About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Nurul Fahana [sg.petani,Kedah] in LOVE Mr.Husband : Shafize and Our sOn : Rayyan Amsyar & Rayyis Ammar

DOAKU HARI INI

Ya allah, berikan lah kami rezeki yang luas, yang halal lagi baik, tanpa memberatkan kami, jika rezeki kami berada di langit, maka turunkan lah, jika berada di bumi,maka keluarkan lah, jika jauh,maka dekatkan lah,jika dekat,maka mudahkan lah, jika sedikit maka banyakkan lah, jika banyak maka berkati lah, perkenankan lah doa hambamu ini..aminnn!!

~ Chenta ~

~ Chenta ~
sweet family

~ Our SON ~

~ Our SON ~
cinta hati kami sepanjang hayat :)

Thursday, 22 August 2013

PURI MEMURI DAN BUBUR NASI BAYI



As salam..hyepp!!
sekarang ni bila anak dah start makan.
ibunye plak yang excited dan terpikir2 nak buat makanan ape yang patot untuk si kecil tu kan?
macam ana senang je..untuk memudahkan mak ana jugak..sebab Rayyan Amsyar duk umah maktok dia sehari ok..jadi makan minum mandi semua kat rumah maktok.hehe
jadi ana buat puri frozen sebab bila buat puri ni, jadi mudah bila kita nak sediakan bubur bayi.


bagi ibu2 yang masih lagi konpius tak tahu nak bg anak makan apa..
boleh rujuk kat bawah nie :-


klik untuk lebih besar !!


kalau boleh ikut 4day rules, contohnya kalau bagi puri buah apple, bagi secara 4day untuk tengok anak alergik ke tidak. kalau ok, teruskan makanan lain pulak 4days ok?
tapiiii...ana derhaka sikit. tak ikut pon 4days rules ni.hahaha.
kemain ko kan?? ajar orang tapi sendirik pon tak ikut.hihihi..


sila abaikan periuk hitam tu..hahahaha

1. kupas buah dan sayur yang nak di buat puri, basuh dan toskan. kemudian masukkan buah dan sayur ke dalam periuk dan masukkan air.buah dan sayur boleh di stim ataupun di rebus macam gambar di atas. better stim je sbb khasiat buah n sayur tu tak hilang :) gambar di atas, ana nak buat puri kentang.

2. bila dah lembut, blend kan buah or sayur tadi. sebelum blend pastikan buah or sayur tu dah sejuk / suam2 sebab kalau ko blend benda panas2 nanti blender ko rosak. kena beli lain pulak! haishh..sebelum terjadi baik jangan buat kan.


Bekas ni ana beli kat GIANT je. berapa RM entah..huhu *terlupa*


3. bila dah blend, masukkan dalam bekas kiub macam di atas, sebenarnya terpulanglah nak letak dalam bekas mana pon, tapi kena ada penutup ok. supaya makanan yang di bekukan tidak tercemar :) nak mudah letak je dalam bekas macam nie sebab nanti nak masak bubur ambil seketul2 ajer. Simpan dalam Freezer ok.



INI PURI YANG ANA DAH BUAT....



bila kita dah buat puri, jadi bab nak masak bubur jadi mudah la.. semudah ABC, ehhh!! semudah 123*sama je la..haha



CARA MASAK BUBUR :-



setiap kali masak, ana akan masukkan 2sudu beras, 2 ketul puri, dan 1cawan air.
kalau nak bg makan buah pulak, ana akan campurkan sedikit Susu ibu or FM.

ni resepi yang ana pernah buat ( ewahhh! kemain..ada resepi mcm master chef!haha)

1. nasi + kurma ( faberet amsyar! manis2 kurma )
2. nasi + carrot + brocoli
3. nasi + sweet potato ( sedap,manis dan berlemak! )
4. nasi + labu
5. nasi + kentang.
6. puri epal + susu ibu (masam2 manis epal! yummy!)
7. dan macam-macam lah..pandai2 la mix kan untuk anak sendiri..hehe

kalau nak lemak guna kentang, nak manis guna kurma, nak masin guna ikan bilis (ana belum buat lagi stok ikan bilis, mybe amsyar umo 7bln baru nak bg rasa ikan bilis pulak :)


Yang penting kat sini, NO SALT, NO SUGAR !!!!!





Saturday, 17 August 2013

ANNA HENNA SP,KEDAH




IKLAN DI TIMELINE FACEBOOK ANA :)

assalamualaikum dan salam sejahtera !!
rasa lama pulak tak membebel..eh ?
sebelum ni post bab SHAKLEE je..tak membebel pon kan? hahakk..

selain dari berniaga, ana suka sangat melukis!
yes!! melukis adalah satu hobi yang wajib ana masa zaman sekolah dulu.
kemahiran melukis ni mungkin turun dari mak ana..
dia pun kreatif jugak!
masa zaman sekolah, bab nak melukis poster, ana memang wajib masuk pertandingan..haha *pulun!
Kadang2 ada jugak kawan2 upah suruh lukiskan sesuatu untuk depa..*dapat duit ok!
tapi bila teringat balik.....
yang ana perasan lah. ana banyak sijil melukis poster dari sijil or trofi2 kokurikulum ke hapa..hahaha
bab nak lari2 memang tak suka !!! *walaupun badan kurus, tapi tak larat nak lari pon! :P
*lupakan pasal cerita melukis ni..terlajak cerita pulak.

sekarang ana dah mula buat perkhidmatan melukis HENNA untuk bakal pengantin.
Ramai tanya ana, ana pergi kursus ke belajar melukis henna nie?
jawapannya tidak! ana cuma mencari idea dan contoh2 yang menarik dan simple je kat google.

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *
ANDA BAKAL PENGANTIN ?
masih tercari2 servis melukis henna ?
meh contact ana.. serius ramai yg berpuas hati!*Alhamdulillah :)
  • khas untuk area Sungai Petani, kedah sahaja! jika anda berada di luar kawasan ini, insyaALLAH akan di pertimbangkan jika tiada apa-apa halangan.
  • Cas pengangkutan akan di kenakan sekiranya Ana pergi ke rumah anda.
  • Pemakaian inai pengantin haruslah di buat awal sehari sebelum majlis.
  • sila maklumkan kepada saya terlebih dahulu, jika ada saudara mara yang berminat untuk berinai sama.
  • Harga kemungkinan berubah jika ada penambahan corak yang di minta.
  • sila buat tempahan awal, kerana waktu kerja dan cuti ana tidak menentu,ini kerja partime sahaja bukan fulltime.


ini design HENNA yang ana pernah lukis :)








 bab design, ana dah sediakan satu file design khas untuk customer ANNA HENNA SP.
Anda di beri pilihan, jika anda mempunyai design yg lain, insyALLAH ana akan cuba hasilkan design sepertimana yang anda mahu.


HARGA ??? !!
Yang pasti..harga Ana lah yang paling murah sekali !!hehe
nak tahu pasal harga, sila mesej ana.
harga tak penting untuk ana, biar orang kata murah,
 yang penting adalah kualiti dan kekemasan henna yang di hasilkan!
Bila anda suka dengan hasi henna ana, cukup buat ana rasa puas hati..*ewahhh!haha.

NAMA, PAKEJ INAI, TEMPAT TINGGAL
ke 017-4663393 (ana)
PAKEJ INAI :-
  • SINGLE ( lukisan corak atas tangan/ simple sahaja)
  • SERI ( lukisan corak atas tangan dan jari jemari)
  • COMEL ( lukisan corak atas tangan, jari jemari, atas kaki or keliling kaki)
  • CANTIK ( lukisan corak special atas tangan,tapak tangan, jari jemari, atas kaki, keliling kaki dan full cap jari tangan dan kaki)-khas untuk pengantin.

jika ada sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi ana di talian  call/sms/ whatsapp 017-4663393, atau add ana di facebook SINI -> Anna Shafize untuk lihat koleksi Anna Henna SP dengan lebih banyak lagi!! Boleh follow kat istagram AnnaShafize jugak ya!


Terima kasih :)




Tuesday, 13 August 2013

Cara penyediaan beras untuk memudahkan masakan bubur bayi :)



assalamualaikum...
harini ana nak kongsi serba sedikit tentang penyediaan beras untuk bayi,
apa yang kita tahu,setengah orang, masak nasi dan sayur dulu, baru blend !
tapi ana sediakan beras yang sudah di blend dulu, buat pure carot,labu dan lain2 sayur simpan dalam freezer.
lepas tu kalau nak masak, masukkan semua dalam periuk kecil.
buka api perlahan dan 5-10minit dah siap!! cepat kan ???
haa..ni la kaedahnya, senang dan cepat.

kenapa ana buat kaedah macam tu ?
sebab ana seorang ibu yang bekerja.
setiap hari ana akan hantar Rayyan Amsyar ke rumah mak.
mak ana yang mengasuh cucu kesayangan dia tu.. :)
jadi ana memang tak sempat masak bubur cara lama tu.
tambahan pulak, mak ana ambil upah menjahit dan buat kuih-muih untuk dijual.
Jadinya kami ni sama-sama sibuk..huhu..
bila ana buatkan kaedah macam ni.
senang lah mak ana nak sediakan bubur untuk Rayyan Amsyar tu..
tak ambil masa yang lama.

ok ana akan mulakan dengan cara penyediaan beras.
beras biasa / putih pun boleh beras perang pun boleh.
( PERNAH TAHU TAK KHASIAT BERAS PERANG ?? )
ana buat kedua-dua beras, setiap kali masak..1 sudu beras putih,1 sudu beras perang :)
Beras perang ana beli pack 1KG je, harga dalam RM 7.00 ++ ( terlupa )
beras perang ni terpulanglah pada kita nak bg anak makan brand apa.hehe




CONTOH BERAS PERANG YANG ANA GUNA :)




Kebaikan beras perang :-
1. mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan
2. mengekalkan berat badan yang ideal
3. mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser
4. menurunkan kolesterol dalam badan
5. baik untuk wanita yang menopouse(menjaga jantung dan darah tinggi)
6. mengurangi penyakit kencing manis jenis ke 2.
7. mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat,
8. kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.
 

Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang. Beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih. Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.
 

Siapakah yang sesuai mendapat manfaat daripada beras perang? 

Beras perang baik dimakan oleh bayi yang baru diperkenalkan dengan bubur nasi dan individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.
 

Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks
 

Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih.
 
Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar namun, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya. 



ok cara penyediaan beras ni senang ja.
basuh beras bersih2 beserta selawat ye :)
lepas tu sangai beras sampai garing , bukan hangit k :P
maksud sangai tu menggoreng tanpa minyak..
beras putih pun buat mcm tu jugak. proses yang sama.



beras perang yang di sangai



bila beras dah garing dan keras-keras.
masukkan beras dalam blender kering tuh
( pastikan beras sejuk dulu baru blend sbb kalau blend beras panas2 nanti blender cepat rosak *bukan ana cakap, org yang yang cakap..ana bagitau je..hihihi )
kisar sampai halus.. ( untuk baby mcm amsyar baru nak makan kena blend halus mulus k, kalau baby dah besar sikit tu blend agak2 je la xpayah halus sangat..)




contoh : ni beras perang yang dah di kisar, beras perang mudah di kisar berbanding beras putih.

lepas tu masukkan beras yang sudah di kisar tadi kedalam bekas kedap udara.
mudah kan ?? bukan susah pun,yang paling penting kena RAJIN .....
macam ibu yang bekerja macam ana boleh buat stok beras ni untuk seminggu atau sebulan.
kita boleh buat setiap hari minggu masa kita cuti bekerja (**kalau rajin)
bila nak masak ambil je 1 sudu beras atau terpulang lah pada anda..
ikut la sukatan yang bersesuaian dengan umur anak anda ok..


itu je yang ana share..pasni nak share apa pulak ??? hehee
PUREE pulak la kan??









Saturday, 10 August 2013

Jom perkenalkan makanan pepejal kepada bayi anda!



Assalamulaikum..
apa khabar semua ?
hmm..macam biasa, bila nk menulis blog mesti kena pikir apa yang ana nak kongsikan kat sini :)
ana nak share tentang pemakanan pepejal bayi 6 bulan ke atas.
ana mula start bg Rayyan Amsyar makan masa umur dia 5 bulan ++..
kenapa awai ? sebab ana dah nampak ciri-ciri nak makan tu dah ada pada dia..
jadi ana tak sampai hati bila dia tengok orang makan sambil mulut nak kunyah..
sebelum bg makan, ana dah search ilmu ibu-ibu ni..bab pemakanan anak.
maklum la ana kan suka mecari maklumat yang ana xtau..
macam anda sekarang yang tengah mencari maklumat yang sama :)


Weaning
Apakah ia? Ada dua maksud. Kalau kat US, weaning ni lebih kepada nak berhentikan penyusuan susu ibu. Tapi kalau kat UK, wening ni bermaksud nak kenalkan makanan kepada bayi (tidak lagi bergantung kepada susu semata)Signs Your Baby is Ready for Solids
  • Loss of tounge-thrust reflex :: Refleks ni bertujuan untuk mengelakkan bayi tercekik. Kalau bayi masih ada refleks ni, lidah dia akan menolak makanan keluar (instead of bringing the food inwards)
  • Boleh "beri tahu" yang dia dah kenyang
  • Boleh tegakkan kepala dan duduk
  • Berminat dengan makanan
  • Berat lahir dah 2 kali ganda
  • Kerap bangun malam


apa yang ana tau,nurse tak galakkan kita beri makan kpd bayi 6 bulan ke bawah selain susu ibu or susu formula sahaja..
sebabnya usus mereka masih kecil..
setiap setiap baby tak sama, ada yang 4 bulan dah ready nak makan..
umur yang di galakkan perkenalkan makanan pepejal antara 4 bln -6 bulan :)
tapi ada yang masih belum cukup ilmu agaknya bg anak makan semasa lepas pantang..
sebab ??? orang tua-tua yang suruh...
alhamdulillah..mak ana dan mertua ana sangat bersetuju untuk ikut cara sekarang.
orang dulu xdak ilmu..jadi mereka selalu fikir bayi menangis tu sebab tak kenyang susu !
mula lah campur dengan nestum dan ada pulak yang bg pisang di lenyek2..
mereka langsung tak fikir usus bayi yang masih lembut dan kecil nak menampung makanan yang berserat mcm tu..
dan satu hal lagi, pemberian AIR MASAK !!
tahukah anda air masak tidak bagus untuk bayi ??
boleh merencatkan akal, membantutkan tumbesaran....
walaupun ana suka mencari ilmu di internet..sehinggakan mak ana sendiri gelar ana MAK INTERNET, ANAK PUN INTERNET !! hahaha..
lantak la...tetapi ana tak da lah SKEMA sangat nak ikut internet tu sebijik2 !
yang mana baik untuk anak, ana akan ikut, yang mana x baik ana cuba elakkan :)
MOM KNOWS THE BEST RIGHT ????bab pemakanan anak, ana memang menitikberatkan makanan yang home made!
kalau boleh ana nak elakkan dia dari makan nestum cerelac or biskut farley kecuali satu hari nanti keadaan betul2 memaksa. contohnya ,kalau amsyar dah tak nak makan home made.
sebelum ana bersalin lagi, ana dah mula search bab pemakanan anak..huhu
gila kan? excited jugak !! sekarang anak dah boleh makan lagi la excited sbb nak buat makanan yang berkhasiat untuk dia !!!!
first sekali ana plan nak buat beras yang siap di kisar supaya mudah untuk menyediakan bubur amsyar nanti.
dan satu lagi, ana nak buat puree..tahu tak puree ???
PUREE adalah sejenis makanan yang terdiri daripada buah-buahan atau sayur-sayuran yang telah di rebus 0r stim lepas tu kisar sampai halus mulus, :)
puree ni sangat sesuai untuk bayi yang baru nak mula makan..
nanti ana share macam mana nak sediakan beras kisar dan puree :D


SHARING IS CARING KAN?
FOR MUMMY,MAMA,IBU,UMMI DAN EMAK :)