About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Sunday, 8 September 2013

RESEPI KU : OREO CHEESE CAKE non-Baked



Assalamualaikum dan salam sejahtera.........
harini nak share resepi yang mudah dan simple je nak buat
OREO CHEESE CAKE non-baked
Kek yang tak perlu di bakar.
Bajet pun tak mahal nak buat kek ni.
dalam RM30 je dah boleh buat! hehehe


abaikan rupa kek yang x berapa cantik tu! janji sedap ok!hehehe


Sangat Mudah dan senang jer!
Now everyone can do it!
ewahhh!! kemain ko mentang2 keja Airasia ehhh!hihihi
guna trademark Airasia jap..cuma ubah cikit jer..
*opps!!Maaf merapu lagik! >.<

Ok untuk permulaan mestilah kita perlukan bahan-bahannya..
bahan yang mudah di dapati di pasaraya ataupun di kedai-kedai  bakery berhampiran.
nak senang, pergi kedai bakery je..suma ada ok!



BAHAN-BAHAN yang di perlukan :-


1. OREO yang sudah siap hancur 
( beli kat kedai bakery je, kalau rajin beli oreo biasa, asingkan cream pastu hancurkan, guna blender pun boleh tapi jangan terlalu halus macam pasir tu ! tumbuk dengan lesung batu pun boleh, pandai-pandai pikir sendiri nak bg hancur mcmana ok..hehe)

2. MARJERIN. 
( apa-apa pun boleh, ana guna buttercup! nak guna separuh je pun bukan nk guna semua )

3. CREAM CHEESE 250GM
( ana guna tartura, Philadelphia pun ada, tapi mahal sikit, kita ambil yang murah je.haha)

4. WHIPPING CREAM 200ml
( Ana beli brand RICHS sebab brand ANCHOR habis! kalau ada brand ANCHOR lagi mudah sebab dia ada pek kecik tu. brand RICHS xde, tapi xpelah suka dengan whipping cream nie! lebihan dia nanti boleh buat Crepe durian pulak )

5. GULA CASTOR 1/2 CAWAN 
( ana guna gula biasa je..tak letak banyak pun, sebab gula biasa lebih manis dari gula castor, lagipun whipping cream dah manis )


*   *   *  *  *


CARA-CARA BUAT CRUMBS :-



1.  cairkan butter dahulu, ana guna setengah butter je.
2. Tuang atas biskut oreo tadi, kacau rata. (kalau terlebih butter tambah biskut oreo lagi, kalau terkurang butter, sila tambah butter lagi) - ana guna separuh biskut oreo tu.
3. Masukkan ke dalam loyang, tekan-tekan bagi padat. lepas tu simpan dalam chiller sampai keras!
(ana plak letak dalam frezer je 15minit sebab nak cepat!hehehe *xsabar nak makan la)



*  *  *  *  *  *


CARA-CARA BUAT CREAM CHEESE :-



1. Pukul whipping cream sampai kembang dalam satu bekas. (asingkan ye!)
2 Letak Cream cheese dan gula dalam satu bekas lain, pukul gula dan cream cheese sampai kembang/licin. (pastikan cream cheese berada dalam suhu bilik ye)
3. kemudian, campurkan kedua-dua bahan ( whipping cream + cream cheese ).dan kacau sebati. (kalau nak masukkan sedikit biskut oreo yang di hancur tadi pun boleh, ikut citarasa masing2 ok)
4 Tuang adunan ke atas crumbs tadi, dan masukkan ke dalam chiller lebih kurang 1-2 jam. lepas tu boleh makan! yummy!!!

p/s : resepi ni ana tak guna GELATIN sebab tu bila potong kek tak pejal gitu.
kalau nak guna GELATIN anda boleh rujuk resepi asal.


Rujuk resepi asal : BLOG NANA
Terima kasih untuk sis Nana, :)


*  *  *  *  *  *





2 comments:

  1. nampak mcm sedap je ni.. yg penting is mudah sgt..hehe :-)
    tq tau sudi share resepi ni.

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa.. esk nk buat untuk jamuann harap2 menjadi lerr hiks. Tq sudi share resepi 😊

    ReplyDelete