About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Tuesday, 23 September 2014

TEMUJANJI DENGAN PAKAR PEMAKANAN


Assalamualaikum! dan salam sejahtera semua..

Harini ana ada temujanji dengan pakar pemakanan.
dahsyat tauuu..anak sulong dulu tak pernah kena jumpa pakar pemakanan.
sebab pa kena jumpa ? hmmm..berat badan susah nak naik..faktor pemakanan jgk la kot..
berat ana tetap maintain sebelum kahwin 43 KG,
berat sekarang tgh prgnant masih 44kg...
teringin gilaaa nak berat badan 48kg lepas bersalin ni,barulah BMI tahap normal!
pakar tu cakap..kalau time prgnant berat ana naik dalam 10-20kg itu adalah normal.

tapi bagus jugak la ana jumpa pakar pemakanan ni..
dapat INFO macam2.hehehe.
siap bawak buku dan pen lagi nak tulis nota.. *rajin sgt!


ini antara nasihat pakar untuk ana untuk naikkan berat badan :-

1. First sekali pasal BREAKFAST.hoho..
kena breakfast sebelum pukul 8pagi, makan yang ringan sahaja.
tidak perlu terus menghentam nasi lemak di awal pagi..tak bagusss! hehe.
*macam ada kena mengena jgk!

2 minum susu 2 gelas sehari (susu Fresh milk atau fullcream, low fat tidak di galakkan) atau
makan cheddar chesee 2 keping bersamaa 2 gelas susu atau
makan 2 keping roti gardenier bersamaan 2 gelas susu. (tapi roti tu kena la buat sandwich ke, letak egg scramble ke..)

3. pukul 10 pagi - jangan makan benda berat,boleh makan benda yang bersup..

 LUNCH TIME - sebelum pukul 2 petang.
- Nasi mesti 3 senduk!
- saiz ikan sejengkal.
- Utamakan daun hijau..penting!
- Lepas makan minum air buah @ jus, jangan minum air berwarna seperti sirap sbb tiada khasiat.

4. sebelum Asar, jangan makan benda berat, boleh  makan kismis, buah-buhan.

5. DINNER - sebelum pukul 8 malam.
- makan makan berat. (nasi, koewtiaw, bihun dll..) sukatan sama 3 senduk.
- sebelum tidur minum susu @ makan biskut ringan.



harap2 lepasni ni berat naik mendadak! ewaaaahh! kemain kannnn..haha.
orang lain sibuk diet..yg ana sibuk naikkan berat badan.
tak pe..berat secara normal, xmoooo obesiti! NO..NO..NO..
harus kurus dan maintain sampai ke hari tua...hehe.




No comments:

Post a Comment