About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Thursday, 22 August 2013

PURI MEMURI DAN BUBUR NASI BAYI



As salam..hyepp!!
sekarang ni bila anak dah start makan.
ibunye plak yang excited dan terpikir2 nak buat makanan ape yang patot untuk si kecil tu kan?
macam ana senang je..untuk memudahkan mak ana jugak..sebab Rayyan Amsyar duk umah maktok dia sehari ok..jadi makan minum mandi semua kat rumah maktok.hehe
jadi ana buat puri frozen sebab bila buat puri ni, jadi mudah bila kita nak sediakan bubur bayi.


bagi ibu2 yang masih lagi konpius tak tahu nak bg anak makan apa..
boleh rujuk kat bawah nie :-


klik untuk lebih besar !!


kalau boleh ikut 4day rules, contohnya kalau bagi puri buah apple, bagi secara 4day untuk tengok anak alergik ke tidak. kalau ok, teruskan makanan lain pulak 4days ok?
tapiiii...ana derhaka sikit. tak ikut pon 4days rules ni.hahaha.
kemain ko kan?? ajar orang tapi sendirik pon tak ikut.hihihi..


sila abaikan periuk hitam tu..hahahaha

1. kupas buah dan sayur yang nak di buat puri, basuh dan toskan. kemudian masukkan buah dan sayur ke dalam periuk dan masukkan air.buah dan sayur boleh di stim ataupun di rebus macam gambar di atas. better stim je sbb khasiat buah n sayur tu tak hilang :) gambar di atas, ana nak buat puri kentang.

2. bila dah lembut, blend kan buah or sayur tadi. sebelum blend pastikan buah or sayur tu dah sejuk / suam2 sebab kalau ko blend benda panas2 nanti blender ko rosak. kena beli lain pulak! haishh..sebelum terjadi baik jangan buat kan.


Bekas ni ana beli kat GIANT je. berapa RM entah..huhu *terlupa*


3. bila dah blend, masukkan dalam bekas kiub macam di atas, sebenarnya terpulanglah nak letak dalam bekas mana pon, tapi kena ada penutup ok. supaya makanan yang di bekukan tidak tercemar :) nak mudah letak je dalam bekas macam nie sebab nanti nak masak bubur ambil seketul2 ajer. Simpan dalam Freezer ok.



INI PURI YANG ANA DAH BUAT....



bila kita dah buat puri, jadi bab nak masak bubur jadi mudah la.. semudah ABC, ehhh!! semudah 123*sama je la..haha



CARA MASAK BUBUR :-



setiap kali masak, ana akan masukkan 2sudu beras, 2 ketul puri, dan 1cawan air.
kalau nak bg makan buah pulak, ana akan campurkan sedikit Susu ibu or FM.

ni resepi yang ana pernah buat ( ewahhh! kemain..ada resepi mcm master chef!haha)

1. nasi + kurma ( faberet amsyar! manis2 kurma )
2. nasi + carrot + brocoli
3. nasi + sweet potato ( sedap,manis dan berlemak! )
4. nasi + labu
5. nasi + kentang.
6. puri epal + susu ibu (masam2 manis epal! yummy!)
7. dan macam-macam lah..pandai2 la mix kan untuk anak sendiri..hehe

kalau nak lemak guna kentang, nak manis guna kurma, nak masin guna ikan bilis (ana belum buat lagi stok ikan bilis, mybe amsyar umo 7bln baru nak bg rasa ikan bilis pulak :)


Yang penting kat sini, NO SALT, NO SUGAR !!!!!





2 comments:

  1. salam..nk tny..berapa lama masa bubur tu ya?

    ReplyDelete
  2. ilmu yang berguna untuk yg baru bergelar ibu.. thanks ana....

    ReplyDelete