About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Sunday, 22 September 2013

Jadi ibubapa yang terbaik : CARA DIDIKAN ANAK ITU PENTING !


tetiba rasa nak tulis something yang mungkin boleh jadi pengajaran buat kita semua :)
ini antara dialog yang selalu ana dengar dari mulut mak ana sendiri :-

situasi 1:- Masa kecil-kecil dulu,bila adik ana terjatuh,lalu dia menangis.
mak ana cakap :- Jangan nangis, itu kan dugaan n cabaran dalam hidup sambil peluk adik ana.

kalau mak orang lain mesti dah marah-marah kan, sebab tak dengar cakap lah, 'haa..main lagi, main!!betul tak ?? tapi mak ana langsung tak marah anak dia macam tu, dia bagi kata semangat untuk anak dia.

*  *  *  *  *

situasi 2 :- baru-baru ni adik ana dan kawan dia exciden naik motor, tak lah teruk mana hanya luka ringan sahaja, tapi dia terlanggar kereta orang,salah adik ana bukan kawan dia,sebab adik ana yang bawak moto tu, pecah lampu belakang kereta dan perlu bayar ganti rugi banyak jugak sampai RM400.

mak ana cakap :- alhamdulillah,anak mak tak jadi apa, risau jugak kalau patah tangan ka masuk hospital ka.
makcik (mak kwn adik) : tulaa..orang tak bagi naik moto, gatai naik jugak! (marah kat anak dia) tak pasal-pasal kena bayar ganti rugi kat orang!! nak kena dengan ayah hang..bla..bla.....
mak ana :- kak..kalau depa tau kata depa nak exciden, depa pun xmau naik moto aih. benda nak jadi, bukan kita mintak. la ni hal saya, anak saya yang salah, saya bayar ganti rugi tu walau macam mana pun, kak jangan marah anak kak sebab dia tak salah, yang salah anak saya, dia yang bawak moto.
makcik (mak kwn adik) : balik rumah (diam)
makcik (jiran) : ishhh..kalau anak aku ka, dah lama aku marah, silap-silap aku pukul ja.

lihat.......mak ana langsung tak marah anak dia, bukan dia manjakan anak tapi dia sendiri cakap benda nak jadi,dia boleh terima qada n qadar. dia boleh berbincang untuk selesaikan masalah ni. kalau mak orang lain, tak pasal-pasal ja kena pukul,dan tak boleh keluar rumah, ana sendiri tak faham, dah jadi masalah tapi di besarkan lagi masalah tu. 

*  *  *  *  *

situasi 3 : kami suka peluk mak,cium pipi mak, terutamanya adik ana yang last sekali tu, dia suka peluk mak depan kawan dia sampai kawan dia cakap adik "anak mak"hehe.

mak ana cakap : biarlah dia peluk puas-puas, dia nak manja puas-puas. makcik tak kisah,
tetiba kawan adik cuba nak peluk mak dia sendiri tapi mak dia tepis dan cakap 'yang hang duk mai peluk-peluk ni pasaipa?? *marah tak tentu pasal. kesian!

ya Allah..kenapa la kan, kesian tengok kawan-kawan yang dapat mak-mak yang jenis pemarah macam tu, anak ni nak kasih sayang dan bermanja tapi mak tak bagi. bila anak jadi perangai macam-macam nak salahkan siapa pulak ? anak ?

*  *  *  *  *

ana sendiri dapat rasakan KASIH SAYANG itu sangat penting, dan KESABARAN MENDIDIK ANAK itu perlu ada setiap ibubapa. Jangan lah menengking anak tak tentu pasal,kesian kalau kawan-kawan lain tengok. ada cara untuk menegur anak dan waktu yang sesuai untuk nasihatkan dia.

Ana sendiri belajar dari kesilapan orang lain supaya ana tak nak jadi ibu yang macam tu, ana nak jadi ibu macam mak ana, bila dia lembut dengan kami, kami dapat rasa apa itu kasih sayang! tak tergamak nak sakitkan hati dia sebab dia dah sangat baik mendidik kami adik beradik. Mak ana tak pernah mengajar untuk meminta, tapi mak ana mengajar untuk memberi dan berkongsi dari kecil. sebab itu, ana jenis tak suka meminta.

teringat balik Ustaz Kazim Elias kata : kalau kita nak buat jahat, cuba pikir mak.

Jom kita jadi ibubapa yang terbaik untuk anak-anak.insyaALLAH :)



Kesan-Kesan terhadap anak jika kita abaikan mereka!



PERKARA YANG PERLU KITA INGAT :-


3 Perkara yang ditinggalkan selepas meninggal dunia

Berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali tiga iaitu, anak soleh yang mendoakan untuknya, ilmu yang dimanfaatkan dan sedekah amal jariah yang ditinggalkan."

1.  Anak yang soleh.
Anak yang soleh tidak semestinya seorang ustaz atau Al-hafiz, tetapi jika anak itu dapat menghafalkan Al-Quran adalah yang terbaik bagi ibu bapanya.  Seterusnya seorang anak itu taat kepada perintahNya, meninggalkan semua laranganNya dan melaksanakan segala suruhanNya.Mereka juga akan menghadiahkan ayat-ayat suci al quran kepada ibu bapa mereka  sebagai tanda ingatan dan kasih sayang anak kepada ibu bapa mereka semasa ketiadaan mereka nanti..dan menjaga nama baik keluarga,diri dan agama
selama hidup di muka bumi ini..

2. Ilmu yang ditinggalkan
.
Segala Ilmu yang ada di dada dan kita sampaikannya kepada orang lain,,selama mana ilmu itu saling disampaikan satu sama lain,,selama itulah si pengajar dan si penyampai mendapat saham,,pahala dan manfaatnya dari ALLAH,,


3.  Sedekah Amal Jariah.


Sedekah kepada orang susah dan anak-anak yatim dan golongan2 yang layak mendapatnya.Sekiranya kaum kerabat dan juga keluarga kita sendiri memerlukannya,,wajib kita mendahulukan mereka kerana mereka adalah orang  yang terdekat dengan kita,, Sekiranya mempunyai rezeki yang lebih boleh juga kita menyumbangkannya atau mewakafkannya dengan membina dan membangunkan pusat2 keilmuan,ibadah,dan masjid atau surau untuk kebaikan masyarakat setempat dan sumbangan kita kepada agama Islam untuk kebajikan.


*SHARING IS CARING*

No comments:

Post a Comment