About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Wednesday, 19 March 2014

Sawan Demam :: Kena ambil tahu!


assalamualaikum...
ana rasa macam lama sangat tak update blog ni, dah berhabukkk dah..hihi.
sorry ye syg2 semua..ana memang tak da masa sangat sekarang nie,,

baru2 ni amsyar kena sawan demam.. ya ALLAH..ana ingatkan demam biasa2 saja.
ya..demam biasa2 sebab suhu dia xlah terlalu tinggi, mungkin "silap" ana sebab ana langsung tak bagi dia makan ubat. nak bagi tapi dah tak sempat!! dia kena sawan dulu..alahai kesian anak ibu tau.
ana kan pergi keja, tinggal lah dia dengan mak ana, ubat ada kat rumah ana..baguihhh sungguhhh!
ini adalah pertama kali amsyar kena sawan, tapi memang ana tau dia akan jadi sawan,
sebab amsyar ada urat sawan kat betul2 tgh batang hidung tuh, sampai sekarang ada!
org sllu tanya kenapa urat itu ini..tapi yg betul itu urat sawan.

masa kena sawan tu, ana baru je balik kerja, pkoi 10 mlm.
balik rumah mak nak ambil amsyar balik rumah ana, masa tu amsyar tido, badan tak panas. mak ana tak jelum la dah badan tak bapa panas..
bila amsyar terjaga dari tido, merap2 dengan ana, lepastu dia pergi kat maktok dia tiba2 jadi tarik!
mata naik ke atas, badan kejang..memang cuak gilaaaa..takottt!!!!
tapi mak ana relax ja! dia arah kami ambil besen ada air baggi dia mandi...sambil urut badan dia..
lepastu amsyar nangis...telefon mak mertua, dia suruh bawa pergi hospital, risau kalau terjadi lagi sekali.
amsyar jadi sawan dekat 5 minit jugak!

pkoi 11 malam pergi hospital, kat EMERGENCY..
mula lah doc tanya, sawan berapa lama ? buat mcmna ? demam dah berapa hari ? bla...bla.....
Doc check suhu badan amsyar 39'c..makk aiiii...tingginya!
doc cakap kena tahan wad kemungkinan dia akan jadi sawan lagi..
bermulalah episod tido kat hospital bersama Amsyar kali ke2 selepas bersalin.huhu..
3 hari ana bermalam di hospital, sangat2 lah boring....huhu..
Paling kesian kat amsyar la..dia nak tengok TV..citer karton >.<
TV ada tapi karton xdak.hihi.
paling sedih bab kena cucuk..dengar dia menagis pun..haiii rasa mcm nak pukul doc tu jangan cucuk anak sy ! tapi nak buat mcmna terpaksa la..nak masukkan antibiotik sb amsyar susah makan ubat.


nasib la ibu amsyar ni kecik tau! boleh gak tido dalam tu sekali.haha, paling tak best katil tu kecik, kaki kena lipat arrr..lenguh kaki, amsyar pulak nak nenen je..merap sangat2..


APAKAH ITU SAWAN ?
Sawan berlaku di sebabkan aktiviti elektrik otak di luar kawalan dan mengakibatkan:-
✿ Kekejangan otot
✿ mata naik ke atas
✿ mulut berbuih
✿ kancing gigi
✿ menggigil
✿ tidak sedarkan diri dan lain2.

APAKAH ITU SAWAN DEMAM ?
Sawan demam adalah :-
sawan yang berlaku apabila suhu badan melebihi 38'c
ia biasanya berlaku pada hari pertama or kedua demam.
linkungan umur adalah antara 6bulan sehingga 6 tahun.

APAKAH PUNCA SAWAN DEMAM ?
ianya disebabkan demam yg terlalu tinggi. kebiasaannya demam tinggi di sebabkan oleh jangkitan pada telinga atau bahagian atas saluran pernafasan.

BOLEHKAH SAWAN DEMAM BERULANG ?
Ya! 30% demam sawan akan berulang.

ADAKAH SAWAN DEMAM MENGAKIBATKAN KECACATAN OTAK ?
TIDAK, kecuali apabila sawan berlaku terlalu lama (melebihi 15minit)

ADAKAH IANYA KETURUNAN ?
TIDAK, ia bukan sejenis penyakit keturunan tetapi sekiranya terdapat ahli keluarga yang pernah mengalami demam sawn semasa kecil, risikonya adalah lebih tinggi (10% hingga 20% )

ADAKAH IA BOLEH MENGAKIBATKAN EPILEPSI (penyakit sawan berpanjangan) ?
Hanya segelintir saja. (2-7%)

BAGAIMANA MENGENALI SAWAN DEMAM ?
badan terlalu panas
badan dan kaki tegang
kaki dan tangan tergoncang tanpa ransangan
mungkin terjatuh
mulut berbuih
terbuang air kencing
tertidur dan tidak sedarkan diri seketika
apabla terjaga, juga terasa bingung seketika
kemudian aktif semula

APAKAH YANG HARUS ANDA LAKUKAN JIKA ANAK ANDA DEMAM ?
Tanggalkan pakaian anak, pakaikan baju yang nipis
jelum dengan air
beri ubat demam.
galakkan anak anda minum banyak air.
pasangkan kipas atau memberi peredaran udara yang baik
dapatkan nasihat doktor jika demam berterusan

APAKAH YANG ANDA PERLU LAKUKAN KETIKA "SAWAN' ?
Bertenang dan catitkan masa bila sawan berlaku
jangan tinggalkan anak anda sendirian
longgarkan pakaian terutama di bahagian leher, bogelkan terus tak apa. (baby la)
letakkan anak baringan mengiring pada sebelah kiri, kepala rendah daripada badan (jgn gunakan bantal!)
jauhkan barang2 yang berbahaya di sekitar
jirus atau lap seluruh badan menggunakan air paip biasa (tak sejuk tak panas ya!) macam bagi mandi tu.
lap bahan muntah atau bendalir dari mulut tatapi jangan masukkan apa2 benda ke dalam mulut walaupun gigi anak berkancing!
beri ubat sumbat ke punggung untuk berhentikan sawan yang berlanjutan lebih dari 5minit. ubat ini biasanya diberikan oleh doktor untuk mereka yg berisiko tinggi mendapat sawan demam berulang-ulang.

sekiranya serangan sawan berpanjangan (melebihi 10minit) bawa anak anda ke klinik / hospital berdekatan dan dapatkan rawatan doktor secepat mungkin!!

RUJUKAN : Jabatan Pediatrik, HSAH.sp.kedah

2 comments:

  1. Anak saya bru kna sawan 13.4.14 ... dmm hari kedua tp rasa x pns sgt pun masa tu .. nsb baik saya mmg de sblh dia .... tgh tidur tu tiba2 dia tarik .... panik terus peluk dia dn basahkan kpla dia .. msa tu husband xde umh ... cll soh blk cpt then bw g spital ... smpi spital suhu dia dh trn 36 .... kna la thn 1 hari .... lps tu dh tau apa nk buat klo bdk kna sawan .... risau msa tu smpi skng saya fobia ..... hrp x berulang lg .... skng mmg tgh baca psl sawan utk knowledge sndri ... x kna x ambik tau kan .... jd mak ni kna ambik tau smua benda sbg persiapan ....

    ReplyDelete
  2. mummy siti :: itu lah..ana pun risau bila doc cakap ia berkemungkinan akan terjadi lagi bila dia demam...doc ckap kalau demam, pastikan jelum dia kerap2, pastu letak towel basah kt ketiak2 tu..menag suhu akan turun, paling penting kerap bg mandi, memandangkan cuaca sgt panas skrg ni :)

    ReplyDelete