About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Tuesday, 17 September 2013

Kata-kata dari Dr.Hamid Arshat :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera!
ana nak share something dari kata-kata Dr.hamid Arshat,
siapa yang tak kenal dia kan? Pakar Perbidanan sakit Puan :)

* * * * * * *

Dr Hamid Arshat Says : 
"Semua penyakit datang dari Allah mungkin sebagai ujian keimanan kita atau sebagai kifarah atas sesuatu kemungkaran yang telah kita lakukan. Berdoa kepada Allah SWT untuk mendapat sembuh sambil berusaha untuk mendapat ubat. Tetapi jangan sekali2 mendapat rawatan yang mendorong kita jadi syirik, orang sakit sering berasa desperate dan akan mencuba segala rawatan tanpa sedar kaedah rawatan itu syirik atau menyekutukan Allah SWT?"

Dr Hamid Arshat Says : 
"Kita perlu bersyukur kerana dikurniakan Allah SWT anggota dan tubuh badan yang sempurna. Kita bersimpati kepada mereka yang dilahirkan dengan peranakkan yang tidak sempurna saperti tiada rahim dan tiada faraj atau rahim bercabang, bicornuate uterus, double uterus, unicornuate uterus. Bentuk rahim yang luar biasa boleh menyebabkan kemandulan, kurang subur, keguguran dan lain-lain."

Dr Hamid Arshat Says : 
"Nasihat untuk mereka yang berusaha untuk dapatkan zuriat, Selepas buat ujian2 kesuburan untuk kedua suami isteri dan selepas buat pembedahan untuk buang cyst/fibroid atau lain2, tumpukan masa untuk berdoa, berusaha kuruskan berat badan dengan dieting, buat exercise 30 minit setiap hari, makan supplemen2 multivitamin, Vit E C folic, tenangkan jiwa dan emosi. Jangan tergesa2 nak buat ini dan itu. Setiap rawatan perlu 3 hingga 6 bulan untuk melihat kebekesanan."

Dr Hamid Arshat Says : 
"Masalah sukar hamil akibat stress, penyakit endometriosis dan PCOS munkin ada faktor yang sama iaitu terlalu banyak 'toxins' dalam badan. Cuba amalkan dua perkara yang mudah. Pertama 'deep breathing' iaitu sedut nafas melalui hidung perlahan2 dan mendalam dan kemudian hembus nafas keluar juga perlahan2 melalui mulut. Ulang 5-10 kali setiap sesi, ia boleh dilakukan dimana2 pejabat, rumah, dalam kenderaan dll dan lakukan banyak sesi. Kedua minum ' Teh Hijau' , gunakan green tea dalam uncang atau serbok teh, bukan green tea yg telah siap sebagai minuman dalam kotak atau botol."

Dr Hamid Arshat Says : 
"Setelah lebih 30 tahun merawat masalah ketidaksuburan, saya dapati tidak ada satu kaedah rawatan yg menjamin kejayaan utk hamil termasuk rawatan secara bayi tabung uji(IVF), suntik benih suami(IUI), pembedahan buang cyst atau fibroid, repair fallopian tube, ubat subur clomid atau suntikan subur gonal. Rata-rata kadar kehamilan antara 10 hingga 30 %. Untuk meningkatkan kesuburan makanan yang berzat dan berkhasiat serta exercise 30 minit sehari, tenangkan fikiran dengan solat, baca quran dan berzikir"


* * * * * * * *
sebelum terlupa..

jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area SUNGAI PETANI atau kawasan yang berdekatan dengannya, boleh hubungi Ana untuk temujanji. Jika anda berada di luar kawasan ini, anda masih boleh dapatkan vitamin hebat ini dengan cara pembelian secara online. Ana akan pos ke alamat anda =)


Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM65 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti. 

No comments:

Post a Comment