About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Saturday, 26 October 2013

Tentang Susu Ibu



"Adalah memalukan sekiranya kita sebagai seorang muslim yang sepatutnya tahu betapa besarnya fadhilat menyusukan anak yang dah sembilan bulan kita kandungi, tak bersungguh-sungguh dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Sedangkan orang yang bukan Islam pun berusaha bersungguh-sungguh menyusukan bayi mereka kerana mereka sedar ada 1001 kebaikan kalau mereka menyusukan bayi mereka"

Kita boleh bagi 1001 alasan sekiranya gagal untuk menyusukan bayi kita. Hakikatnya kita yang lebih tahu sama ada kita benar-benar telah berusaha untuk menjayakannya atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Tepuk dada tanya hati. 

petikan ayat dari blog susuterbaik

*  *  *  *  *  *  *  *

harini ana nak share pengalaman breastfeeding (BF) ana.
Dulu, ana tak pernah fikir yang ana nak BF baby ana walaupun ana bekerja.
Sebab ana sendiri tiada Ilmu bab ni. KOSONG tentang BF.
ana ingat lagi mak ana menyusukan adik ana yg last sekali smpai 3tahun ++! bukan 2tahun!
sampai adik ana sendiri cakap dah tak nak isap nenen..malu kat kawan2.huhu...
kalau orang lain mesti dah letak kicap,kopi,nescafe sebab tak nak bg baby isap nenen dah kan?
adik ana je mak ana fully breastfeeding, ana dan adik pertama susu FM.
memang betul org cakap anak minum susu ibu lebih manja, dengar cakap,antibodi kuat.
adik ana dari kecil mmg tak buat masalah berbanding ana dan adik pertama.

Sebelum bersalin, ana selalu je google cari maklumat tentang BF.
Akhirnya ana terjumpa satu blog, ana tak ingat nama apa.
tapi dalam blog tu sgt details tentang "Penyusuan Susu ibu bekerjaya"
ana sendiri tekejut sebab susu ibu boleh simpan dalam peti sejuk..hehe
lepas tu bertahan sampai 3bulan. subhanallah..sungguh tak percaya.
Cara2 menyusu baby, teknik marmet. semua ana baca..seronok cari ilmu ni!
sebab ms chekup kt KKIA pun nurse tak terang apa2 pun psl ni sedangkan mereka tu hospital rakan bayi..tapi ilmu bab BF pun tak kasi tau! sendiri cari jer...
bila dah dapat ilmu BF ni. mula berNIAT nak BF baby..rasa teringin sgt nk BF baby.
insyaALLAH mybe smpai 2tahun la.doa-doakan ye :)
di sebabkan nk BF baby, sanggup berhabis duit beli pump.
ingat nak beli je electric pump tp rasa mcm xmampu pulak.huhu
akhirnya beli pump medela Harmony sealed dgn harga yg sgt berpatutan :)
botol utk buat stok EBM. cuma warmer je x beli.
xpela ada kaedah lain boleh pakai, panaskan susu dlm air panas jela.

suami ana pun sokong kalau ana nak BF baby.
dia pun tahu kebaikan SUSU IBU selain menjimatkan kos :P
Teringat kembali detik pertama kali ana menyusukan Rayyan Amsyar!
semua ilmu telah ana guna, cara-cara nak susukan bayi buat pertama kali.
memang tak nafikan ramai yang akan menghidapi masalah nipple tak timbul or nipple pendek.
terutama ibu yang tiada pengalaman macam ana ni
memang susah sgt nak nyusu sampai melecet! pedihhh! ya Allah..besarnya pengorbanan ibu kan.
sanggup sakit demi nak susukan anaknya :)
tapi lama2 sakit tu hilang sebenarnya, kalau kita selalu menyusu mesti kita akan rasa selesa.
semasa di hospital, saudara mara tegur 'pandai hang nyusu anak noh,dah la muda lagi,tp tak kekok pun'
hehe..orang puji plak kan..harus lahh kembang setaman..wahaaahaahaha..

alhamdulillah..sehingga sekarang ana masih ada rezeki BF Rayyan Amsyar.
mudah-mudahan ana berjaya susukan dia selama 2tahun.aminn!!

masih ada rezeki untuknya..alhamdulillah :)

* * * * * * * * * * *

Kebaikan penyusuan badan untuk bayi:
  • Susu ibu membekalkan nutrien terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi nutrien dalam kadar mencukupi.
  • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum, menguatkan sistem imuniti bayi. Ia melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit-birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah pelbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperoleh pada suhu yang betul setiap masa oleh itu ia tidak susah disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Kebaikan penyusuan badan untuk ibu :
  • Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat.
  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.
Kebaikan lain:
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak.
Sumber: Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments:

Post a Comment