About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Wednesday, 4 December 2013

DIY : Bunga kertas yang senang nak buat :)



assalamualaikum hai semua!

harini boring sangat duk kat ofis sorang2.
pandang sana dinding. pandang sini dinding.
pandang depan je tunggu customer datang.huhu
dengan hujan renyai2 ni, macam best plak kalau tido!hehehe
dua2 partner ana cuti..syok la depa p bercuti.
ana? hmm..nanti lahhhh pi bercuti.

emm..disebabkan boring xtau nk buat apa la kan.
tetiba teringat pulak kat kawan ana sorang ni.
dia bakal berkahwin, mungkin tahun depan kot.
semalam dia pm ana tanya pasal bunga kertas ni.
suruh buat tutorial katanya. mudah nak ikut..STEP by STEP.
yela..ana pun dah lupa sebenarnya nk wt tutorial nie.
naseb la atas permintaan dia..dapat jugak buatkan.
ni mesti dia ada tengok pic kahwin ana nieeeee..
sebab ana buat pelamin bunga kertas!
BUNGA ROS tau!


 PELAMIN KAHWIN ANA :)
(rindu plak kt pelamin ni.hihihihi)



Bajet berapa eh nak buat bunga ni ??
jawapan : tak sampai RM10 pun.hahaha.
bajet gila kan?

yelah..ana guna kertas A4 putih beli kat kedai RM 1.90 je.
dalam tu dah ada 40 keping kot.
1 bunga guna 4 keping kertas.
cuba bahagikan 40/4 = 10 kuntum bunga kita dapat.

kalau anda tnya bajet pelamin ana ni..lagi tekejut nanti!
bajet RM50 je boleh buat pelamin!
tak percaya ke? semua tu barang kitar semula je.
tak perlu beli baru..yang penting, kena kreatif dan rajin.
semua org boleh laaaa.........


TUTORIAL BUNGA KERTAS versi ANA :)

bahan-bahan :-
1. Kertas saiz A4.
2. Gam jenis tembak tu.. erkk..gam yg buh letrik tu la.. tak tau? guna je gam UHU..hihihi.
3. Gunting (takmau gunting ikan ehh..nanti bunga tak wangi )
4. Pensel dan pemadam (wajib ye! kena ikut cakap cikgu,jgn bantah!!)
5. Diri Sendiri ( haa..wajib hadir cikgu sdg mengajar nie cepat sediakan! :P )



jelas tak ??? tak jelas ker? cuba klik pic ni nampak besar lagi kot.

OK..first step -->> kita guna 4 keping kertas A4.
kertas NO.1 : lukis lekuk2 dalam bentuk bulatan. nanti senang nak gunting.
NO.2 : kertas A4 di lipat 4. pastu lukis bentuk kelopak kecil. nanti gunting dapat 4 keping kelopak kecil.
NO.3 : (guna 2 kertas ya!) kertas A4 di lipat 2. lukis bentuk kelopak besar, nanti gunting dapat 4 keping kelopak besar.



rupa bila dah di gunting.


NEXT




yang lekuk2 tadi tu rupa dia macam ni lah..
ni untuk bunga tengah2 tuu..alaaaa..xtau la orang panggil apa.
erkkk..hentam jela labu.hahaha.
pastu kita gulung2 dia sampai hujung, pastu gam kan. OK?




Untuk kelopak pulak.
1. guntingkan sikit bawah kelopak tuu..sikit je dlm 1cm..
2. sebab pe gunting ? sebab nak bg jdi bentuk mcm kelopak bunga betul.
3. pastu gam kan tempat yg di gunting tadi.
4. jangan lupa ye..buat apa ehh........errr...gulung kt hujung kelopak atas tu nk bg jadi bentuk melentur.

ok dah siap ke ???

alahai..cikgu dah penat laaa...
ampa tengok la sendiri ye. pic bawah ni.
pic naa laa punya besaq!! hahaha

untuk kelopak bunga kita hanya guna 3 kelopak saja!!
3 kelopak kecil, 3kelopak besar.
Yang selebih tu boleh topup kuntum yg lain plak :)


ohh..terlupa pulak..sila abaikan ana ada guna stapler tuuu!
sepatutnya kena guna gam k, klu guna stapler ni tak kukuh bunga tu nanti.
maklum la..tutorial ni di buat di ofis bukan di rumah. gam tembak tu xde kt ofis.hehe

kalau dah siap bunga ni tunjuk kat CIKGU ANA ye! :P

*  *  *  *  *  *
masa ana kahwin dulu..
ana sendiri tak nak ambil pakej kat butik.
kawan ckp rugi la...nanti teringin pulak! alaaa sekali seumur hidup.
tapi ana rasa membazir. dan pelamin yg ana nak tu mana ada kat butik lagi masa tuuuu..
ana nk bunga2 besar mcm ni..tp masa tu, trend bunga kertas blum femes lagi.
sekarang? dah ramai org buat tau!!

ana tak nyesal sbb tak amek pelamin butik.
ana rasa puas hati sbb ni hasil kreatif ana.
walaupun tak seberapa ana rasa bersyukur sgt!
apa org lain ada..kita pun ada jugak. tp kita tak membazir kan?
skrg ni duduk kat pelamin kejap aje..byk habiskan masa kt outdoor lagi adalah...



Kisah di sebalik takbir pelamin ana.

1. KAIN : bajet ana memang sikit untuk pelamin sebab ana tak guna banyak kain. hanya kain untk background belakang je. kain pun beli yg lelong punya.hahaha..kat nagoya 1meter RM 3. untung kan ???

2. BUNGA2 : DIY sendiri je yg bunga kertas tuu. tapi bunga kat tepi kiri kanan tu mak saudara yg punya la..

3. KERUSI : haaa..ni kerusi mak ana yg reka, asalnye kerusi meja makan, tp dah teruk dah kerusi tu sbb tempat sandar dah patah, jadi kebetulan ada 2kerusi tempat sandar yg patah.hehe, jadi mak gabungkan 2 kerusi tu jadi la mcm dlm gambar tu. kain mak jahitkan. KUSYEN atas kerusi tu, guna kusyen rumah yg dah mmg ada. cuma buat sarung kusyen baru jela :)

4. BANTAL : buat sendiri jugak!

5. STAGE : hehehe..pinjam kayu katil jiran punya.hahahaha..jiran xguna ok, sebelum pinjam ofcos mintak izin dulu ye!

6. KARPET SHAGGY : beli sendiri..mmg dah ada..


ok lahh..itu jela nak cerita...
maaf entry panjang..jangan marah ye murid-murid..hahahaha :D
cikgu syg kalian semua !!!


8 comments:

  1. betul ana..nini pon plan nak diy....sampai gigih p beli kain and terus pasang semata2 nak tunjuk kat mak...see cantik kann...sama macam org lain kan....lepas tu baru mak diam....hahaha

    ReplyDelete
  2. nini.. kalau kita buat sendiri kan..org tengok.org puji tau! hehehe.. kembang habisss masa tu.hahahaha

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah dh berjaya buat la cikgu ana, cuma yg tengah dia pening x dpt ikut step, main gulung je. tp menjadi. Haha tgah duk cari idea tuk jimat budget majlis.

    ReplyDelete
  4. MCM MN CARA LEKATKAN BUNGA KAT KAIN TU...BOLE SHARE TAK?

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl tu..camane awak lekatkan bunga kt kain tu?pakai pin ke?
      boleh tak awak emel kt sy
      shazana.salehudin@gmail.com

      Delete
    2. ya saya guna pin.maaf la baru tgok komen hampa semua.hihihi

      Delete
  5. Baru nk tgk...sekian lama dok cari

    ReplyDelete
  6. Baru nk tgk...sekian lama dok cari

    ReplyDelete