About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Tuesday, 3 June 2014

RESEPIKU :: ROTI ARAB SENANG JER !




Pernah makan roti arab tak ?
harini ana nak share resepi roti arab, resepi asal dari mak ana.
mak ana ni kalau bab masak2 ke kuih2 ke..dia langsung tak ikut resepi!
tapi tetap menjadik!.hehehe.. ana nak ikut macam dia la..
patot la mak kata masak ni tak susah pun, masak je apa yg ada kat rumah tu..
masak ni kena kreatif..kena rajin buat eksperimen la..huhu.

ok resipi ni mudah ja..

BAHAN-BAHAN :-
1 ) 1 cawan air suam + garam + minyak 2 sudu. (campur sekali tau!)
2) susu pekat manis 4 sudu (ikut kemanisan masing2 lah.)
3) tepung gandum (2 cawan )
4) yis basah. (kalau tak dak yis basah,kering pun boleh la)

CARA-CARANYA :-
1) Tuang air suam yg di campur tadi bersama susu dan yis basah ke dalam mangkuk.
2) masukkan tepung sedikit demi sedikit ya, sambil kacau2..better buat dgn tangan.
walaupun agak melekat nanti, tp lgi bagus dari buat dengan senduk, tak sebati pulak kan.huhu
3) uli tepung sampai jadi doh. lembut,tak keras dan tak melekat di jari.
4) agihkan doh bulat2 kecil atau sederhana, ikut kesesuaian citarasa anda sendiri.
 (ana buat saiz sederhana je)
5) biarkan doh selama 15 minit, biarkan dia gemuk sebentar. maksud ana tepung tu naik lah.kan guna yis!hehe
6) lepastu, canai doh leper2 jgn leper sangat laa noh..
7) goreng doh tadi ke dalam kuali minyak penuh. (macam goreng donut tu la)

bila dah masukkan dalam kuali, doh tu sendiri akan jadi kembung2 macam pic ana tu.
jangan takot ya..goreng roti arab ni tak meletopppsss! hehehe.

tentang kuah pulak, sila beli kuah dalca di kedai nasi kandar..baru sedap!hahahaha.
ana punya tu beli kat kedai nasi kandar ja, senang OK!
kalau rajin buat kuah sendiri, boleh buat kuah gulai ikan, kari ayam, kari sardin ka.



yis tu ana gna yis basah jenis ni kalau tak silap la.
itu pun amik dari makkk..mak ana buat kuih jual.
yis ni memang wajib la ada kat rumah mak.hehe.

SELAMAT MAKAN ROTI ARAB YA!


No comments:

Post a Comment