About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Sunday, 25 May 2014

COKLAT CADBURY TIDAK HALAL ?


     
25 MAY 2014 

Harini pakat kecoh dalam FB pasal Coklat Cadbury..huhu..
Mesti lah kecoh sebab faberet orang ramai tauuuu!!
ana pun suka makan coklat Cadbury..bila tension je cari coklat, 
asal makan coklet je dpt hilangkan tension.hehehe..
semalam ana bukak FB ramai kata Cadbury haram sbb ada DNA babi.
Ana ingat depa ni saja buat cerita..hahaha..boleh fikir mcmtu ?
tiba2 harini ada keluar kat cerita pasal ni kat surat khabar.
nahhhhh!! memang betul lahhh...




Sijil halal 2 produk Cadbury ditarik balik

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengambil keputusan menarik balik sijil halal bagi kedua-dua produk Cadbury yang mengandungi DNA babi serta-merta.
Menurut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha, siasatan lanjut akan dibuat untuk mengenal pasti punca pencemaran tersebut.

"Kami ingin menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard Halal Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, selepas sijil pengesahan halal, pemeriksaan akan dibuat secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan.
"Pemantauan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa, sekiranya terdapat sebarang perlanggaran ke atas mana-mana produk atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat persijilan, pihak kami akan menarik semula atau menggantung sijil halal terhadap produk tersebut," katanya.

Amacam ???  coklat Cadbury kegilaan kita dah tak halal.....

errrr........rilex laa...KIT KAT kan ada!!! 
jom berubah dengan Kit Kat pulak..hahahaha.






No comments:

Post a Comment