About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Saturday, 19 October 2013

Resepi Baby : Pasta Pumpkin Bolognaise


Assalam mommies!

harini nak ana share resepi makanan baby.
"PASTA PUMPKIN BOLOGNAISE"
kemain tau! western wohhh..anak ku makan..hehehe..
ayah nye pon tak western mcm tu..

amsyar dah masuk 8bulan, dah boleh intro Cheese dan pasta kat dia.
selama 4hari mkn cheese, alhamdulillah xde alergik apa2..
malah dia suka makan chesse! sama mcm ibu dia tau! :)

jom kita tengok resepi dan bahan2..

ana guna pasta brand ni
Pasta ana guna brand HEINZ khas untuk baby punya.
comel tau bentuk stars kecil2....klu ada bentuk ABC lgi ana suka.
Rebus pasta ni sampai kembang tau! 
kejap je ni nk rebus...pastu Tos kan letak dalam mangkuk (eh..Itu pun nk kasi tau ke?) :P


Bahan-bahan untuk sos pasta pulak :-


1 Ana guna puri yg dah siap frozen, mudah dan cepat (jimatkan masa)
stok ayam tu (sup ayam yg di frozen kan)
2. Susu FM or EBM (ana guna FM klu dlm masakan)
3. Unsalted butter ana guna brand Anchor je sbb murah cikit.haha. kalau xdak unsalted butter
guna je olive oil pun boleh.
4. Bawang holland di cincang.
5. Cheddar Cheese, brand apa pun xpa. Cheesedale ke.

Cara-cara :-
Cairkan unsalted butter sikit, tumis bawang holland, masukkan puri-puri, susu FM or EBM.
biar sampai puri tu hancur dulu, pastu masukkan cheddar cheese. kacau sampai kuah menjadi
pekat. gunakan api sederhana supaya tak hangit..huhu.



bila dah siap sos, tuangkan atas Pasta tadi. siap untuk di makan!!
yummy :)
Owh..sebelum terlupa, klu anak masih xde gigi, boleh la blend kan sikit pasta tu.
Rayyan Amsyar dah tumbuh gigi, sbb tu ana tak blend pasta.

sesuai untuk hidangan lunch or dinner.
(ana selalu buat untuk dinner je..time lunch mkn bubur nasi)
tapi tak selalu jamu pasta, kadang2 je, nanti muak pulak makan cheese hari-hari.huhu.
boleh makan dengan roti jugak tau! tapi cairkan sikit lah, buat mcm sup pekat.



ini lah rupa sebelum dan selepas.
korang percaya tak Rayyan Amsyar makan semua ?
hahaha..sebenarnya tak..dia makan separuh..ibu dia makan separuh.
sebab tu buat banyak, ibu dia nak tumpang sekaki.

sedap wehhhh..rasa manis, masin, lemak, semua ada tau!!
semua perasa semulajadi :)
no salt, no sugar!

*happy sharing*



No comments:

Post a Comment