About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Monday, 2 September 2013

WAHM : Impianku



As'salam
apa khabar semua ?
harini ana bosan, sekali sekala nak bebel apa yg patot..hihi


pernah dengar x WAHM ?
APA TU??
"Work At Home Mom"
kenapa ana cakap tentang nie??
Sebab ini impian ana.
ana sedang berusaha ke arah ini :)
tak mustahil kan kalau duduk rumah tetap dapat income riban2..huhu *nangis kalau nk banding kerja makan gaji!*


Dulu ana selalu pikir, nanti kalau aku dah kawin nak kerja! ada anak pun nak kerja jugak!
tak suka duduk rumah..bosan kata ko!haha *memang tak tipu.
tapiiiiiiii..bila dah ada anak ni.
lain pulak jadinya. hari-hari rasa macam nak duduk rumah je..hukhuk..
seronok kan kalau dapat membesarkan anak sendiri.
dapat melihat perkembangan mereka setiap hari :')
kalau mak abah sakit ke, tak perlu nak ambil Emergency leave ke hapa,
boleh jaga mereka..boleh jaga mereka kalau mereka sakit ke..
kalau ana jadi WAHM, waktu masa itu adalah bebas! itu yang ana suka!!!


Teringinnya nak jadi WAHM,
ada masa dengan anak, dapat masak untuk suami,ya ALLAH teringinnya!
sementara orang lain bila dah ada anak, sibuk pulak nak carik kerja kan?
yang ana terbalik pulak..hmmm.
keinginan setiap orang tak sama.
lagipun sekarang taraf hidup makin meningkat, barang makin naik.
kereta makin murah tapi rumah makin mahal pulak..
gaji suami pun belum tentu cukup nak menampung satu keluarga.


Rutin harian ana setiap hari rasa letih sangat2.
tambah-tambah bila hari bekerja.
kadang-kadang rasa berdosa jugak kat suami sebab tak sempat masak ke hapa..
tak sempat nak mengemas ke hapa.
syukur sangat! dapat suami yg boleh berdikari
dia langsung tak pernah merungut, tapi bagi ana sampai bila ana nak jadi macam ni kan?
rasa hidup macam lintang pukang je :(
sebab ana duduk rumah mak mertua lagi, pagi2 dah hantar anak pergi rumah mak ana.
lepas tu suami n ana pergi kerja pukul 10pagi.
suami kerja 10pg-7mlm, ana pulak 10pg-6ptg, kadang-kadang 10pagi-10mlm(12jam)


waktu rehat ana akan balik rumah untuk pam susu untuk amsyar.
kalau keja 12 jam, dua kali ana balik rumah untuk pam susu.
kenapa ana tak pam kat ofis?
sebab ana kerja dengan 2org lelaki, ana sorang je perempuan.
ofis pulak kecik, xde privacy pulak nk pam, xde tempat tersorok!


bila dah balik kerja, ana akan tggu suami datang ambil kat rumah mak dalam pukul 10mlm.
bila sampai rumah mertua, tengok tv ke hapa, pastu tidur.
Amsyar pulak tidur lambat! pukul 12tgh mlm.
lepastu berlarutan lah hari demi hari macam tu!


bila cuti. amsyar memang nak perhatian dari ana.
orang utara cakap *meqap or merap !
kadang-kadang rasa kesian sangat tengok dia.
ana dapat rasakan yg dia nakkan perhatian n kasih sayang ana sebab hari-hari ana dah tinggalkan dia.
sekarang dia dah cerdik sangat! dah kenal ibu ayah dia kan.
kalau lah ana tak balik rumah waktu rehat ke, dia mesti akan mengamuk sbb tak nampak muka ana ni.hmmm..


pernah rasa nak cari kerja lain.
tapi bila pikir balik, tempat yang ana kerja ni sangat-sangat la best!
Mak sendiri pun cakap, basic dah tinggi, kerja pun bebas.
kalau ana nak tukar cuti ke hapa, partner ana akan ejas untuk ana.
dan mereka jugak sangat lah sporting :)


tapi lama-lama ana rasa macam nak berhenti kerja atas sebab-sebab tertentu.
bukan kerana anak dan suami saja.
walaupun ana rasa kerja ni seronok tp jauh di sudut hati ana.
ana rasa kosong sebab tiada masa untuk anak n suami.
seronok tengok mak ana jadi suri rumah kan!
buka setakat suri rumah je,dalam masa yang sama, mak ana cari duit sampingan jugak!
buat kuih muih jual, ambil upah menjahit. mak ana seorang yg sangat rajin tau! :)
macam tu la ana nk jadi macam mak..huhu..

WAHM ni impian ana.
impian nak jaga anak 24jam, jaga makan minum suami dan dalam masa yang sama ana jugak ada kerja sampingan hanya duduk di rumah. boleh jugak bantu suami cari duit kan?
dan satu lagi..teringin pulak juga nak berhijrah ke tempat orang!!

ana selalu berdoa moga Allah swt makbulkan doa ana ni..amin!
insyaALLAH sekarang biz SHAKLEE secara partime, nanti akan jadi fulltime pulak
sama-sama kita doakan untuk ana ye ?? hehe


p/s : kalau anda berminat nak beli produk SHAKLEE, boleh contact ana ok.
ana akan berikan best price untuk anda!!! dan tak lupa jugak.musim nak kawin dah nak tiba nanti. kalau sesiapa nak perkhidmatan melukis inai henna, boleh contact ana jugak! khas untuk area Sungai Petani saja ok!


sebelum itu.........



* sepucuk DOA untuk kalian *
ehh..betul ke sepucuk? ke secebis?? alamakkk! dah 5thn tinggl sekolah pun dah lupa..hahahaha :D
Mintak-mintak cikgu BM tak baca blog ana ni. semua ayat tunggang tebalik dah!





No comments:

Post a Comment