About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Sunday, 20 April 2014

SUKA SUKI : Bila hari cuti....


saja nak cerita pasal hari cuti..............
best kan kalau dapat cuti wekend day..ewahh feeling mcm keja ofis la sangat kan.haha
eh..memang ana keja ofis, tapi bukan ofis hour.
keja 12 hour tauuu! tapi 4 hari kerja 2 hari ana cuti..weeee..lagi best ke ??
setiap kali cuti ana memang jenis tak lekat kat rumah..
dari zaman ank dara lagi....cuti je "wajib" keluar..xkisah la nak gi shoping ke, window shoping ke.
nak lepak2 ke..nak pi rumah kawan ke..
yg penting kena keluarrr !! hehe..tapi sekarang pun keluar tapi jarang la keluar dengan kawan2 nak lepak2 tengok wayang....orang kata..........
"bila dah kahwin suami no 1, kawan-kawan no2 tauu! "

sekarang ni tiap hari cuti mesti ada je keja nak buat..
kadang2 balik rumah mak mertua tidor sana..
kadang2 keluar dengan family tersayang, anak n suami :)
baru2 ni ana ajak suami gi branch beli vitamin.. terdesak punya pasal..
kebetulan pulak ada customer tu call nak vitamin tu cepat..belikan skali untuk dia..
ana pun ada jugak buat stok..tapi stok ana habissss..sebab tu kalot pi branch..
selalu order melalui online je tp ambil masa 3 hari jugak nak sampai depan rumah.
pertama kali ana gi branch tau!hehe...tu pun xtau jalan..adehhh..
nasib baik tanya kakakku bradik shaklee yg duk area penang....
akhirnya..jumpa jugakk!! ni branch SHAKLEE dekat sunway tu..seberangjaya.penang.



 besar jugak la branch ni...best je masuk..orang pun tak ramai..mybe sbb dah petang kot..hehe


selfie ibu n anakku
nasib baik lah budak ni x kacau berjalan jauh..(jauh la sangat kan..haha..sg.petani-seberangjaya ja pon) :P
baju amsyar tu ala2 wakdoyok sikit..haha..kancing sampai atas.
.lepastu bukak balik la..panas kan..eksyen nk tgkp gambar ja,,
time balik tu plan nak pi penang belah pulau tuh, naik feri kaa, tp en,suami tak nak pulakk..
dah lama tak pi belah pulau tau...sedih!..huhuhu
nanti lah pi lagi....26hb april ni ada event shaklee plak :)

keesokkan harinya..haaa kan dah cakap..memang tak lekat kat rumah.hahaha
pi pantai merdeka pulakkkkk..kali ni pi sana best la sebab amsyar dah boleh jalan...
x payah nak dukung dahh..tapi bila berjalan tu jenuh pulak nak kepung..

suami ana memang suka tengok sunset ni :)

bila tengok sunset ni teringat masa zaman kapel dgn en.suami dulu...
dia pernah bawak ana pi pantai bersih sebab nak tgok sunset ni..hehe
en.suami cakap..cantik...suka tgok..suka duk kat pantai..rasa tenang :)



last pic...potret family ku.....heran diri sndiri muka putih melepak camtu. :P
kesian ibu ayah..excited kemain senyummm tapi amsyar buat muka xnak layan..hahaha.
sebenarnya budak ni dah mengantok..sbb tu muka seposen je..siap garu kepala..adoi.lawak!
bila laa kita nak pic yg elok ni..susah betol nak dapat yg betul2 cantik...sampai sekarang belum ada potret family gantung di dinding..uwaaaa!

# bila nak guna monopod ni..nampak la sikit pemandangan blkg tu..haishh..org dah berkurun guna,kita baru nk guna.. :D

itu je nak cerita..hehe..ok bai..

✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  

JOM BELI SHAKLEE DARI ANA....................


Apa yang menarik jika beli dari Ana?
✔ Percuma panduan makan vitamin 
✔ Konsultasi berterusan
✔ Jaminan pulangan wang jika vitamin yang di pos tidak sampai kepada anda.


UNTUK INFO LANJUT SILA HUBUNGI SAYA !


jika anda nak beli produk SHAKLEE atau nak COD area SUNGAI PETANI atau kawasan yang berdekatan dengannya, boleh hubungi Ana untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini dengan cara pembelian secara online. Ana akan pos ke alamat anda =)

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

Saturday, 19 April 2014

DIY : bekas letak Handphone


assalamualaikum hai semua !
harini nak kongsi DIY bekas letak HP..

bila dah ada anak ni....barang2 seperti pisau ke, HP ke dan lain2 tak boleh letak atas meja.
nak je dia tarik dan capai sampai dapat! bahaya tauuu!!
HP la satu masalah bg ana sebab ana cas letak atas rak, memang dia boleh capai HP tuh!
nanti dia tarik wayar2 cas tu....hai risau betol..kang terputus wayar, kena beli lain pulak T_T
sebab tula ana teringat pasal DIY yg lalu ada buat bekas ni..
macam OK je kan..jom cuba...xguna modal banyak pun..hehe


sumber google

mula2 nak buat guna botol yang macam gitu..tapi non ado pulak..hihi..
Rayyan Amsyar x guna produk Johnson's..
jadi fikir punya fikir..emm baru teringat sabun pencuci baju tu dah habis..
nasib tak buang lagi tauuuu! kita recycle balik..
jadikan bekas letak HP...



sebenarnnya botol ni xdelah besar sangat..huhu.. sederhana ja..
Ana suka guna pencuci ni...wangii gilaaaaa!! tak payah celup pewangi dah..hehe
jenama tollyjoy je..1 liter RM 14 ++ kot..
ehh..ter'promot tolloyjoy pulakkk..sorryyy !

.................tapi ana xdak tutorial lahh..
ana just gunting ja jadikan bentuk seperti di bawah nieee.....
lepastu kalau ada pembalut kertas, balut la bagi nampak cantik sikit kann..nampak comel..
bila dah siap..boleh la try letak kat tempat cas tu...
wayar gulung2 masuk dalam bekas tu supaya tak nampak berjuntai OK..
sekarang ni Rayyan Amsyar pun dah tak kacau HP ibu n ayah :)



selamat mencuba.....
lebih selamat dan paling penting lebih jimat !!!

Sunday, 13 April 2014

LAMAN SOSIAL :: terasa ke ?


TERASA KAH ANDA ? hahahaha
jom baca dulu..harap2 kita bukan dalam golongan di bawah ini :)



Entah2 anda pun ada sangkut salah 1..haha..
hai nasiblah, sekarang ni masing2 nak share apa yg dia buat,

sembunyikan lah kegembiraan kita, mungkin ada yang berduka,
sembunyikan lah  kekayaan kita, mungkin ada yang papa kedana,
sembunyikan lah kesihatan kita, mungkin ada yang sedang sakit,
sembunyikan lah kejayaan kita, mungkin ada yang merana...

sesungguhnya perbuatan merenda diri dan tidak suka menunjuk itu adalah amalan yang muliaa..

jom sama2 berusaha ke arah itu..

jadikan FB sebagai medan perkongsian ilmu,
jadikan FB medan tazkirah,
jadikan FB medan maklumat,
jadikan FB medan yang boleh memajukan ummah..

semoga usaha kita yang sedikit ALLAH pandang dan di beri ganjaran lebih besar! inshaa'ALLAH.amin! :)

Monday, 7 April 2014

Dear Customer Anna Henna Sp


assalamualaikum..
rasa macam tak berapa besh la harini. hmm..rasa moody.
mungkin sebab dapat customer yang cerewet kot ?huhu
sabar jela...nak buat macam mana..
klu seratus orang hubungi kita, seratus orang jgk la perangai berbeza2 kan..

sepanjang ana buat henna ni..rasanya belum lagi bertemu customer yang betol2 cerewet!
tapi sekarang ni baru terjumpa customer cerewet.
kalau ikutkan hati rasa mcm x nak layan je, lantak la kat dia, tp dalam masa yg sama kesiannn pulak kan..huhu.
hati orang perempuan ni..mcm ni lah..

bagi ana,bila nk berurusan dgn org jangan la anda jadi seorang yang cerewet sangat OK!
ana sendiri faham anda pun sibuk dengan hal2 kat rumah sebab nak kenduri kan..
tp awak kena la pandai bahagi masa, awak nk datang buat henna pukul berapa semua..
set date n time dengan ana siap2 senang..
kalaulah time tu ana buzy, ana akan cakap time bila ana free.
tapi bila dah cakap time tu ana free, anda pulak cakap anda tak boleh..
ana nak buat macam mana lagi ???????? kita kena bertolak ansur la..
ana buat henna bukanlah fulltime.tapi ana buat secara partime, kedai pun xdak..hanya buat kat rumah saja.

kadang2 anda booking last minit, kebetulan kena hari ana kerja.
mmg tak sempat dah nak ubah cuti atau shift kerja.
susah sangat sbb ana balik kerja pkoi 10 malam.
kalau anda tinggal dekat rumah xpelah, kalau jauhh ????
sebab tu lah ana mintak kerjasama anda, boking awal kalau boleh.
senang ana nak bincang, nak tukar cuti kerja ke hapa..
bagi yg luar dri sg.petani,kedah ana dah set tempat yg senang nak cari..
tapi kalau diri sendiri yg banyak bg alasan, pleaseeee jangan paksa ana..ok..
ana ada anak kecik..harap sgt anda semua boleh faham ana..

selama ana buat henna ni. alhamdulillah, ramai yg puji puas hati, cantikk katanya..
yang paling penting depa kata 'MURAHHHH' hahaha..

PERHATIAN !
kalau nak booking henna, sila set date dan time dengan ana dlu ye syg2..
bila dah booking, dekat2 dengan tarikh tu sila ingatkan ana lagi, takot terlupa.hihi.
tak perlu bayar deposit pun tau !!..

ini lah hasil ANNA HENNA SP :)







skrg ni ramai pulak yg suka design ni..katanya dah boring dengan design bunga.hehe






TQ kepada kakak senior zaman sekolah dulu yg amik perkhidmatan henna dari ana.
alhamdulillah dia sgt berpuas hati ! :)



Nak boking HENNA ??

Kalau anda nakkan PERKHIDMATAN ANNA HENNA SP, anda boleh hubungi Ana ya!
untuk tengok koleksi ANNA HENNA SP, anda boleh add di FB ana.
atau follot instagram AnnaShafize

HARGA ? yg pasti HARGA ana serendah RM5 Sebelah tangan.
dan HARGA FULL PAKEJ paling mahal RM100 SAHAJA!! 
Jom booking tarikh anda sebelum ianya FULL!!
BOOKING TARIKH tanpa BAYARAN!!

please Contact 017-466 3393 (ana)
(SMS / Whatsapp)

Khas untuk kawasan Sungai Petani,Kedah sahaja!
*Cas transport di kenakan sekiranya ana pergi ke rumah anda ya!
*Jika anda ada design sendiri melalui internet ke.. sila send pic kat whatsapp ana  terlebih dahulu untuk menentukan harga henna.
*Luar kawasan dri sg.petani, seperti alor setar or penang, anda boleh juga booking henna tp anda kena datang sg,petani la.hihi

PENTING !!!!!!
*sila booking awal, sebab cuti kerja ana tak menentu, ini partime sahaja bukan fulltime ya!
TQ :)

Thursday, 3 April 2014

KHASIAT PISANG YANG ANDA TIDAK TAHU!


assalamualaikum semua!
anda suka makan pisang tak ?hehehe
ana suka sangat! kalau ada pisang mesti nak buat banana shake!! :)
campor dengan ESP pulak kan..perhhh !! yummyyyy!!
harini ana nak share tentang khasiat pisang.
ana pun baru ja tau nih..hahahaha..



Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.
Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital - makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya.

ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah. kata-kata ; "Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

**Kesimpulannya, pisang adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika!

Satu lagi; ingin kilatkan kasut??
Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!