About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Thursday, 29 May 2014

Review :: Global Sewing Machine


assalamualaikum! hai semua..
masih ingat lg ana pernah share ana beli sewing machine tu ?
lepas je ana publish entry tu, brg dah sampai..hehehe. mcm kebetulan pulak kan.
ok mula2 tu kemain la excited tau nak bukak tengok saiz dia..

alkisah sebelum barang sampai, ana ada bgtau mak,ana beli mesin jahit.

ana : 'mak,kak beli mesin jahit,mak cuba teka kak beli mesin jahit harga berapa?'
mak : dalam RM 300 +++ kot.....
ana :  salah la mak! RM 169 je.hihi.
mak : biar betul..mesin jahit mainan ka apa ?
ana : mesin betul laa makkk..nanti brg sampai mak tengok. special mak ada jahit zigzag lagi tau!!

mak tak percaya..hahaha..adoi lawak betol..
tak patot tau dia cakap ana beli mesin jahit mainan!
lepas je barang sampai, dia pun bekenan,siap rekemen kat kawan2 dia pulak.
esoknya ana order kat jiran pulak, lusa barang sampai..abg kurier tu cakap "eh order lagi ?"
"ya..ini org punya"..ehh..malu pulak muka kita ni tau order banyak kali..hihi.

Review :: Global Sewing Machine


mesin ni best sebab dia ada 8 jenis jahitan.
boleh buat jahitan biasa dan zigzag..
Pusing je kat bulat tu nak jahitan jenis apa..



cara2 nak masuk benang pun senang..
siap tunjuk step by step..nampak tak anak panah no.2, 3 dan 4.
itu step untuk masukkan benang kat jarum untuk sesi jahit tuh.
tp jgn la risau kalau tak reti sebab nanti depa dah bubuh siap dah.hehe
lagi satu, kalau nak jahit malam2..kot la kelabu mata ka, ada lampu kecil di sediakan.
nak masukkan sekoci pun senang..
ok kan jahitan dia ? kemas :)
boleh la nak jahit baju koyak2 ka, jahit kain batik ka.
jahit langsir kaaaa..macam2 lagi lah.



mesin ni boleh control guna tangan atau guna kaki.
warna hitam tu pedal untuk pijak guna kaki..eh..betul ke pedal ?
takpa lah janji faham ye murid-murid.
kalau nak control guna tangan boleh control kat L-OFF-H tuh!
L untuk LOW perlahan, H untuk high laju la.
tapi bg ana guna pedal kaki senang lagi..
mesin ni boleh guna elektrik, kalau tak nak guna elektrik boleh guna betri jugak!
guna bateri biasa 4 biji bawah tapak tu..

sejak ada mesin jahit ni, ana rasa semangat nak buat baju sendiri *konon2 nya la kan.hahahaha
insyaALLAH akan ku usahakan buat baju jubah.. teringin sgt nk buat baju jubah.
dah ada pola, tunggu nak lakar atas kertas minyak ja..
Nanti jika ada kesempatan ana share buat baju pulak.
ewahh..macam expert je kan ? padahal hentam kromo je.hahaha.
ada ana kesah ? janji jadi baju boleh pakai..
ana cari pola dalam blog orang je...
nasib baik ada internet kan, betul cakap paklong ana.
internet ibarat library,kita boleh mencari ilmu :)

pendapat ana tentang mesin ni....
 Saiz yang sederhana, ringan, mudah nak simpan atau nak bawak ke mana saja (mana lah tau, nak feeling menjahit tepi pantai ke..hihi)
✿ senang nak guna,sesiapa yang tak dak basic menjahit pun boleh guna.insyaALLAH.
✿ Bunyi yg tidak kuat, kalau amsyar tido, ana menjahit pun tak menganggu mimpi dia tuh!hehe.

No comments:

Post a Comment