About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Monday, 4 November 2013

Gift turun temurun



assalamualaikum hai semua!

tetiba plak nak kongsi cerita tentang "turun temurun"
ehhh..bukan penyakit tau!! maksud ana 'barang turun temurun".hehe
yela..ana perasan kan,kebanyakan barang2 Rayyan Amsyar memang byk tak perlu di beli.
ada je orang nak bagi kat dia...terutamanya Makcik ana.
TQ makcik jasamu di kenang!ewahh!
rezeki agaknya tuu! alhamdulillah.
walaupun barang tu bukanlah barang baru, ana tetap menerima dengan hati yg terbuka!
yela..kan dah jimat DUIT nak beli semua tuh.hehe
syukur sangat!

haritu ana ada post pic kat bawah ni dalam FB.
amboi!!kemain dpt LIKE punya lah banyak! peminat Ibu ke peminat RayyanAmsyar ek?
Pic ni ,ana baru je balik dari kerja, balik2 terus cari Rayyan Amsyar kat umah mak.
tp maksu dia bawak meronda pulak naik basikal nih..
suka tgok amsyar bila dia duduk dalam tuh. seronok dapat meronda!!

ana xtau nak paggil apa nama benda alah tuh...
mula2 ana memang nak beli yg baru, tp belum cari kat kedai lagi.
saja ja cerita kat mak saudara nak beli benda alah ni..tp xtau kat mana.
tetiba dia cakap.."laaa..tak payah beli, makcik ada hat depa kecik2 dulu, bukan guna dah pun. amek jela kat hang, tapi ada tali dah reput, pandai2 baiki la ya"
kerosakan tu xla teruk sangat pun,still boleh guna cuma ana buat lapik kain+span untuk tempat duduk dan tempat sandar. tgok dalam pic tu..perasan tak ???hehe

tapi risau pulak kat bahagian kaki, takot kaki amsyar masok dalam tayar.
BAHAYA tuh! sekarang ni kaki dia belum sampai ke tayar lagi.
tapi org tua-tua cakap "kena beringat sama la nah!"hee
nanti ana nak buat penghadang kt kaki plak.

riadah petang bersama ibu :)

kisah kedua tentang WALKER.
ada jugak la ana baca tentang keburukan Walker ni kan?
ikut pendapat masing-masing bukan ana kata semua perlu guna walker.
lagipun ana just letak Rayyan Amsyar sekali sekala je dalam ni.
bukan selalu letak, sebab sekarang dia dah makin laju kalau naik walker ni.
kalau kita tak tengok dia..silap2 boleh jatuh pulak.

ni pun mak sedara ana yg bg. makcik jugak!hehe. kalau panggilan utk amsyar tok cik lah.
Walker ni memang tak de dalam senarai ana nk beli.
rasanya klu tak beli pun tak apa..tapi orang dah bagi, bagus jugak!hahaha
walker ni turun temurun dari sepupu ana /ank makcik, sekarang dorg dah besar2.
kalau makcik dapat anak kecik lagi, ana bg balik la.hehee

walker elok lagi cuma kena tukar tempat duduk dia ja.
alah beli kat supemarket baru RM 15.





Cerita ketiga..
haa..ni cermin mata memang asal turun temurun betul2 punya!!
kenapa????? cermin mata tu ana yg punya! hehehehe
dari ibu turun ke anak pulak dahhhh..
dah berbelas tahun tapi masih elok tau.. maklum la barang kesayangan ana
masa kecik2 dulu. mesti la di simpan dengan elok.
gigih ana cari cermin mata nih, tengok2 jumpa jugak!
memang lawak la bila tgok pic kat bawah ni di bandingkan dengan ana dulu n Rayyan Amsyar!



muka Rayyan Amsyar dari kecil sampai sekarang semua ikut ana.
hanya mata je tak ikut, myb ikut ayahnye yg mata bulat!hehe
kata org "anak lelaki ikut muka mak ni sejuk ye dak?" :)

bab MAINAN amsyar.
emmm..jiran sebelah rumah mak yg banyak bagi sebab semak rumah katanya.huhu
maklum la, pakcik sebelah rumah tu dia duduk sorang2..isterinya dah meninggal.
setahun sekali je anak cucu balik kampung,
tu semua barang mainan cucu dia yang dah tak main.
yela..sekali balik makin besar2  kan..tinggal mcmtu jela..
REZEKI muhammad Rayyan Amsyar lagik!


*  *  *  *  *  *  *  *  *




*happy sharing!*

No comments:

Post a Comment