About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Tuesday, 13 August 2013

Cara penyediaan beras untuk memudahkan masakan bubur bayi :)



assalamualaikum...
harini ana nak kongsi serba sedikit tentang penyediaan beras untuk bayi,
apa yang kita tahu,setengah orang, masak nasi dan sayur dulu, baru blend !
tapi ana sediakan beras yang sudah di blend dulu, buat pure carot,labu dan lain2 sayur simpan dalam freezer.
lepas tu kalau nak masak, masukkan semua dalam periuk kecil.
buka api perlahan dan 5-10minit dah siap!! cepat kan ???
haa..ni la kaedahnya, senang dan cepat.

kenapa ana buat kaedah macam tu ?
sebab ana seorang ibu yang bekerja.
setiap hari ana akan hantar Rayyan Amsyar ke rumah mak.
mak ana yang mengasuh cucu kesayangan dia tu.. :)
jadi ana memang tak sempat masak bubur cara lama tu.
tambahan pulak, mak ana ambil upah menjahit dan buat kuih-muih untuk dijual.
Jadinya kami ni sama-sama sibuk..huhu..
bila ana buatkan kaedah macam ni.
senang lah mak ana nak sediakan bubur untuk Rayyan Amsyar tu..
tak ambil masa yang lama.

ok ana akan mulakan dengan cara penyediaan beras.
beras biasa / putih pun boleh beras perang pun boleh.
( PERNAH TAHU TAK KHASIAT BERAS PERANG ?? )
ana buat kedua-dua beras, setiap kali masak..1 sudu beras putih,1 sudu beras perang :)
Beras perang ana beli pack 1KG je, harga dalam RM 7.00 ++ ( terlupa )
beras perang ni terpulanglah pada kita nak bg anak makan brand apa.hehe




CONTOH BERAS PERANG YANG ANA GUNA :)




Kebaikan beras perang :-
1. mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan
2. mengekalkan berat badan yang ideal
3. mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser
4. menurunkan kolesterol dalam badan
5. baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
6. mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2.
7. mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat,
8. kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.
 

Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang. Beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih. Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.
 

Siapakah yang sesuai mendapat manfaat daripada beras perang? 

Beras perang baik dimakan oleh bayi yang baru diperkenalkan dengan bubur nasi dan individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.
 

Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks
 

Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih.
 
Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar namun, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya. 



ok cara penyediaan beras ni senang ja.
basuh beras bersih2 beserta selawat ye :)
lepas tu sangai beras sampai garing , bukan hangit k :P
maksud sangai tu menggoreng tanpa minyak..
beras putih pun buat mcm tu jugak. proses yang sama.



beras perang yang di sangai



bila beras dah garing dan keras-keras.
masukkan beras dalam blender kering tuh
( pastikan beras sejuk dulu baru blend sbb kalau blend beras panas2 nanti blender cepat rosak *bukan ana cakap, org yang yang cakap..ana bagitau je..hihihi )
kisar sampai halus.. ( untuk baby mcm amsyar baru nak makan kena blend halus mulus k, kalau baby dah besar sikit tu blend agak2 je la xpayah halus sangat..)




contoh : ni beras perang yang dah di kisar, beras perang mudah di kisar berbanding beras putih.

lepas tu masukkan beras yang sudah di kisar tadi kedalam bekas kedap udara.
mudah kan ?? bukan susah pun,yang paling penting kena RAJIN .....
macam ibu yang bekerja macam ana boleh buat stok beras ni untuk seminggu atau sebulan.
kita boleh buat setiap hari minggu masa kita cuti bekerja (**kalau rajin)
bila nak masak ambil je 1 sudu beras atau terpulang lah pada anda..
ikut la sukatan yang bersesuaian dengan umur anak anda ok..


itu je yang ana share..pasni nak share apa pulak ??? hehee
PUREE pulak la kan??









2 comments:

  1. tq resipinya akk. kalau dah sangai tahan berapa lama? Untuk seminggu berapa sukatannya?

    ReplyDelete
  2. Kepada pembaca yang ingin dapatkan produk berasaskan beras perang, kami ingin syorkan produk minuman ORYGOLD.

    Produk bumiputra kajian UPM. Minuman ORYGOLD sesuai untuk semua peringkat umur, lelaki & perempuan.

    Untuk lihat testimoni produk, klik/copy & paste ke search browser>> http://orygolddrink.com/testimoni/

    ReplyDelete