About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Wednesday, 18 June 2014

ANAK HANG PERNAH JATUH KATIL DAK ?


haha..sorry, sekali keluar tajuk mai bahasa KEDAH teruihhh!
bukan apa haritu ana duk sembang dengan kawan-kawan..
cerita pasal anak-anak yang semakin membesar dan aktif nie..
topik "Anak hang pernah jatuh katil dak?"

kalau ana bagitau Rayyan Amsyar tak pernah jatuh katil. ampa percaya ?
tak percaya ? hahaha...tapi ana tak tipu tau..
Amsyar tak pernah jatuh katil, sekali pun tak pernah.
kalau orang lain yang ada anak kecik yang aktif..
mesti kena tidur bawah je lebih selamat kan?hehe

Ana tak da lah tips sangat pun.
jenis ana ni suka 'mengajar' anak ana buat sebelum apa2 terjadi.

contoh : Amsyar umur 10-11 bulan dah mula nak panjat memanjat.

ana memang perhati dia main, ana tak tinggal dia main sorang2.
sampai satu masa dia nak panjat katil.
(katil ana tak bahaya sebab katil divan tak tinggi sgt )
ana ajar dia panjat katil..tarik kaki dia cara panjat..
lepas dah boleh naik, dia tak reti turun..huhuhu.
NORMAL la budak yang tak reti turun katil ofcos dia nak turunkan kepala dulu kannn.
ana ajar pulak cara turun plak...lama2 dia sendiri dah pandai naik turun katil tanpa jatuh...LEGA!!
harap2 tak jatuh la ye..hehe. panjat SOFA pun dah tera kemain!

tapi....tapi.......

kalau anak pernah jatuh katil..
biasalah Kemalangan memang tidak boleh dijangka. 
Sehebat mana kita mengawal pergerakan anak kadang kala ada juga kemalangan yang berlaku kan.

Siapa yang tidak terkejut apabila anak tiba-tiba terjatuh dari katil Panik betol dibuatnya.


Pastinya bayi akan menangis kuat dan kelihatan terkejut. Jika bernasib baik, tiada benjol berlaku di badan atau kepalanya. Bagaimanapun pastinya papa dan mama tetap bimbang ada kesan gegaran pada otak bayi.
Sebenarnya, menurut pakar pediatrik, kecederaan yang akan dialami oleh bayi jika terjatuh bergantung kepada kekuatan hentakan kepala dan bagaimana cara mereka terjatuh.
Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Sebaiknya anda tidak sepatutnya meninggalkan bayi keseorangan di atas katil tidak kira berapa umur mereka. Ini kerana, jika bayi terjatuh dan mengalami perdarahan di dalam otak, ia mungkin agak susah dirawat dan mungkin akan menyebabkan komplikasi yang serius dan berpanjangan.-pama

✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  


JIKA ANAK ANDA JATUH KATIL :-
Jika si manja anda terjatuh tanda2 berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda2 tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan

Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh. 
P/S :  jika terdapat tanda-tanda seperti yang tertera segera dibawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

2 comments:

  1. sy sblm bsalin mmg dh siap2 bukak katil, tido atas tilam je.hehe..so xde istilah jatuh katil r ank sy hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana x boleh tido atas tilam ja.hihi. katil tu kena rapat kt dinding...baru rs selamat! :)

      Delete