About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Wednesday, 18 June 2014

ANAK HANG PERNAH JATUH KATIL DAK ?


haha..sorry, sekali keluar tajuk mai bahasa KEDAH teruihhh!
bukan apa haritu ana duk sembang dengan kawan-kawan..
cerita pasal anak-anak yang semakin membesar dan aktif nie..
topik "Anak hang pernah jatuh katil dak?"

kalau ana bagitau Rayyan Amsyar tak pernah jatuh katil. ampa percaya ?
tak percaya ? hahaha...tapi ana tak tipu tau..
Amsyar tak pernah jatuh katil, sekali pun tak pernah.
kalau orang lain yang ada anak kecik yang aktif..
mesti kena tidur bawah je lebih selamat kan?hehe

Ana tak da lah tips sangat pun.
jenis ana ni suka 'mengajar' anak ana buat sebelum apa2 terjadi.

contoh : Amsyar umur 10-11 bulan dah mula nak panjat memanjat.

ana memang perhati dia main, ana tak tinggal dia main sorang2.
sampai satu masa dia nak panjat katil.
(katil ana tak bahaya sebab katil divan tak tinggi sgt )
ana ajar dia panjat katil..tarik kaki dia cara panjat..
lepas dah boleh naik, dia tak reti turun..huhuhu.
NORMAL la budak yang tak reti turun katil ofcos dia nak turunkan kepala dulu kannn.
ana ajar pulak cara turun plak...lama2 dia sendiri dah pandai naik turun katil tanpa jatuh...LEGA!!
harap2 tak jatuh la ye..hehe. panjat SOFA pun dah tera kemain!

tapi....tapi.......

kalau anak pernah jatuh katil..
biasalah Kemalangan memang tidak boleh dijangka. 
Sehebat mana kita mengawal pergerakan anak kadang kala ada juga kemalangan yang berlaku kan.

Siapa yang tidak terkejut apabila anak tiba-tiba terjatuh dari katil Panik betol dibuatnya.


Pastinya bayi akan menangis kuat dan kelihatan terkejut. Jika bernasib baik, tiada benjol berlaku di badan atau kepalanya. Bagaimanapun pastinya papa dan mama tetap bimbang ada kesan gegaran pada otak bayi.
Sebenarnya, menurut pakar pediatrik, kecederaan yang akan dialami oleh bayi jika terjatuh bergantung kepada kekuatan hentakan kepala dan bagaimana cara mereka terjatuh.
Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Sebaiknya anda tidak sepatutnya meninggalkan bayi keseorangan di atas katil tidak kira berapa umur mereka. Ini kerana, jika bayi terjatuh dan mengalami perdarahan di dalam otak, ia mungkin agak susah dirawat dan mungkin akan menyebabkan komplikasi yang serius dan berpanjangan.-pama

✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  


JIKA ANAK ANDA JATUH KATIL :-
Jika si manja anda terjatuh tanda2 berikut perlu di pantau dan jika terdapat tanda2 tersebut perlu membawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

1. Anak pengsan selepas terjatuh
2. Terdapat darah / cecair jernih keluar drp hidung atau telinga selepas terjatuh
3. Muntah2 memancut
4. Anak tidak aktif seperti biasa
5. Tarik atau sawan (fit)
6. Lebam pada bahagian belakang telinga
7. Perubahan fizikal spt muka herot ketika menangis, lemah bahagian anggota bdn spt tangan atau kaki
8. Tidak stabil semasa berjalan

Semua tanda2 yg dinyatakan perlulah diperhatikan terutamanya dlm tempoh 24 jam selepas terjatuh. 
P/S :  jika terdapat tanda-tanda seperti yang tertera segera dibawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Thursday, 12 June 2014

CUTI SEKOLAH VS BERHENNA


Assalamualaikum.hai semua..anda sihat ?
ana tak sihat pulak harini, musim orang bersuara rocker skrg ni! hehe
sakit tekak + selsema + suara taknak keluar = LETIH..
nasib baik la masa pergi berhenna tempoh hari ana masih sihat lagi :)

bila datang musim cuti sekolah, ada je aktiviti bersama anak2 kan..
Ada yang balik kampung, pergi bercuti, pergi berkelah,waahh! syok.teringat zaman kecik dulu.
cuti sekolah je tido umah tok kat kampung seminggu! hehehe..
dan tak lupa jugak musim cuti sekolah la orang ramai nak kahwin.
banyak sungguh kenduri kendara ni..sampai tak sempat pun nak pergi semua.
ana cuma dapat pergi kenduri kahwin (7.6.14) rumah mak saudara belah suami je kat kulim,
lepas tu (8.6.14) kenduri sepupu bertunang pulak.

Musim berhenna kembali, ana siap atur jadual lagi nak pergi rumah customer.hihi.
nasib balik lah ambil cuti annual leave 4hari, sambung cuti keja 4hari = 8 hari bercuti.
konon2 dah cuti panjang ni nak bawak si Rayyan Amsyar n adik ana pi Lost World Tambun.
tapi cuaca tak mengizinkan, hujan je..xpalah nanti ibu bawak ye syg!

ramai bakal pengantin yg dah booking henna awai..ana limit 4 or 5 org je sehari.
sesiapa yg boking last minit ana terpaksa tolak atas sebab2 yg tertentu..

NI PAKEJ SINGLE / SIMPLE


PAKEJ CANTIK




ini customer ana dari Guar Cempedak. design tu inspired dari SyraSkin.
ana cuma tiru bunga aje,hihi.. ramai jugak yg pilih design ni :)
Ramai customer ana ni, tp ana letak sikit2 jela dlama blog.hehe.
nak tgok design2 bunga FB ana atau Intagram OK!

kalau ada kawan2 tanya nk lukis henna,sila promote ana ya..hahaha.

anda pun nak berhenna jugak ?

sila SMS or Wasap ya!
017-466 3393 (ana)

untuk lihat lebih banyak koleksi anna henna SP..
Instagram : ANNASHAFIZE
klik pakej henna untuk lihat pakej yg di sediakan oleh anna henna sp.

Khas untuk kawasan Sungai Petani,Kedah sahaja!
*Cas transport di kenakan sekiranya ana pergi ke rumah anda ya!
*Jika anda ada design sendiri melalui internet ke.. sila send pic kat whatsapp ana  terlebih dahulu untuk menentukan harga henna.


PENTING !!!!!!
*sila booking awal, sebab cuti kerja ana tak menentu, ini partime sahaja bukan fulltime ya!
TQ :)

Tuesday, 10 June 2014

ALHAMDULILLAH :)


memang tak sangka!
memang tak percaya !
memang apa lagi ??? errr..
memang tak dapat terucap dengan kata2..


syukur...syukur..alhamdulillah.
di beri peluang kedua untuk merasainya lagi..
kini diriku di sahkan hamil!
yess!! Rayyan Amsyar bakal jadi seorang abang..
dia  memang layak dah jadi abang.hehe.
ana sendiri tengok dia bila bermain dengan kawan2.
sikap dia dengan kawan2..pandai menyesuaikan diri..
pandai dah main dengan budak2 yg lebih kecik dari dia. :')

sebelum ana tau ana preggy..ana tak faham betul perangai Rayyan Amsyar..
manja sngat2..nak buat perangai...nak dukung je...kira sebelum ni dia tak pernah mcm tu.huhu.
semalam ana betul2 tak boleh nak tido..entah..rasa macam tak selesa.panas badan.
dulu first preggy kita boleh tau tanda-tanda hamil kan..
ni second memang susah jgk nak tau....
yang ana boleh perasan,period ana lewat seminggu dah.
pagi tadi chek UPT risau takot kecewa je..haha *mengharap OK!
seperti biasa if nak check UPT, better awal pagi bangun subuh.
URIN first tu yg terbaik untuk chek UPT...
Mula2 ada 1 line je..1line lagi kabur ya amatttt!
tapi lama2 line yang kabur tu muncul jadi terang!
subhanallah..allahuakbar! rasa happy sangat tau!!!!!

bila dah tau berita gembira ni ana baru nak suprise suami..
letak UPT kat bilik air..konon2 nak bg dia nampak sendiri lahh..
tapi emmmm...org lelaki sama kot.. dia buat tak tahu je.....ke dia tak perasan ?hmm.
terpaksa la bgtau dengan mulut jugak..'abg syg mengandung"
"syg tipu lahhhh" suami ku tak percaya! hehe.
ni tengok ni..(tunjuk UPT) senyihhhh mcm dulu jugak!hahaha..aptb.
mcm mana perasaan abg ?tanyaku... "mcm biasa abg tak mengharap"
maksud suami ana, dia takot nak terlampau seronok..sbb baru sangat kandungan ana ni.mybe dlm 3 or 4week camtu. dia risau kalau apa2 terjadi nanti..sebab tu dia ckap mcmtu.huhu.
sebab dulu dia pernah cakap " jgn seronok sgt, nanti nikmat kena tarik balik baru tau!.."
kita buat macam biasa ja *senyum :)

bila cakap pasal "tambah anak no.2" ni..
ana dan suami memang plan nk anak 2015.(awal tahun)
kalau boleh taknak jarak terlalu jauh dengan amsyar.
nanti amsyar dah masuk 2tahun, dia dah dpt adik..
now..ana dah kena start makan set hamil shaklee..
nak jadi super mommy kena makan vitamin OK!

sekarang ni ana suka pulak tengok baby girl.
baju girl..oh..geram!! harap2 kali ni girl la..
kesian kat maktok (mak mertua) belum ada cucu girl lagi. semua 4 cucu lelaki.hehe.
kalau ada cucu girl mesti dia seronok sangat!!
mudah-mudahan 2nd pregnancy kali ni tak alah teruk mcm rayyan amsyar dulu..
doakan semoga kehamilan ana ni selamat sehingga bersalin ya :)

TETIBA TERFIKIR..MAMPUKAH ANA MENJAGA DUA ORANG ANAK NANTI ? HAHAHA..
INSYAALLAH BOLEH !!!! MENTAL MAU KUAT LA YA.. :p




Tuesday, 3 June 2014

RESEPIKU :: ROTI ARAB SENANG JER !




Pernah makan roti arab tak ?
harini ana nak share resepi roti arab, resepi asal dari mak ana.
mak ana ni kalau bab masak2 ke kuih2 ke..dia langsung tak ikut resepi!
tapi tetap menjadik!.hehehe.. ana nak ikut macam dia la..
patot la mak kata masak ni tak susah pun, masak je apa yg ada kat rumah tu..
masak ni kena kreatif..kena rajin buat eksperimen la..huhu.

ok resipi ni mudah ja..

BAHAN-BAHAN :-
1 ) 1 cawan air suam + garam + minyak 2 sudu. (campur sekali tau!)
2) susu pekat manis 4 sudu (ikut kemanisan masing2 lah.)
3) tepung gandum (2 cawan )
4) yis basah. (kalau tak dak yis basah,kering pun boleh la)

CARA-CARANYA :-
1) Tuang air suam yg di campur tadi bersama susu dan yis basah ke dalam mangkuk.
2) masukkan tepung sedikit demi sedikit ya, sambil kacau2..better buat dgn tangan.
walaupun agak melekat nanti, tp lgi bagus dari buat dengan senduk, tak sebati pulak kan.huhu
3) uli tepung sampai jadi doh. lembut,tak keras dan tak melekat di jari.
4) agihkan doh bulat2 kecil atau sederhana, ikut kesesuaian citarasa anda sendiri.
 (ana buat saiz sederhana je)
5) biarkan doh selama 15 minit, biarkan dia gemuk sebentar. maksud ana tepung tu naik lah.kan guna yis!hehe
6) lepastu, canai doh leper2 jgn leper sangat laa noh..
7) goreng doh tadi ke dalam kuali minyak penuh. (macam goreng donut tu la)

bila dah masukkan dalam kuali, doh tu sendiri akan jadi kembung2 macam pic ana tu.
jangan takot ya..goreng roti arab ni tak meletopppsss! hehehe.

tentang kuah pulak, sila beli kuah dalca di kedai nasi kandar..baru sedap!hahahaha.
ana punya tu beli kat kedai nasi kandar ja, senang OK!
kalau rajin buat kuah sendiri, boleh buat kuah gulai ikan, kari ayam, kari sardin ka.



yis tu ana gna yis basah jenis ni kalau tak silap la.
itu pun amik dari makkk..mak ana buat kuih jual.
yis ni memang wajib la ada kat rumah mak.hehe.

SELAMAT MAKAN ROTI ARAB YA!