tp mak kata kena rebus lama nak bg lembut.
oh..tak jadi, terus amik buku resepi, tengok FB..google masakan daging..haha
tetiba kawan ana share resepi daging dendeng! wahhh..macam kebetulan pulak kita tgh mencari resepi.hihi.
tengok bahan2 dia pon ok jugak! tak susah cuma banyak keja. org kedah kata 'renyah" sikit lah nak masak daging dendeng ni.
tapi hasilnya sangat sedap OK! bukan ana kata..juri yg kata..wah..wahhh..
juri ana..asben, mak,abah, dan adik2 ku.hehe

anda boleh mencuba...

Dendeng Daging sedap dimakan dengan nasi panas, pulut kuning mahupun dengan ketupat...
Bahan A
1 kilo daging lembu dipotong sederhana besar
bahan B
4 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
Bahan C
3/4 cup kicap lemak manis
gula
garam
7 helai daun limau purut diramas2
3 batang serai dititik
2 sudu cili kisar bergantung kepedasan yang anda suka..dendeng ni tak pedas sangat
1/2 sudu kecik pes asam jawa
bahan D 
air rebusan daging
cara-caranya:-
Bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang
panaskan minyak dlm kuali dan goreng hingga keemasan angkat dan toskan minyak ...bawang goreng ni..lagi banyak lagi sedap
Bahan A direbus sehingga daging lembut...tp jangan empuk sangat nanti masa nak tumbuk daging tu relai/hancur pulak
*air rebusan jangan dibuang
*daging yang direbus tadi dipotong nipis dan tumbuk (rujuk gambar) guna lesung batu buat sampai habis (rujuk gambar)
*goreng daging yang telah ditumbuk ni seketika jgn lama sangat sekejap je guna minyakgoreng bawang tadi angkat dan toskan
skrang guna kuali yang sama cuma letakkan dlm 3 sudu besar minyak masak tumis cili merah kisar , daun limau purut, serai ... tumis hingga pecah minyak..tambah sedikit garam dan gula..garam ni agak2 la ye jgn banyak sangat nanti masin plak bila sejuk..
*kemudian taruk kicap manis tadi dan pes asam jawa..
dan taruk bahan D dlm 5 senduk..
*taruk bahan A iaitu daging goreng tadi..kacau dan tutup dgn penutup biar air tersebut agak2 kering
*kemudian taruk bahan B pula.. kacau lagi..kalau nampak kering sangat tambah air rebusan daging sikit...rasa kalau tawar tambah garam... siap..selamat mencuba
ana copy paste Resepi ni dari FB :)
makan nasi panas2 dengan daging dendeng ni pon dah terbuka selera tau!

Friday, 3 October 2014

Ngidam "MIANGKAM" :: dapat jugak akhirnya!


Assalamualaikum! dan salam sejahtera..

orang mengandung ni memang tak lepas dari perasaan ngidam kan.
bila ngidam,klu boleh nak makan sekarang jugak! klu jenis yg x boleh sabar lah..
tapi jenis ana, tak paaa..boleh sabar, nanti dapat la makan benda yg di idam tu.hehe



baru-baru ni ana ngidam nak makan miangkam. ejaan betul "Miang-Kham"
ehh..pernah dengaq dak ? ana pun baru je tau nama dia.hahahaa
miangkam ni adalah makanan tradisional thailand. ala-ala snek makanan berkhasiat!
kalau kat thai femes la makanan ni......sedap tau!

dulu ana xtau nama apa..ana cari resepi kt google siap taip panjang2 bahan dia.hahaha.
"pucuk kaduk, halia, kacang........." pastu keluar resepi Miangkam!
owh..gitu namanya.. selama ni pernah makan tp xtau nama apa.
sebab sepupu ana pernah buat masa Raya haritu, makan macamtu ja..terlupa tanya benda apa ni.hehe.
ana nak cari cara buat sos tu ja..bahan lain senang dapat!
bahan utama adalah pucuk kaduk..ala macam daun sireh tu..
bagus pucuk kaduk ni..orang tua2 depa suka rebus makan buat ulam.hehe

✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  

Khasiat Daun Kaduk yang perlu anda tahu!


Daun kaduk diguna dengan cara meminum jus nya, untuk melegakan gejala malaria dan berkesan untuk merawat demam, batuk, asma, selsema, reumatisme, Keradangan pleura (lapisan paru-paru, apabila pleura parietal terlibat, terasa sakit didada berhubung dgn selaput dada (pleurosy) dan sakit tulang belakang (lumbago).Keseluruhan tumbuhan boleh digunakan untuk merawat demam, membantu penghadaman dan untuk melegakan kesakitan otot.

✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  


RESEPI MIANG-KHAM:-



bahan-bahan lain seperti di bawah, masing2 ada khasiatnya yg tersendiri kannnn..
  • Halia 
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • serai
  • udang kering
  • kacang tanah
  • limau nipis
  • buah pala
semua bahan dipotong halus tau! mudah nak kunyah nanti.. 

Sos miangkam -
  • Air
  • Gula Merah
  • Udang Kering goreng – Di tumbuk Halus
  • Tepung Gandum – Untuk pekatkan sos
(Campurkan gula merah, air dan udang kering didalam kuali dan kemudiannya campurkan tepung untuk likatkan sos. Ingat kepekatan sos bergantung pada kalian)

Cara makan pulak :- ambil pucuk kaduk, letak kesemua bahan serba sikit ye, kalau nak pedas letak cili lebih sikit.hihi. lepastu letak kuah rojak..gulung comey2 masokkan dalam mulut. ala-ala makan sireh la. pastikan kunyah biar sebati dalam mulut baru telan..baru tau nikmat miangkam ni cmna..ewahhhh! hehe

✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  


Nak SOS PALING MUDAH ???
ana guna Kuah Rojak brand Miwi aje.hahaha..not kuah rojak makbee ok! sebab makbee tak sesuai untuk miangkam ni.
sepupu ana cakap pakai kuah rojak pun boleh tp pastikan kuah rojak yang ada campur "petis" aka otak udang. perhhh! lg la sedap miangkam ana.hehehe.


murah aje ni kt kedai, kat sini jual RM 1.80 cmtu. :)


abah ana, walaupun pertama kali mencuba miangkam ni, abah kata sedap!
sekali dia makan..10-15 helai daun kaduk..dia kata tak tahan, jadi ketagih.hahaha.
yela..bila semua bahan dah sebati dalam mulut memang sedap sangat!!
hilang rasa pahit pucuk kaduk tu...

sekali sekala anda patut mencuba Miangkam ni tau! sangat sedap!


Thursday, 2 October 2014

BILA SI IBU BERMAIN DENGAN SI ANAK


APA PANDANGAN KORANG BILA TENGOK PIC NIE? hahaha


ni lah jadinya "bila si ibu bermain dengan si anak"
OK..jangan gelak rupa khemah tu..itu khemah kitar semula namanya.. :P
ana sejak dari kecik lagi memang suka main khemah2 tau.
mak ana pun jenis melayan je, siap bagi selimut,kadang2 tolong buatkan khemah lagi.

Now...
ana pulak jadi macam mak ana.hahahahha.
serius rasa macam best je main macam ni...amsyar pun enjoy sangat!!
bukan apa si Amsyar ni dia tak boleh di dedahkan dengan TV,TAB dan seangkatan dengannya.
sebab ?? dia tengok kejap2 je lepastu buat perangai boring..
kadang-kadang mengamuk tak tentu pasal. kita pulak yang hangin!hehe

jadi untuk hilangkan boring, ana cuba buat sesuatu yang dia boleh main.
contoh macam khemah di atas la..serius idea ni datang tetiba jerrr..
guna karpet ekamatik tu...hehehe..
yang lawak tu ana post dalam FB, ada kakak tu cakap..
"akak pun nak beli macamni jugak la ana..best je."
ana heran dia nak beli apa ?? ana cakap kt dia.."akak nk beli karpet ke?"
dia balas " eh..karpet ke ana ? ana ingat betul2 khemah tadi.."hahaha...adehhhh!

kadang2 ana buat gelongsor guna tilam or toto.
yang ni amsyar suka sangat! guling2 atas tilam tu haaaa....
sebenarnya kan duduk kat rumah ni mcam2 bole buat..kena kreatif aje.
ana pun dah ajar suami, kalau nampak amsyar boring buat la apa2 aktiviti yang best2..
jangan ajar dia main tab.. (suami ana suka bg tab..geram sangat!!!)
sekarang ni suami ana pon dah melayan amsyar cara ana...
kadang2 dia amik karpet tu buat terowong..main kejar2 dengan amsyar..
riuh rendah dengar amsyar duk jerit2 smabil berlari..hehe
macam tu la cara kami main dengan anak.
yang penting amsyar aktif dan happy!