About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Tuesday, 8 October 2013

TENTANG HENNA : Anna Henna SP


Assalam semua!

rasa sibuk pulak 2 3 harini sampai tak sempat langsung nk upadate blog kesayangan!
minggu ni pon nak sibuk jugak,kena g lukis henna kat rumah customer :)
Dulu buat henna sblm kawin rasa senang jugak sbb masa tu bebas nk balik pkoi bapa pon.
tapi sekarang susah nk balik lewat, risaukan si Rayyan Amsyar tu la.
Yela kadang-kadang g buat HENNA ni mcm2 ragam org,bukannya boleh balik awal.
ingat si pengantin je nk lukis, tiba2 mak saudara nak jugak, adik nak, mak pngntin pon nak!
huhu..mmg la dpt upah, duit masyuk! tp kena fikir jgk sbb ana ni ada anak kecik,
bukan boleh balik lewat malam..hmm.
sbb tula susah klu customer x inform ana awal2 sapa yg nak berinai sekali,
kan senang ana nk bajet masa, klu haritu ada 2 or 3 org customer, jenuh laaaa T.T

Seronok la kan tengok org nk kawin! excited tau..haha.
ehhh...tetiba rindu plak nk rasa persiapan kawin tu...
best tau! Shoping sana sini, carik idea nk hias pelamin, bilik tidur..
huhhh! dlm masa yg sama, duit pon cepat je HABES.hehehe..

nk cerita tentang HENNA..
ada la jugak "makcik2" kata lukis henna ni ibarat TATOO!!
Ya..memang tak di nafikan henna mcm tatoo klu lukisannya pon ala-ala tatoo pastu inai warna hitam plak.
tapi ana pernah dengar Ustaz Don kata, boleh lukis henna tp corak hanya bunga2 dan daun2 saja.
kalau corak binatang misalnya Rama-rama ke..mmg tak boleh. HARAM!
dan ada juga org kata HENNA ni ikut budaya "hindu"??
Rasanya TAK sebab HENNA jugak berasal dr negara ARAB!
Orang Arab pun pakai kalau depa nak kawin! lagi meriah lukisan tuh..CANTIK!

ok.Meh ana nak tunjuk serba sedikit tentang HUKUM PEMAKAIAN HENNA :)


corak HENNA ana bermotifkan bunga-bunga dan corak abstrak sahaja (Ini contoh ja, ada byk design dari Anna Henna SP)

*  *  *  *  *

Menurut MAJLIS FATWA KEBANGSAAN MALAYSIA:
(sumber:http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak)

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Maka dengan ini, bertaubatlah kamu sekiranya anda salah seorang yang pernah mengharamkan sesuatu yang halal hukumnya dari segi syarak.

“Hai orang-orang yang beriman: Janganlah kamu mengharamkan yang baik-baik (dari) apa yang Allah telah halalkan buat kamu, dan jangan kamu melewati batas, karena sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang suka melewati batas. Dan makanlah sebagian rezeki yang Allah berikan kepadamu dengan halal dan baik, dan takutlah kamu kepada Allah zat yang kamu beriman dengannya.” (Al-Maidah: 87-88) 


*  *  *  *  *

untuk pengetahuan anda, corak HENNA ana hanya bermotifkan bunga-bungaan, dan corak abstrak.
ana suka corak bunga-bunga sebab nampak sweet je kan?
sebenarnya corak henna ni banyak sangat!!
ada corak yang jenis budaya arab, corak dia kemas, dan halus.
kalau corak india jenis full satu tangan, macam pakai sarung tangan tp cantik jugak.
kadang2 corak henna india ni c berapa nak bekenan sbb kdg2 corak tu tak tau bentuk apa.
jadi lebih baik ana tak ikut corak mcm tu kan..



corak INDIA


corak ARABIC
Bekenan sungguh corak style Arab ni..cantik dan Simple!!
nanti lah ana nak practice, kalau menjadi boleh la jadi design pilihan untuk customer ana kan.


Kalau anda nakkan PERKHIDMATAN ANNA HENNA SP, anda boleh hubungi Ana ya!
untuk tengok koleksi ANNA HENNA SP, anda boleh add di FB ana.
HARGA ? yg pasti HARGA ana serendah RM5 Sebelah tangan.
dan HARGA PAKEJ paling mahal RM100 SAHAJA!! 
Jom booking tarikh anda sebelum ianya FULL!!
BOOKING TARIKH tanpa BAYARAN!!

please Contact 017-466 3393 (ana)
(SMS / Whatapps)
Khas untuk kawasan Sungai Petani,Kedah.






No comments:

Post a Comment