About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Thursday, 12 September 2013

RESEPI BABY : makanan baby yang berasaskan KURMA !


 
assalam mommies semua!
harini search kat google resepi baby ker?huhu
bila anak dah mula makan, kita mesti penin kan nak bagi makan ape harini..
mesti la kita nak bagi anak2 makan yang sedap2 dan juga berkhasiat
yang penting homemade!! ..betol tak ??
 
ha..harini ana nak share resepi baby..sesuai untuk 6 bulan++ or 7bulan la.
ni salah satu nasi bubur faberet Rayyan Amsyar tau!
kalau masak nasi dengan kurma memang lincin dia makan..
tak sempat ibu dia nak makan jugak..hihihi
 
kurma ni sangat bagus untuk tumbesaran kanak-kanak..
korang boleh tengok banyak sangat khasiat kurma yang kita sendiri tak ambil tahu.
pasni, kalau rasa nak manis2 kita guna kurma tau! :)
 
 
 
 
Antara khasiat kurma yang perlu anda tahu ;-
 
  • Kurma adalah buah daripada tumbuhan palma yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan B serta niasin.
  • Dari segi saintifik, kurma dapat membantu mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit.
  • Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.
  • Kandungan karbohidratnya yang tinggi membolehkannya membekalkan banyak tenaga.
  • Kurma mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh iaitu kalium khusus untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah.
  • Galian dalam kurma berfungsi untuk membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot dan mengatur tekanan darah.
  • Gula yang terkandung dalam kurma mudah diserap dalam tubuh tanpa perlu melalui proses yang panjang.
  • dari segi keperibadian khasiat kurma dapat Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran anak-anak.
  •  kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat membantu memperkuat daya tahan tubuh, meningkatkan stamina, menggalakkan pertumbuhan tulang pada kanak-kanak, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
 
 
 
 
 
 
“Melentur buluh biar dari rebungnya.” Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur
 
*  *  *  *  *  *  *
 
ok cukup setakat tu..see ??
sebab itu lah ana suka sangat bagi Rayyan Amsyar makan kurma.
tapi mak cakap manis!! bagi ana..tak pe mak, ni manis kurma lebih baik dari manis gula :)
jom kita teruskan dengan resepi berasaskan kurma.
resepi ini mengikut sukatan anak ana, kalau anak anda makan lebih, jadi pandai2 lah lebihkan yang mana patot ye ?
 
 

NASI BUBUR KURMA PISANG LENYEK
 

Bahan-bahan :-
  • 2 sudu beras ( putih/perang),
  • 1 cawan air, 
  • 2 ketul puri kurma,
  • sebiji pisang emas.

Cara-caranya :

* masak bubur seperti biasa, masukkan kesemua bahan kecuali pisang.
*lepas bubur dah masak, potong je pisang macam gambar di atas, nanti masa nak bagi baby makan, just lenyek je dengan sudu..huhu..pastikan pisang tu masak ok!


*  *  *  *  *  *  *  *
 
 
MASHED POTATO KURMA
 


Bahan-bahan :-
  • Ubi kentang USA,
  •  2 ketul puri kurma,
  • 1 ketul puri ayam,
  • 1/2 cawan air,
  • 1 sudu kecil tepung suji (kalau xde xpe, jgn susahkan diri pegi beli.huhu)
Cara-caranya :-

* rebus ubi kentang sampai empuk lepas tu lenyek ( jangan blend pulak!)
* dalam masa yang sama, masak kuah..er...kuah la kot kan? hentam je lah..haha
*cara buat kuah pulak, masukkan puri kurma + puri ayam + 1/2 cawan air.
* untuk pekatkan kuah, ana guna tepung suji je, bancuh ngan air dulu, pastu tuang je. kacau sampai masak dan kuah menjadi pekat. kalau xde tepung suji, x payah bubuh la, cuma kuah dia xpekat je. tak best!huhu
* untuk hidangkan, letak ubi kentang lenyek, pastu tuang kuah atas kentang tersebut! siap!

sedappp ooii hat ni..ibu dia pun tumpang makan sekaki..hahaha..tak percaya? try buat!
tapi kalau anak jenis cepat kembung perot ka apa..jangan la bg makan mashed potato kurma ni ya!
ada orang cakap, ubi kentang ni angin..hehe..entah la, selama ni ana bagi Rayyan Amsyar makan macam2 dah, tak penah lagi kena perot kembong,minyak angin pun tak sapu kat perot dia. sebab kulit dia agak alergik dengan sebarang minyak angin..Mungkin Rayyan Amsyar ni jenis kuat antibody....macam ibu dia tau! Alhamdullillah :)

ok la mommies2..nanti kita share lagi ok!

4 comments:

  1. Salam..nak tnya la..awak buat puri kurma n ayam tu macam mana ya?just rebus,letak air n blend je ke atau ada campur2 lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm awak.. utk puri kurma sy rendam sekejap..buang kulit yg keras tu.pastu stim je..x rebus sbb kurma kan lembut..nti lembik pulak. pas stim awak terus blend..klu perlu,tmbah air sikit :)

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsian..😄

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete