About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Tuesday, 10 September 2013

RESEPI KU : PUDING ROTI SOS KASTARD KUKUS MUDAH !


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
tetiba sekarang rajin plak nak share resepi..huhu
sebenarnya ana sendiri pun budak baru belajar lagi..
nak cakap terer masak tu..salah lah yek!
masih mahu mencuba..I'M NOT MASTERCHEF..

bak kata UAI : Isteri tak pandai masak tak ape yang penting dia rajin masak!!
kata orang lain pulak : kalau tak pandai masak, rajin-rajin lah ke dapur, lama-lama anda akan pandai memasak! insyaa Allah :)

ana ni pelik sikit, ana suka try masak benda yang simple je.
simple dan cepat! hehehe..sebab rasa tak sabar nak makan! itu masalah ana :P
dan satu lagi ana suak masakan yang kukus or tak perlu di bakar sebabnya oven kat rumah xde ok!hihi

Harini ana nak share cara buat Puding Roti sos kastard kukus yang sangat mudah! 


menyelerakan tak ? huhuu..yummy!!

* PUDING ROTI KUKUS*

BAHAN- BAHAN :-

  •  5 keping roti gardenia ( roti lain pun boleh la )
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu butter
  • Kismis ( beli je 1 kotak kecil )

CARA- CARANYA :-
  • Masukkan telur, gula, esen vanila ke dalam satu bekas, mixer sampai sekata / kembang (nak guna blender pun boleh..ana guna blender ja.huhu)
  • lepas tu, masukkan susu cair, kacau sekata.
  • Ambil roti, sapukan butter depan dan belakang (kalau nak carik-carikkan pun boleh ya!) susun dalam loyang bagi comel-comel tau!
  • kemudian, tuang ke semua adunan ke atas roti dalam loyang, dan tabur kismis.
  • Kukus selama 20-25 minit.

*SOS KASTARD*

BAHAN-BAHAN :-
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu kecik esen vanila.
CARA-CARA :-
  • Masukkan semua bahan di atas, masak atas api perlahan, kacau sampai masak.
  • pastikan di kacau untuk mengelakkan ianya berketul. 



SELAMAT MENCUBA YA KAWAN-KAWAN !!

7 comments:

  1. kalau ade gambar step bye step lagi cun ny. :)

    ReplyDelete
  2. ha'a kan..haritu x sempat nk snap step by step.hehe..

    ReplyDelete
  3. Wow...kene try ptg ni...terliur tgk sos kastard tu...

    ReplyDelete
  4. Menarik sos kastad tu...hihi....ble cuba ni..

    Bila free...meh la lawat blog saya...

    www.sihatnatural.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Anna akk dh cuba resepi anna. Smlm google resepi puding roti sos kastard jumpa kat blog Anna....hehehehe

    ReplyDelete
  6. Sedap ni..menu raya nanti..heheh.tq.
    Jmput singgah blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete