About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Tuesday, 26 November 2013

MommyCha 1st giveaway


assalam..saje gatal-gatal tangan nk join jugak giveaway from mommycha.
kita pun 1st timejoin,..hehehehe
kalau kawan-kawan nk join boleh jee!
klik SINI ...jom join ramai-ramai sebelum 01 DEC 2013 :)

mommy&baby moments.
G.I.V.E.A.W.A.Y

Hello korang.
Mommycha dengan rasa sukacite nak buat 1st ever giveaway yang mudah.
Hadiah vavavava sangat amazingly SUPERB!


Theme:
  • mommy&baby moments
  • tak kisah sama ada korang ade sweet, sour, pahit, kelat, sugarcandy, candycrush, scrumptious sugar moment bersama anak-anak tersayang.

How it work:
  • JOIN/FOLLOW blog mommycha dulu.
  • Buat satu entry paling ringkas mengenai gambar yang korang hantar. 
  • Ikut KREATIF/INOVATIF masing-masing.
  • Silalah letak link di entry anda mengenai GA ini.
  • Dalam gambar tu mesti ade gambar korang & anak masing-masing. 
  • SATU gambar sahaja, okeh?
  • Kalo anak orang lain dikira DISQUALIFIED hahahahaha!
  • Pastu tinggalkan jejak link entry dekat RUANGAN KOMEN sticky post ini.
  • Tarikh Tutup: 1.12.2013 (AHAD)

 Winners akan dipilih berdasarkan gambar paling MENARIK.  
Entrynye biase-biase pon takpe.

Hadiah akan diberi kepada winners 1st - 6th place :)
Senang dan mudah kan?
Tunggu apelagi, Senah?
Jom join laju-laju.
Hahahahaha.
Eh. Kalo tak paham tanye nanti aku jawab eh.
:)

*  *  *  *  *   *  *  *

GAMBAR YANG DI PERTARUHKAN :D 



satu-satunya gambar bg ana moment yg sgt indah! 
Beriadah petang bersama anakku Muhammad Rayyan Amsyar.
masa ni ana baru je balik kerja (masih pakai baju kerja tuuu,hihi)
perkara pertama setiap kali ana balik kerja, mesti cari anak dulu..
kerinduan tu tetap ada walaupun hari-hari kita tengok dia.
LETIH ?? Nooo..bila kita letih, pandang muka anak..konfem letih tu akan hilang kan? :')
seronok bila dapat luangkan masa bersama anak..itu lah hal yg terindah bg ana.
dapat mengeratkan lagi kasih sayang antara kami berdua.

Nama Ibu : Nurul Fahana (ana)
Nama anak : Muhammad Rayyan Amsyar

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *

ehemm..kalau ada rezeki menang, alhamdulillah, kalau x menang tak mengapa. adat pertandingan.huhu :D

TQ for mommycha..



Wednesday, 6 November 2013

PAKEJ ANNA HENNA SP



Assalamualaikum..
hai peminat henna :)
kepada bakal2 pengantin, kepada yg tengah servey inai sekarang ni..
mesti tertanya-tanya HARGA anna henna SP kan ?
OK..ana jawab dalam blog ni..
harga untuk sebelah tangan RM5-RM10 Sahaja (utk suka2,)
mengikut corak yg di pilih oleh anda. (corak ana dah sediakan dalam 1 file )
utk pengantin harga henna utk full pakej hanya RM 100 sahaja!.

Murah ke mahal ??

nak tahu...servey HARGA henna kt org lain dulu ye pastu baru bandingkan HARGA ana.hehe..
Entry kali ni. ana nak terangkan PAKEJ ANNA HENNA SP.


PAKEJ SINGLE :-
  • sesuai untuk orang suka-suka nak pakai henna or suka yg jenis simple2 sajo.
  • corak simple atas tangan sahaja ya!




PAKEJ SERI:
  • Sesuai untuk bakal pengantin. bertunang pun boleh.
  • Corak simple atas tangan serta jari jemari sahaja :)




PAKEJ COMEL :-
  • Sesuai untuk bakal pengantin.
  • corak simple / special atas tangan, jari jemari serta keliling kaki or atas kaki.








PAKEJ CANTIK :- (pic belum ada.hehehe)
  • Harga pakej ni RM 100, full pakej.
  • Khas untuk pengantin jugak!
  • corak special atas tangan, jari jemari, tapak tangan atas kaki, keliling kaki, full cap jari tangan dan kaki. (tak payah pikir nak pakai inai apa dah..siap semua! )
  • Full cap jari tgn n kaki ana guna inai lukis bukan guna inai daun ok. *harap maklum*



*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *



Kalau anda nakkan PERKHIDMATAN ANNA HENNA SP, anda boleh hubungi Ana ya!
untuk tengok koleksi ANNA HENNA SP, anda boleh add di FB ana.
HARGA ? yg pasti HARGA ana serendah RM5 Sebelah tangan (khas utk suka-suka).
dan HARGA PAKEJ paling mahal RM100 SAHAJA!! 
Jom booking tarikh anda sebelum ianya FULL!!
BOOKING TARIKH tanpa BAYARAN!!

* cas pengangkutan di kenakan sekiranya ana pegi ke rumah anda.

please Contact 017-466 3393 (ana)
(SMS / Whatsapp)
Khas untuk kawasan Sungai Petani,Kedah sahaja!

Monday, 4 November 2013

Gift turun temurun



assalamualaikum hai semua!

tetiba plak nak kongsi cerita tentang "turun temurun"
ehhh..bukan penyakit tau!! maksud ana 'barang turun temurun".hehe
yela..ana perasan kan,kebanyakan barang2 Rayyan Amsyar memang byk tak perlu di beli.
ada je orang nak bagi kat dia...terutamanya Makcik ana.
TQ makcik jasamu di kenang!ewahh!
rezeki agaknya tuu! alhamdulillah.
walaupun barang tu bukanlah barang baru, ana tetap menerima dengan hati yg terbuka!
yela..kan dah jimat DUIT nak beli semua tuh.hehe
syukur sangat!

haritu ana ada post pic kat bawah ni dalam FB.
amboi!!kemain dpt LIKE punya lah banyak! peminat Ibu ke peminat RayyanAmsyar ek?
Pic ni ,ana baru je balik dari kerja, balik2 terus cari Rayyan Amsyar kat umah mak.
tp maksu dia bawak meronda pulak naik basikal nih..
suka tgok amsyar bila dia duduk dalam tuh. seronok dapat meronda!!

ana xtau nak paggil apa nama benda alah tuh...
mula2 ana memang nak beli yg baru, tp belum cari kat kedai lagi.
saja ja cerita kat mak saudara nak beli benda alah ni..tp xtau kat mana.
tetiba dia cakap.."laaa..tak payah beli, makcik ada hat depa kecik2 dulu, bukan guna dah pun. amek jela kat hang, tapi ada tali dah reput, pandai2 baiki la ya"
kerosakan tu xla teruk sangat pun,still boleh guna cuma ana buat lapik kain+span untuk tempat duduk dan tempat sandar. tgok dalam pic tu..perasan tak ???hehe

tapi risau pulak kat bahagian kaki, takot kaki amsyar masok dalam tayar.
BAHAYA tuh! sekarang ni kaki dia belum sampai ke tayar lagi.
tapi org tua-tua cakap "kena beringat sama la nah!"hee
nanti ana nak buat penghadang kt kaki plak.

riadah petang bersama ibu :)

kisah kedua tentang WALKER.
ada jugak la ana baca tentang keburukan Walker ni kan?
ikut pendapat masing-masing bukan ana kata semua perlu guna walker.
lagipun ana just letak Rayyan Amsyar sekali sekala je dalam ni.
bukan selalu letak, sebab sekarang dia dah makin laju kalau naik walker ni.
kalau kita tak tengok dia..silap2 boleh jatuh pulak.

ni pun mak sedara ana yg bg. makcik jugak!hehe. kalau panggilan utk amsyar tok cik lah.
Walker ni memang tak de dalam senarai ana nk beli.
rasanya klu tak beli pun tak apa..tapi orang dah bagi, bagus jugak!hahaha
walker ni turun temurun dari sepupu ana /ank makcik, sekarang dorg dah besar2.
kalau makcik dapat anak kecik lagi, ana bg balik la.hehee

walker elok lagi cuma kena tukar tempat duduk dia ja.
alah beli kat supemarket baru RM 15.





Cerita ketiga..
haa..ni cermin mata memang asal turun temurun betul2 punya!!
kenapa????? cermin mata tu ana yg punya! hehehehe
dari ibu turun ke anak pulak dahhhh..
dah berbelas tahun tapi masih elok tau.. maklum la barang kesayangan ana
masa kecik2 dulu. mesti la di simpan dengan elok.
gigih ana cari cermin mata nih, tengok2 jumpa jugak!
memang lawak la bila tgok pic kat bawah ni di bandingkan dengan ana dulu n Rayyan Amsyar!



muka Rayyan Amsyar dari kecil sampai sekarang semua ikut ana.
hanya mata je tak ikut, myb ikut ayahnye yg mata bulat!hehe
kata org "anak lelaki ikut muka mak ni sejuk ye dak?" :)

bab MAINAN amsyar.
emmm..jiran sebelah rumah mak yg banyak bagi sebab semak rumah katanya.huhu
maklum la, pakcik sebelah rumah tu dia duduk sorang2..isterinya dah meninggal.
setahun sekali je anak cucu balik kampung,
tu semua barang mainan cucu dia yang dah tak main.
yela..sekali balik makin besar2  kan..tinggal mcmtu jela..
REZEKI muhammad Rayyan Amsyar lagik!


*  *  *  *  *  *  *  *  *




*happy sharing!*