About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Saturday, 21 September 2013

Puri-Memuri : Stok Ayam


Assalam :)

hi mommies semua! pagi-pagi ni ada mood nak update blog pasal stok ayam.huhu
kalau tak. entah bila nak update..asyik terlupa aje!
tak tahu lah sekarang ni penyakit lupa semakin menjadi-jadi,
kadang-kadang hari pun terlupa, kalau tarikh xpe lagi kan.
orang tua-tua cakap, masa kita bersalin dulu urat putus,
kalau bersalin ank perempuan, urat putus 1 , kalau lelaki 2 urat putus! erkk!!
patot la...ana urat dah putus 2..hahahaa.. *tapi bole percaya ka?

bila anak dah masuk 7bulan, masa ni agak mencabar kan?
Yela sebab si kecil dah pandai rasa, dah pandai memilih makanan.
masa ni lah yang terbaik untuk perkenal makanan baru untuk si kecil iaitu AYAM!
tapi si Rayyan Amsyar, dia kurang makan kalau ana letak ayam dalam bubur dia.
maybe dia tak berapa suka kot..kalau bubur sayur n letak ikan bilis, habis dia makan tau!
tapi ana tetap jugak nak bg ayam dekat dia, tapi mungkin cara lain,
kita boleh mempelbagaikan resepi lagi untuk makanan si kecil.
sepanjang ana perkenalkan makanan ayam ni, alhamdulillah, dia tak alergik :)
try untuk 4hari yang pertama ya! takot alergik ja.

Jom kita lihat step by step nak buat stok ayam.
Rujukan : blogummierna



ana guna isi ayam, ada jugak yang guna tulang ayam.
tapi ni ana nak buat stok isi ayam.hehe,bukan stok sup ayam.
kalau nk buat stok sup ayam sekali, boleh letak air banyak sikit k.

basuh ayam sampai bersih dulu tau! selalunya orang basuh guna air tepung gandum
untuk elak bau hanyir ayam :)
ayam tu agak2 jela, xpayah la sampai 1 ekor nak buat stok ayam.
kesian orang lain tak boleh makan ayam plak..hahaha,




masukkan air ke dalam periuk, pastikan air melebihi paras ayam.
kemudian masukkan kesemua bahan yang lain, masak hingga mendidih.
jangka masa 30minit macam tu.




Tapiskan ayam dan air rebusan ayam tadi jangan buang. Pilih isi ayam dan sedikit daun saderi, masukkan kesemua air rebusan tadi dan blend bersama. Jangan masukkan rempah empat sekawan. Bawang holland, halia dan bawang putih pun asingkan. Kisar isi ayam bersama sedikit sahaja daun saderi.

lepas itu, seperti biasa lah letak dalam bekas kiub yang ana selalu guna untuk buat puri tuh.
masukkan dalam frezer, pastikan tertutup ya! untuk mengelakkan sebarang pencemaran makanan.
ana suka guna bekas kiub macam ni sebab nanti bila dah beku, ana asingkan pula letak dalam bekas yang tertutup seperti di bawah, dan di label tarikh.
setiap kali masak bubur untuk Rayyan Amsyar, ana akan letak 1 or 2 kiub stok ayam. sedap!!




INI SANGAT PENTING !! 



Gigih tau ana buat stok puri untuk Rayyan Amsyar!
macam-macam ada, sampai penuh freezer rumah maktok dia.hahaha
sampai sekarang, pemakanan Rayyan Amsyar masih terjaga! masih lagi makan makanan homemade!
alhamdulillah, tak pernah lagi bagi dia makan nestum cerelac tu :)
tapi kenapa bila orang tanya 'anak dah start makan ka?bg makan nestum ka?'
Ana 'tak bg nestum, tp makan bubur, buah-buah, sayur-sayur :)'

ana sendiri tak paham, bila sebut anak dah boleh makan, mesti kena NESTUM!!!
berkhasiat ke NESTUM tu ????
Owh..terlupa, Rayyan Amsyar dah start makan OAT :)
Lepas ni dia ada jadual tersendiri, nanti ana share ya!
Breakfast, Lunch n dinner..amboiii..kemain kan?hehehe
perut makin membesar!!


SHARING IS CARING
FOR MOMMIES :)









No comments:

Post a Comment