About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Friday, 27 December 2013

Makanan elak MULUT anda berbau !!






Masalah mulut berbau berlaku akibat pembiakan mikro atas lidah, khususnya pada bahagian belakang lidah. Keadaan ini dipanggil halitosis.

Ia juga sebabkan tabiat individu mengawal pemgambilan makanan atau diet. Sejenis bahan kimia digelar ketones akan dibebaskan ketika bernafas apabila lemak dalam badan dibakar.

✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  


Info Punca Mulut Berbau

Makanan 
Sisa makanan terselit pada celah gigi. Makanan mengandungi minyak mudah bertukar menjadi gas (menghasilkan bau) seperti bawang putih, bawang merah dan sesetengah sayur-sayuran dimasak dengan rempah. Selepas makanan ini dicerna dan minyak yang berbau diserap masuk ke dalam salur darah ia seterusnya dibawa masuk ke paru-paru. Gasnya akan dibebaskan melalui pernafasan. Proses ini berterusan sehingga makanan tadi dikumuhkan daripada badan.

Abai kebersihan gigi
Tabiat membersihkan gigi yang buruk antara punca utama nafas berbau. Sisa makanan pada celah gigi menggalakkan pembiakan bakteria penyebab bau mulut. Jika tidak dibersihkan, bakteria akan terus berkumpul dan membentuk plak. Jika tidak diberus akan menyebabkan radang gusi (gingivitis) dan mereputkan gigi.

Mulut kering
Air liur membantu membersihkan dan melembabkan mulut. Mulut kering menyebabkan sel mati berkumpul pada lidah, gusi dan pipi. Sel mati terkumpul akan mereputkan gigi danmengeluarkan bau. Mulut menjadi kering ketika tidur juga menyebabkan berbau pada keesokanharinya.

Tembakau
Semua hasil tembakau tidak kira jenama membuatkan mulut berbau. Merokok bolehmengeringkan mulut dan mengakibatkan bau tidak menyenangkan.

Diet keterlaluan
Individu yang mengamalkan diet keterlaluan mengakibatkan pengumpulan bahan kimiaketoasidosis yang terhasil ketika mereka menahan lapar.


✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  ✿  


Bagaimanapun, kajian lima makanan di bawah boleh membantu menghapuskan bakteria penyebab nafas berbau.



1 Strawberi
Buah ini bukan saja lazat dan berkhasiat, malah membantu mencegah bakteria serta kuman penyebab bau mulut. Kandungan vitamin C yang ada pada buah ini juga bagus untuk melawan jangkitan bakteria.






2 Teh
Hidangan teh hijau atau merah tanpa gula mengandungi antioksida dalam teh mencegah berkembangnya bakteria pada bahagian mulut.






3 Kacang Hazelnut
Siapa sangka kacang juga boleh mencegah bau mulut. Cuma kunyah seketika. Kunyahan itu akan menerbitkan zat pada dinding mulut.






4 Yogurt
Pengambilannya mampu mengurangkan perkembangan bakteria penyebab nafas berbau. Kajian pakar perubatan di Jepun menunjukkan pembentukan plak di gusi akan berkurangan apabila minum yogurt.





5 Epal
Mampu mencegah kemunculan plak pada gigi.





# Credit

Thursday, 19 December 2013

MOTHERHOOD is AWESOME!!


" Syurga yang tuhan telah berikan kepada orang-orang yang bertakwa Allah swt letakkan di bawah kaki seorang ibu yang menggambarkan betapa Allah swt sangat memuliakan wanita, maka hormatilah wanita yang telah Allah swt muliakan "


bila tgok pic ni mesti momies dah tersenyum sorang2.hehe
pernah alami tak semua tu ? mesti pernah kan?
bak kata org 'pengalaman itu mendewasakan" yes!!
menjadi seorang ibu adalah pengalaman yg di luar jangkaan ana.
bukan mudah ye.. seorang ibu memerlukan kesabaran yg tinggi.
bila kita dah ada anak, kita akan lebih menghargai ibu kita. betul! :')
selama ni pun hargai jugak, tapi bila ada anak ni feel dia lain macam lah.hehe.

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *
renungkan lah................

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul) 

Bila dahaga, yang susukan aku....mak 
Bila lapar, yang suapkan aku....mak 
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak 
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak 
Bila bangun tidur, aku cari....mak 
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak 
Bila nak bermanja, aku dekati....mak 
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak 
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak 
Bila nakal, yang memarahi aku....mak 
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak 
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak 
Bila takut, yang tenangkan aku....mak 
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak 
Aku selalu teringatkan ....mak 
Bila sedih, aku mesti talipon....mak 
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak 
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak 
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " 
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak 
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak 
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak 
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak 
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak 
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak 
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak 
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak 
Yang selalu berleter kat aku...mak 
Yang selalu puji aku....mak 
Yang selalu nasihat aku....mak 
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak 

Aku ada pasangan hidup sendiri.... 

Bila seronok, aku cari....pasanganku 
Bila sedih, aku cari....mak 

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku 
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak 

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku 
Bila berduka, aku peluk erat....emakku 

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku 
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak 

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku 
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” 

Selalu.. aku ingat pasanganku 
Selalu.. mak ingat kat aku 

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku 
Entah bila... aku nak talipon mak 

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku 
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak 

Renungkan: 
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? 
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". 
Berderai air mata jika kita mendengarnya. ....... 

Tapi kalau mak sudah tiada....... ... 
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Thursday, 12 December 2013

Anak DEMAM : Tips dan Info



Seperti orang dewasa, anak-anak demam tidak akan berselera untuk makan. Jadi apakah makanan yang sesuai untuk anak anda sewaktu dia demam?
Secara umumnya, demam bukanlah penyakit. Tubuh anak-anak akan berasa panas akibat dari tindakbalas melawan jangkitan dan penyakit lain. Demam biasanya disebabkan oleh jangkitan bekateria, virus dan kulat.

anak demam Menu untuk Anak Demam: Tips & Info

Gejala biasa ketika demam ialah:
1. Tidak berselera makan
2. Lesu
3. Berpeluh
4. Lemah

Oleh yang demikian, untuk memastikan anak kembali bertenaga, para ibu bapa perlulah lebih prihatin tentang pemakanan anak-anak anda.

Tips:
  • Makanan yang diberi kepada anak-anak perlulah tinggi kalori, tinggi protein, rendah lemak dan banyak air.
  • Pada 2 sehingga 3 hari anak demam, anda harus pastikan sang anak mengambil banyak cecair dengan memberinya makan sup, air glukosa dan bijirin bersama susu.
  • Makanan untuk anak demam mestilah lembut dan mudah dihadamkan serta diserap oleh tubuh seperti pisang, tauhu dan betik.
  • Pengambilan makanan kaya protein perlu dipertingkatkan. Oleh itu berilah anak anda makan susu, telur dan kacang dal.
  • Elakkan dari memberi anak anda makan makanan yang susah untuk dihadam.
  • Selain protein, kanak-kanak demam juga perlu meningkatkan pengambilan vitamin A, vitamin C, vitamin B, kalsium, besi dan sodium.

Makanan yang boleh diambil:
Jus buah-buahan, air glukosa, susu, air kelapa, air barli, telur, sup, bijirin, ikan bakar, sayur rebus, buah-buahan sitrus, PERFORMANCE DRINK SHAKLEE, dll.

Makanan yang perlu dielakkan: 
Mentega, minyak sapi, minyak sayur-sayuran, makanan bergoreng, makanan berempah, makanan terlalu banyak serat, sup krim, dll.


 #credit



Saturday, 7 December 2013

RESEPI BABY : Cauliflower cheese


assalamualaikum momies!
harini ana nak share resepi baby 8bln.
kalau nk bg baby 6bln tak payah letak cheese la.
risau alergik jee!
resepi ni ana copy dari mama eira. kawan FB ana.
dia rajin sgt buat homemade untuk afif ank dia tau! :)
to mama eira. kalau terbaca blog ni TQ ekh share resepi ni sbb ana sndiri tak penah buat lagi kt Rayyan Amsyar.huhu.

Rayyan Amsyar srkg ni dah tak nak makan benda lembik2 mcm puri.
maklum la dah ada 5btg gigi, kira nak mengunyah dan gigit2...
jadi ana buat resepi makan dengan roti pun sedap jugak!! hehe
sesuai untuk dinner or mkn ptg tuu..

jom kita start!


BAHAN-BAHAN YG DI PERLUKAN :-


Cauliflower or bunga kobis putih, kalau xdak guna brocoli pun bolehhhh. agak2 jela ek.
ana sendiri xtau nk bg sukatan mcmna..kilo ke?segemgam? ehh..hahaha..
Puri kurma..nk bg manis2 sikit. satu sudu je cukup! 
Cheddar chese, ana guna separuh je k.


Macam biasa stem or rebuskan dulu cauliflower tuu biar sampai lembut!
then, toskan..masuk semua bahan2 dalam blender.
masukkan sedikit air masak, emm.. nk letak susu EBM or FM pun boleh.
blend sampai hancussss!! mcm dalam pic bawah nie.




lepas tuuuu kannn.. letak dalam bekas jelah ekhh..
takkan nak ajar pulak yg nie..
hehe..gurau je.. :D





sebenarnya ana nk letak puri ni dalam roti sesiap..buat mcm jem.
tapi dah kesuntukan masa nak hantar Rayyan Amsyar kat rumah mak. jdi tak sempat pulak.huhu.
ana suruh mak cicah je guna roti nie suapkan kt amsyar..
tau tak cicah tu natang apa?ehh..xkan kedah je ckp cicah..hahaha


ok la bye :)
*Happy Sharing*


Wednesday, 4 December 2013

DIY : Bunga kertas yang senang nak buat :)



assalamualaikum hai semua!

harini boring sangat duk kat ofis sorang2.
pandang sana dinding. pandang sini dinding.
pandang depan je tunggu customer datang.huhu
dengan hujan renyai2 ni, macam best plak kalau tido!hehehe
dua2 partner ana cuti..syok la depa p bercuti.
ana? hmm..nanti lahhhh pi bercuti.

emm..disebabkan boring xtau nk buat apa la kan.
tetiba teringat pulak kat kawan ana sorang ni.
dia bakal berkahwin, mungkin tahun depan kot.
semalam dia pm ana tanya pasal bunga kertas ni.
suruh buat tutorial katanya. mudah nak ikut..STEP by STEP.
yela..ana pun dah lupa sebenarnya nk wt tutorial nie.
naseb la atas permintaan dia..dapat jugak buatkan.
ni mesti dia ada tengok pic kahwin ana nieeeee..
sebab ana buat pelamin bunga kertas!
BUNGA ROS tau!


 PELAMIN KAHWIN ANA :)
(rindu plak kt pelamin ni.hihihihi)



Bajet berapa eh nak buat bunga ni ??
jawapan : tak sampai RM10 pun.hahaha.
bajet gila kan?

yelah..ana guna kertas A4 putih beli kat kedai RM 1.90 je.
dalam tu dah ada 40 keping kot.
1 bunga guna 4 keping kertas.
cuba bahagikan 40/4 = 10 kuntum bunga kita dapat.

kalau anda tnya bajet pelamin ana ni..lagi tekejut nanti!
bajet RM50 je boleh buat pelamin!
tak percaya ke? semua tu barang kitar semula je.
tak perlu beli baru..yang penting, kena kreatif dan rajin.
semua org boleh laaaa.........


TUTORIAL BUNGA KERTAS versi ANA :)

bahan-bahan :-
1. Kertas saiz A4.
2. Gam jenis tembak tu.. erkk..gam yg buh letrik tu la.. tak tau? guna je gam UHU..hihihi.
3. Gunting (takmau gunting ikan ehh..nanti bunga tak wangi )
4. Pensel dan pemadam (wajib ye! kena ikut cakap cikgu,jgn bantah!!)
5. Diri Sendiri ( haa..wajib hadir cikgu sdg mengajar nie cepat sediakan! :P )



jelas tak ??? tak jelas ker? cuba klik pic ni nampak besar lagi kot.

OK..first step -->> kita guna 4 keping kertas A4.
kertas NO.1 : lukis lekuk2 dalam bentuk bulatan. nanti senang nak gunting.
NO.2 : kertas A4 di lipat 4. pastu lukis bentuk kelopak kecil. nanti gunting dapat 4 keping kelopak kecil.
NO.3 : (guna 2 kertas ya!) kertas A4 di lipat 2. lukis bentuk kelopak besar, nanti gunting dapat 4 keping kelopak besar.



rupa bila dah di gunting.


NEXT




yang lekuk2 tadi tu rupa dia macam ni lah..
ni untuk bunga tengah2 tuu..alaaaa..xtau la orang panggil apa.
erkkk..hentam jela labu.hahaha.
pastu kita gulung2 dia sampai hujung, pastu gam kan. OK?




Untuk kelopak pulak.
1. guntingkan sikit bawah kelopak tuu..sikit je dlm 1cm..
2. sebab pe gunting ? sebab nak bg jdi bentuk mcm kelopak bunga betul.
3. pastu gam kan tempat yg di gunting tadi.
4. jangan lupa ye..buat apa ehh........errr...gulung kt hujung kelopak atas tu nk bg jadi bentuk melentur.

ok dah siap ke ???

alahai..cikgu dah penat laaa...
ampa tengok la sendiri ye. pic bawah ni.
pic naa laa punya besaq!! hahaha

untuk kelopak bunga kita hanya guna 3 kelopak saja!!
3 kelopak kecil, 3kelopak besar.
Yang selebih tu boleh topup kuntum yg lain plak :)


ohh..terlupa pulak..sila abaikan ana ada guna stapler tuuu!
sepatutnya kena guna gam k, klu guna stapler ni tak kukuh bunga tu nanti.
maklum la..tutorial ni di buat di ofis bukan di rumah. gam tembak tu xde kt ofis.hehe

kalau dah siap bunga ni tunjuk kat CIKGU ANA ye! :P

*  *  *  *  *  *
masa ana kahwin dulu..
ana sendiri tak nak ambil pakej kat butik.
kawan ckp rugi la...nanti teringin pulak! alaaa sekali seumur hidup.
tapi ana rasa membazir. dan pelamin yg ana nak tu mana ada kat butik lagi masa tuuuu..
ana nk bunga2 besar mcm ni..tp masa tu, trend bunga kertas blum femes lagi.
sekarang? dah ramai org buat tau!!

ana tak nyesal sbb tak amek pelamin butik.
ana rasa puas hati sbb ni hasil kreatif ana.
walaupun tak seberapa ana rasa bersyukur sgt!
apa org lain ada..kita pun ada jugak. tp kita tak membazir kan?
skrg ni duduk kat pelamin kejap aje..byk habiskan masa kt outdoor lagi adalah...



Kisah di sebalik takbir pelamin ana.

1. KAIN : bajet ana memang sikit untuk pelamin sebab ana tak guna banyak kain. hanya kain untk background belakang je. kain pun beli yg lelong punya.hahaha..kat nagoya 1meter RM 3. untung kan ???

2. BUNGA2 : DIY sendiri je yg bunga kertas tuu. tapi bunga kat tepi kiri kanan tu mak saudara yg punya la..

3. KERUSI : haaa..ni kerusi mak ana yg reka, asalnye kerusi meja makan, tp dah teruk dah kerusi tu sbb tempat sandar dah patah, jadi kebetulan ada 2kerusi tempat sandar yg patah.hehe, jadi mak gabungkan 2 kerusi tu jadi la mcm dlm gambar tu. kain mak jahitkan. KUSYEN atas kerusi tu, guna kusyen rumah yg dah mmg ada. cuma buat sarung kusyen baru jela :)

4. BANTAL : buat sendiri jugak!

5. STAGE : hehehe..pinjam kayu katil jiran punya.hahahaha..jiran xguna ok, sebelum pinjam ofcos mintak izin dulu ye!

6. KARPET SHAGGY : beli sendiri..mmg dah ada..


ok lahh..itu jela nak cerita...
maaf entry panjang..jangan marah ye murid-murid..hahahaha :D
cikgu syg kalian semua !!!


Sunday, 1 December 2013

Minggu berhenna untuk pengantin



Penghargaan dari ana...



assalamualaikum!! fuhhh..fuhhh..tarik napas..lepassss!
ehh..tetiba buat senaman..penattt satttt.. :D
minggu ni minggu yg sgt buzy..
cuti tak rasa mcm cuti pun..huhu

ai..maklum la musim cuti sekolah, ramai yg nak kahwin.
bila dah ramai yg nak kahwin, ramai pulak la yg book Anna Henna SP.
Alhamdulillah..rezeki untuk hujung tahun ni..
walaupun buat kerja secara partime, cukup la untuk menampung perbelanjaan lain
dari duk mengharap kat gaji bulanan je kan?

Seronok tapi letih ?
yelahh..letih jugak sbb kerja hakiki pun kadang-kadang 12jam.
bila cuti kerja lain pulak menanti..huhu.
"pengorbanan seorang ibu" *ceewahhh!
seronok tu sbb dpt jumpa ramai kawan baru :)
ana mmg suka berkawan! byk cakap, peramah dan mudah di dekati wlupun baru mengenali :)
seronok sbb tgok dorang buat persiapan kawin *tiba2 teringat majlis yg dah stahun lebih berlalu*
rindu pulak nk buat persiapan kahwin..opss!! hehe.
sambil berhenna ana promote jugak Vitamin dambaan hamba ni *SHAKLEE!!* kat saudara mara pengantin.hihi.. mana lah tahu rezeki dorang rasa nk beli nti kan.boleh roger2 ana.
hmm..ada yg pernah dengar, ada yg tak pernah.
ada jugak yg pernah makan dan dapat kesan yg baik :)

baru-baru ni ana bawak mak n amsyar pergi melukis henna kat pengantin.
dari petang sampai lah tgh malam. start pukul 6 ptg-12 tghmlm tauuu!!
yang paling kelakar skali, org ingat mak ana yg melukis henna.hahahaha.
sebab ?? dorang tau ana ni dah kahwin n ada anak.
amsyar pulak mak ana yg dukung. jadi dorang ingat tu anak mak, dan dorang ingat mak yg melukis henna..addooooiii..
bila tau asmyar ank ana.. makkk aiii!! tak percaya pulakkk!!
katanya nampak mcm tak kahwin..aloloo..kembang setaman tau.hahaha.
pertama kali bawak amsyar dan mak. amsyar budak yg sgt baik..langsung tak meragam.
janji dia boleh main je...hehe.

Kebanyakan customer ana refer kt design yg ana dah lukis.
jarang-jarang dpt customer yg nak design dia sendiri..
tapi terbaru, customer ana namanya NADIA bekerja di KL kot.
dia memang pandai pilih design, dia kata kat KL mcm trend pakai henna ni.
kat KEDAH ? kahwin jela nk merasa pun.hahaha. ada yg minat, ada yg tak.
Nadia request henna ala-ala arabic sikit. alahai..rumit jugak buat henna arabic ni.
sebelum tu ana dah mintak dia send picture kat whatsapp.
belek punya belek..pikir punya pikir *maklum la dia send pic kelabu.huhu.kena edit bg terang*
maka terjadi lah design tiruan + idea ana sendiri.
nk tiru sejibik sejibon jenuhh lerrrr!


festime bergambar dengan pengantin.hehe

Nadia seorang yang sangat peramah tau! sopan santun orangnya, budi bahasa plak tu.
untung la bakal suami n mak mertua dapat menantu mcm ni..hehe..







ni arabic henna, ada jugak la makcik-makcik kata "Macam hindu!!"
hai sakit pulak hati kite ni tau! design ana mmg tak ikut henna hindu punya..hindu henna? ehh..
kebanyakan design ana bunga-bunga dan daun-daun jela.
mana ada lukis merak ka..api ka...adoii.. please la makcik, jaga hati sy sikit! *tetiba i touching!!*
hmm..abaikan lah makcik tadi ye..

Nak boking HENNA ??

Kalau anda nakkan PERKHIDMATAN ANNA HENNA SP, anda boleh hubungi Ana ya!
untuk tengok koleksi ANNA HENNA SP, anda boleh add di FB ana.
HARGA ? yg pasti HARGA ana serendah RM5 Sebelah tangan.
dan HARGA PAKEJ paling mahal RM100 SAHAJA!! 
Jom booking tarikh anda sebelum ianya FULL!!
BOOKING TARIKH tanpa BAYARAN!!

please Contact 017-466 3393 (ana)
(SMS / Whatsapp)
Khas untuk kawasan Sungai Petani,Kedah sahaja!
*Cas transport di kenakan sekiranya ana pergi ke rumah anda ya!
*Jika anda ada design sendiri melalui internet ke.. sila send pic kat whatsapp ana  terlebih dahulu untuk menentukan harga henna.


PENTING !!!!!!
*sila booking awal, sebab cuti kerja ana tak menentu, ini partime sahaja bukan fulltime ya!
TQ :)