About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Saturday, 19 July 2014

NAMA BAYI YANG INDAH DAN BERMAKNA


Assalamualaikum, masih tercari2 nama bayi bakal lahir ?
ini ada ada serba sedikit NAMA bayi yang indah dan bermakna :)
insha'ALLAH memberi nama yang baik, mudah-mudahan akhlaknya baik juga.




Nama gabungan :- 


HADIB AL HARAZZ- penyayang yang warak

HARASS MUTAMADDIN- penjaga yang bertamadun

WATHIQ MUTAHAFFIZZ- yang yakin dan bersedia
MUTRAFF MUTADAANY- kemewahan yang rapat
ULYAA AFEEYAH- yang tinggi yang sihat
IBTISAM IWANY- senyuman pendapatku
ARSA ZAMURA- yang riang anak yang baik
ZAYNA ADHALIYA- perhiasan bunga
DAHLIA AREEQA ZAKHIRA- yang berketerunan mulia
ARANEEN HAYYINA- para pemimpin yang mudah.
HAFAA ZANEEQA - yang cepat, yang kuat
KHALISA ZAYAANI- yang suci keindahanku
LAANA QADRINA- lembut kekuatanku
ANAAH HANIYYA- yang sopan santun dan ceria
MARASA DARSINA- berlatih pelajaran kami
NAYLA MALIYA- pencapaian harta
YAUMI KHALILA - hariku teman
RAWDHAH QISMINA - taman bahagian kami
YURAA RASYADA - di lihat sebagai petunjuk
RA'ISA YUMNAA - ketua yang kanan
ARYA ZANIHA - madu yang memuji
DAHIYAH DURRIYAH - yang bijak bersinar-sinar

(Nama perempuan lebih banyak dari lelaki ye..hehehe)

✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  

NAMA-NAMA LAIN :-

ARYAAN- kekuatan penuh
AARON - mulia / luhur
AMMARA - wanita yang kuat iman
MARHA - periang
FATEH - penakluk
ELSA - yang mulia dan suci (bahasa jerman)
NAQIB / NAQIBAH - KETUA

NARADEEN - BUNGA
NARDEEN - BUNGA
NASIH / NASIHA - NASIHAT
NASIKAH - AHLI IBADAT
NASILA - YG CEPAT
NASIQ / NASIQA - YG TERATUR RAPI
NASRAH - PERTOLONGAN
NIQASH - PERBINCANGAN
NIQRIS - PEMIMPIN
NISREEN - MAWAR PUTIH
NISREENA - MAWAR PUTI

RAADHIN - YANG BERPUAS HATI
RAAQIN / RAAQINAH - HIGH CLASS
RAFEEQ / RAFEEQA - SAHABAT
RAFI - YANG TINGGI  
RAHEEL / RAHEELA - PENGEMBARAAN
RA'ID / RA'IDAH - PENGASAS 
RAIF / RAIFA - YANG PENYAYANG
RAIHAN / RAIHANA - YANG WANGI
RA'IS / RA'ISAH - KETUA 
RAKHAA' - KESENANGAN DALAM HIDUP
RAKHIY / RAKHIYA - SELESA
RAKIZZ - YANG FOKUS
RANNA - SUARA MERDU
RAQWAN - KEMAJUAN
RASANAH - KETENANGAN
RASIN -TENANG
RASYAD - KEWARASAN
RAUDHAH - TAMAN
RAWNAQ - YANG KACAK
RAYYAN / RAYYANA - YANG SUBUR YG WANGI
RAYYIS / RAYYISA - KETUA
RIFDYNA - PERTOLONGAN KAMI
RIFQAH - KELEMBUTAN
RIFQI / RIFQIN- KELEMBUTAN
RIKAZZ - PERMATA 
NAURA - CAHAYA
NA'USYA - YG MENANG
NAWAL - PEMBERIAN
NAYLI - PENCAPAIANKU
RIYSHA - KEHIDUPAN 
RIZQY - REZEKI
RIZZQYNA - REZEKI KAMI
RUFAYDA - YANG MEMBANTU

sumber google je.
✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  


semua nama ni menjadi rujukan ana jugak.hihi..

maklum la tahun depan nk dpat second baby.
bekenan sungguh nama bermula huruf R n A,
kalau boleh nak match dengan nama abg "Rayyan Amsyar" jugak..

*sebelum terlupa..ana masih tercari2 buku ni..nak buat rujukan jugak :)
nanti ada nama yang best2 ana update lagi.huhu..


Harga berpatutan : RM 35.00
kedai hasani or MPH kat tesco (org habaq la)
ONLINE pun ada tau!


# Insha'ALLAH "SEINDAH NAMA,SEMURNI PERIBADI"

Friday, 11 July 2014

TIKAR EKAMATIK 2 IN 1



Al kisah tikar ekamatik 2 in 1.hehe

^


^


^


^


^


^


^


^


^


jeng..jeng..jeng..!!!




si Rayyan Amsyar sedang syok bermain ayaq (air).
maklum la haritu musim panas..suka la kalau nak berendam ni kan.

mula2 ana terfikir gak nak beli kolam kecik kat dia.
tapi ana fikir banyak kali nak beli ke takkkkk..errr..bukan masalah kedekut ke apa..
budak besar amsyar ni xleh ajar mandi kolam sangat...kang selsema pulak.
sekali dia berendam jangan harap sat saja..lebih 1jam sampai kecut 1 badan pun xpa!
kalau ana beli kolam, nanti dia nampak kolam tu mengamuk nak mandi kolam hari2 pulak..
jenuhhh la ibu kamu nak tunggu, tak jadi keja ler..huhu

so..ana terfikir ni idea yg baik.hahahahhaa..
lagipun amsyar suka..lepas dia mandi terus jemur tikar tu.
dah x nampak macam kolam kan..hehehe

nak try buat ??

mudah je nak buat..yg penting kena ada bata berapa ketoi n penyepit baju.
hujung bucu2 tikar tu sila kepit dengan pengepit supaya air dapat bertakung.
bata plak susun tepi2 sikit..ana guna dalam 3 bata je pun.. tak guna pun xpa, :)

Wednesday, 9 July 2014

nak dapat adik :: anak buat perangai pelik


assalamualaikum :)

sejak dua menjak ni ana selalu perhati perangai amsyar..
kadang2 ana sendiri tak boleh nak handle..
makin lama makin menjadi sungguh!
xtau nak cakap macam mana..
orang kata 'budak nak dapat adik memang macamtu"
yaka ? ampa ada pengalaman tak ?

bila ana balik kerja,amsyar mula buat perangai..
mak ana sendiri pun pelik jgk ngn perangai amsyar.huhu.
mak pun kata..'laa tadi main duk elok ja, hang balik terus jadi mcmtu."
yela..kadang2 ana pun faham budak2 kalau RINDU dia x reti habaq kan..
dia mula memberontak, nak perhatian..nak manja.
OK..kita layankan saja, dulu ok, tak melebih2 sangat mengamuk dia..
tapi sekarang ana sendiri rasa macam tekanan jugak laa..
kalau ana hilang sabaq,silap2 boleh pukul dia..tapii tak bolehh..kesian.
dia baru umur setahun lebih, xkan dah nak pukul kot dengan perangai mcm tu.
org kata macam kena 'tantrum'...

bila amsyar mengamuk,semua tak kena. ana duduk tak kena,ana bangun x kena..
dukung pun x kena..haishhhh..kita pun boleh naik angin jugak..hahaha..
kira susah jugak nk pujuk dia bila dia mengamuk....
tarik napassss..urut dada..alahai anak ibu.......
tapi bila mai angin dia happy,buat lawak..gelak tu kuat gilaaa!
sampai abahwan dia kata ' haaa..gelak kuat, qeyau pun kuat mcm tu lah'

dulu..abah ana pun x leh dengaq amsyar mengamuk or qeyau..
dia marahkan mak ana pulak...sebab dia tak suka amsyar qeyau mcm tu.
tapi sekarang, abah ana sndri dah paham..mungkin sebab dia nak dapat adik.
dia buat perangai macam2..

sekarang ni suka tengok DVD pocoyo, upin ipin..
malam2 kacau ayah..ayah nk tengok bola amsyar nk tengok karton..
haa..berebut la ampa dua..ibu tidoq dulu..hehehe..
kalau kat rumah, ayah dia la yang dk melayan amsyar..
buat perangai macam tu jugak..entah sampai bila la...


Harap2 lepas dia ada adik nanti..matang sikit kot kan.hehe
sekarang nampak baby pun dia dah sukaa :)

# pic bawak anak pi taman sat time rehat waktu keja.




Saturday, 5 July 2014

SHAWL LABUH MAMPU MILIK!


Harini nak cerita pasal shawl plak.hihi.
bukan apa, ana dah lama cari shawl labuh ala2 Wide Shawl ni..
mujurlah ada seorang kawan ana jual shawl secara online di FB.

Serius ana dah jatoh hati pakai shawl ni!
kaler cantik, kain tak panas, senang bentuk walaupun agak lincin. :)
sapa2 nak beli boleh la contact dia ya!

alamakkk..tak dapat cek nk tunjuk kelabuhan tudung nie.hehe

HARGA ? RM 20 je tau! MURAH sangat!!!!
Harga tu belum include POSTAGE..kalau duk sg,petani boleh amik by hand je.

kalau kat luar bidang besar mcmni mmg susah nak dapat harga RM20.
Paling murah pun dalam RM40 kan ?
tunggu apa lagi..jom terjah FB dia sekarang!!

Facebook : FitriArina dan Eddham Ezuan
material shawl kain 'Chiffon' yg x jarang.
labuh lebih dari bidang 55.




ni lah dia tuan empunya shawl.hehe..comey fitriarina ni.
macam2 kaler boleh pilih, jenis plain saja xdak corak ya :)
nak tengok lagi banyak tgok kat album fb dia.

shawl ni boleh buat macam pakai tudung biasa jugak..
kena jadi kretif sikit la kan..ni customer dia.
pakai mcmni pun boleh..kan ana dah cakap..senang nak bentuk!



"SHARING IS CARING"

Tuesday, 1 July 2014

Terpaksa 'WEAN OFF' sebab pregnant?


assalamualaikum semua :)

just nak cerita pasal wean off breastfeeding.
mula2 ana ada jugak search dlm google pasal bf time pregnant.
ada yang cakap boleh, ada yang cakap tak boleh..


ana bukan apa.ana risau kalau jadi macam kawan ana ni haaa..
haritu ana ada sembang2 dengan dia..dia pun 2nd prgnancy jugak.
dia pregnant sambil bf anak dia, tp anak dlm perut tu x dapat membesar dengan normal.
masa tau dia pregnant, pi scan baby dia lgsung xnampak.
last kena scan masok alat dalam rahim tu baru nampak..hmm..
saiz baby kecil sgt wlupun dah bapa minggu,
last2 doc pakar minta dia stop bf anak dia.
lepas tu baru la baby tu membesar dengan normal.
ana pun rasa 'alamakkkk! risaunya aku!'

ana pun pi jugak klinik nk sahkan pregnant..
knon2 nk scan la..hehe..tp doc xmau scan pulak.
sebab baru lagi.. ana ada la tanya pasal bf ank time prgnant,
doc sarankan ana kena STOP bf sbb ada risiko.
bila kita bf anak, rahim kita akan mengecut..
bahaya jugak untk anak dlm kandungan tuu.
doc pun cakap, 'awak tu dah la kurus, hat dalam pun tarik nutrien..
hat luar pun tarik jugakkk..
hat dalam la penting, sbb dia bergantung pd awak ja..
hat luar ni awak boleh bg makan macam2 dah..huhu..
tetiba terkena sound dengan doc..hahahaha..

tapi ada jugak segelintir ibu yang menyusu sambil pregnant.
bagi ana bukan mudah nak wean off ni..
susah jugak, tambah2 jenis hati basah ni..kesian kat amsyar.
sebab amsyar jenis suka melepek nak ngunggong jugak..haha.
sebenarnya ni lah 'saat-saat indah' bersama anak bila dia melepek kat kita kan..
RINDU jugak klu dia x melepek kat kita..hehe
amsyar ni kan pantang betol kalau nampak ana baring, mesti selak2 tak mengira tempat..haishhh..
amsyar bukan lah fully bf sebenarnya, dia dah campur susu FM dah.
cuma kekadang dia ketagih jugak..nak..nak..nak...tambah2 time nak tidor.

ana ada try jugak letak limau,dia boleh tahan kot rasa masam tu..
buat tak tau je..ana try buh nescafe..hahaha..gila pahit kot!
dan-dan muka dia lain...xmau terussss!!!
tapi malam2 dia lupa dah....nak..nak..nak jugakkk.. >.<

ana tanya la tip kt kawan ana ni..macam mana la hang buat eh?

haritu kami sembang dalam chat kat FB jela :)
"Kena nekad laa.. Buang sat perasaan kesian demi baby dlm perut..
Hubby ang kna selalu pujuk amsyar la.. Cakap xboleh itu adik punya..
Mula dari skrg ang kena latih dia untuk dia tahu yg dy bakal dapat adik..
Contoh pagi2 suruh dia syg perut ang ckp "syg adik ckit"
Kna ajar dia bertolak ansur.. Banyak berkta hal adik dia.. 
Insya'allah nti dia faham laa..
Amani pun lama laa dia gian selak jgk..tpi aku kta xboleh kakak..tu nenen adik punya... 
Dia sayang n pegang jaa..Tapi laa kalau naik kereta tido duduk smbil dakap.. 
Kepala dia atas dada aku..Hati kesian tapi kita kena tahu laa mcm mna nk atasi..

apa yang kawan ana cakap ni ada jugak faedahnya :)
ana sendiri belum panggil amsyar "abang"..hehe.
patot la dia manja semacam kannn....

kalau ampa ada pengalaman wean off anak..share la kat sini..
nak tau jugak..heee..